CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Gagal Ungguli Carta, Nicki Minaj Perang Besar Dengan Kylie Jenner?

24-8-2018 11:15 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 7450| Komen: 22|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Perang besar dikatakan dikatakan tercetus di antara penyanyi rap Nicki Minaj dan artis reality tv dan pengusaha kosmetik, Kylie Jenner. Katanya baby Stormy jadi punca. Betul ke?
Perang besar dikatakan tercetus di antara penyanyi rap Nicki Minaj dan bintang reality televisyen serta pengusaha kosmetik, Kylie Jenner. Katanya, baby Stormi turut menjadi punca. Betulkah?



Kredit Foto: Capital XTRA

Ketika majlis anugerah VMA yang berlangsung baru-baru ini, Kylie Jenner dikatakan cuba mengelak daripada bertembung dengan Nicki Minaj. 

Risik punya risik, ini semua berpunca daripada rasa tidak puas hati Nicki terhadap Kylie Jenner, teman lelakinya, Travis Scott dan anaknya Stormi. Pada mulanya, Kylie dan Travis duduk di belakang Nicki tetapi meminta untuk dialihkan ke kedudukan lain.


Kredit Foto: Twitter


Umum mengetahui, Scott baru sahaja mengeluarkan albumnya Astroworld dua minggu lalu dan mendapat tempat pertama dalam carta Billboard, manakala Nicki baru sahaja mengeluarkan albumnya Queen minggu lalu dengan harapan akan memintas kedudukan album Scott. 

Malangnya, album Nicki itu gagal meletup di pasaran dan hanya mendapat tempat kedua di belakang Scott.

 
Kredit Foto: Reddit

Nicki berasa tidak puas hati dan menyerang Scott di akaun Twitternya. Menurut Nicki, kedua-dua album mereka mendapat jumlah jualan sama iaitu 185,000 unit, tetapi album Scott mendapat tempat pertama kerana hasil jualan album dan promosinya dibantu Kylie dengan mengiklankannya menggunakan Stormi di Instagram.


Kredit Foto: Pulse.eg

Nicki juga menyelar Spotify dan Republic Record atas kegagalan mempromosikan album terbarunya itu. Bagaimanapun, tuduhan Nicki itu dinafikan oleh kedua-dua syarikat tersebut.

 
Kredit foto: IG Kylie Jenner

Nampaknya, Nicki perlu bekerja keras untuk tetap relevan dalam industri muzik dengan kehadiran ramai bintang rap wanita seperti Cardi B dan Remy Ma yang bakal mengantikan kedudukannya pada bila-bila masa sahaja. - CARI
21

Bagus
31

Marah
28

Terkejut
24

Sedih
22

Lawak
33

Bosan

Friends Rank (159 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Spicymami 24-8-2018 11:24 AM
Lol gigihnye nicki label diri sendiri queen. Nicki kamonla sekarang zaman Cardi B. Hahah
Quote skinsandstars 24-8-2018 12:01 PM
Cardi b lagi semenggah daripada nicky m ni.
Quote armin 24-8-2018 12:27 PM
Salahkan orang yang tak jual album pun. Nampak sgt dengki haha. Memalukan diri je
Quote JDT 24-8-2018 12:32 PM
Kenapa tweet nicki macam ada bau2 lagu BTS??.. Blood, sweat n tears dan Dope??  Hahaha...
Quote kukukatablog 24-8-2018 12:50 PM
nicki ni artis yang paling low class...
klo dia x suka dia cakap direct n tag jer sapa2 dia x suka...
lepas tu suka pergi ke ig2 orang lain meroyan....
sebijik mcm artis sado malaysia....
Quote samasam90 24-8-2018 03:01 PM
Nicki mcm terlupa gittuh arah tuju dia.. patutnya dia teriskan buat kerja dia yg berkualiti tu. Ne asik2 feeling insecure.. album queen sheolls pun mcm eekkkk je
Quote Foxey 24-8-2018 07:10 PM
Comelnya Stormi...
Quote dani-rox 24-8-2018 08:47 PM
maigahhd kiutnya stormi...

makin besar makin obvious si travis tu bukan apak kandung nya
Quote PandaSaka 24-8