CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

8 Cara Diet Paling Kontroversi! Salah Cuba, Maut Jawabnya

23-8-2018 11:36 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 5111| Komen: 14|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Menurunkan berat badan memang bukan mudah. Ramai yang gagal mencapai matlamat. Ada juga yang pernah mencapai berat badan ideal, tetapi naik kembali beberapa tahun kemudian. Sebab itu muncullah banyak ...
Menurunkan berat badan memang bukan mudah. Ramai yang gagal mencapai matlamat. Ada juga yang pernah mencapai berat badan ideal, tetapi naik kembali beberapa tahun kemudian. Sebab itu muncullah banyak jenis diet menurunkan berat badan. Antaranya diet kalori, kurang karbohidrat, kurang gula dan bermacam-macam lagi. Tidak kurang juga diet yang dianggap pelik dan dikecam oleh pengamal-pengamal perubatan.


Kredit Gambar: Time2Thrive
Memetik active.com, berikut 8 jenis diet kontroversi yang pernah popular suatu ketika dahulu.


1. Diet Bebola Kapas


Kredit Foto: World of Diets
Diet Bebola Kapas atau cotton ball diet ialah sejenis diet yang melibatkan menu bebola kapas, dicicah dengan perasa seperti jus buah-buahan atau sos. Menurut logik pencipta diet ini, pemakan diet bebola kapas akan mudah kenyang sepanjang hari dan tidak akan lapar. Ini menyebabkan pengamal akan turun berat badan dengan cepat. Diet ini mendapat tentangan daripada pengamal kesihatan.


2. Diet Cacing Pita

Kredit Foto: Vice
Pengamal diet kontroversi cacing pita akan memakan cacing yang akan tinggal di dalam perut mereka. Cacing pita ini berfungsi memakan semua makanan yang masuk ke dalam perut dan mengurangkan lemak yang akan diserap oleh pengamal. Diet ini popular pada pertengahan tahun 50an di mana cacing pita laris dijual dalam bentuk pil. Bagaimanapun, apabila cacing pita ini membesar sehingga 25 kaki panjang, ianya boleh mengakibatkan penyakit lain kepada pengamal sehingga penjualan pil ini diharamkan oleh kerajaan Amerika Syarikat.


3. Diet Sabun Pelangsing

Kredit Foto: Deshermel
Anehnya, diet kontroversi yang bermula pada tahun 1930an ini masih lagi diamalkan sehingga kini kerana pengamal percaya sabun yang dipakai ketika mandi ini mampu mencairkan lapisan lemak di bawah kulit. Terdapat banyak jenama sabun ini di pasaran, termasuk di Malaysia.


4. Diet Rokok

Kredit Foto: Digitally Delicious
Pengamal diet percaya merokok dapat mengurangkan selera makan disebabkan lapisan asap  rokok akan menyelaputi dan membunuh tunas rasa pada lidah. Awas, diet ini akan membawa banyak penyakit kronik lain.


5. Diet Tidur
Kredit Foto: Daily Express
Pengamal diet digalakkan untuk tidur selepas makan. Penyanyi popular AS, mendiang Elvis Prisley merupakan salah seorang pelopor diet ini. Pengamal percaya tidur akan membakar lemak dan makanan yang baru dimasukkan ke dalam perut.


5. Diet Cuka

Kredit Foto: YouTube
Diet kontroversi ini diperkenalkan pada tahun 1920an oleh Lord Bryon yang mencadangkan pengamal untuk meminum cuka dicampurkan dengan segelas teh dan sebiji telur mentah . Diet ini sungguh berjaya sehingga ramai anak gadis yang menjadi ramping dan menyebabkan Lord Byron dituduh mempopularkan penyakit bulimia dan aneroxia. Kegilaan ke atas diet ini tamat apabila kajian mendapati pengamal akan muntah dan cirit birit berdarah, dipercayai kesan sampingan diet cuka.


6. Diet Graham

Kredit Foto: New England Historical Society
Diet ini diperkenalkan oleh seorang Father bernama Sylvester Graham pada tahun 1830. Menurut beliau, kegemukan disebabkan oleh sek.s yang berlebihan. Oleh itu beliau mencadangkan mereka yang obese untuk mengelakkan berhubungan intim dengan suami atau isteri pada sesuatu tempoh tertentu sehinggalah berat badan ideal dicapai.


7. Diet Visi Biru

Kredit Foto: Trending Posts
Diet visi biru ini adalah diet yang percaya bahawa warna biru akan mengurangkan selera makan. Oleh itu pegamal akan memakai sejenis kaca mata khas yang akan menukarkan semua menu makanan kepada warna biru ketika makan. 


8. Diet Mengunyah dan Meludah

Kredit Foto: Daily Mail
Pada tahun 1903,  pengamal diet ini Horace Fletcher telah mendakwa turun berat badan sebanyak 40 pound. Beliau menurunkan berat badannya selepas gagal mendapatkan insurans kesihatan kerana kegemukan. Rahsia diet ini ialah mengunyah makanan sebanyak 32 kali kemudian meludahkannya. Diet ini sangat popular suatu ketika dahulu dengan motonya 'Nature will castigate those who don't masticate' (alam akan menghukum sesiapa yang tidak mengunyah).

Jadi bagaimana? Adakah anda tergerak hati ingin mencuba mana-mana diet masa lampau yang kontroversi ini? Yang penting dapatkan nasihat doktor sebelum mencuba! -CARI
18

Bagus
10

Marah
25

Terkejut
13

Sedih
13

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (95 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matkpop 23-8-2018 11:55 AM
diet tidur {:laugh
Quote KucingKedai 23-8-2018 12:14 PM
Diet tidur tu menarik! Hahaa
Quote Sang_Pencinta 23-8-2018 12:18 PM
Kalaulah diet tidur tu betul betul berkesan... haha
Quote frozenfroggie 23-8-2018 01:22 PM
Diet kunyah n ludah boleh try..hehe
Quote evlinne 23-8-2018 01:46 PM
Hahaha no 7 tu menariklahhh
Quote buapakperut 23-8-2018 03:12 PM
penah guna sabun tu zaman budak2 jahiliyah dan tak bersyukur. ada hijau untuk besarkan payudara. minum bragg tu memang amalkn tapi berpada2 juga. yang tu berkesan bagus juga
Quote palmolive 23-8-2018 03:18 PM
puasa jek la senang
Quote taji2906 23-8-2018 04:58 PM
diet cuka epal tu tak betul ke? baru nak try... hahah
Quote LavaMuahhhh 23-8-2018 05:18 PM
Tentu slim tu cantik dan lebih  dipandang berbanding jadi gemuk  tetapi perlu ke makan sampai  gemuk  atau langsung xmakan sampai jadi tengkorak hidup.

fikirkan lah apa yg baik .

Be happy  dan redho https://BEAUTIFUL4LIFE.sharethislah.com/419831-551300
Quote shernazz 23-8-2018 05:42 PM
Tapi sejak.pregnant ni..iols ketagih bau sabun dettol fresh
Quote Sang_Pencinta 23-8-2018 05:45 PM
taji2906 replied at 23-8-2018 04:58 PM
diet cuka epal tu tak betul ke? baru nak try... hahah

Katanya berkesan tapi nanti cirit birit berdarah pula. Mungkin dinding usus dan perut terhakis.
Quote Sang_Pencinta 23-8-2018 05:45 PM
shernazz replied at 23-8-2018 05:42 PM
Tapi sejak.pregnant ni..iols ketagih bau sabun dettol fresh

Nasib ketagih bau sahaja bukan makan
Quote shernazz 23-8-2018 05:50 PM
Sang_Pencinta replied at 23-8-2018 05:45 PM
Nasib ketagih bau sahaja bukan makan

Tu la..hahahahah
Iols cm x bleh tinggal bau sabun..siap.beli sabun buku tu...huwaaa....hahahaha
Quote Foxey 23-8-2018 08:29 PM
Diet no 2 tu scary and geli. Diet no 5 tu bukan lagi gemuk kalau lepas makan terus tidur ke?

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:10 AM GMT+8 , Processed in 0.057041 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top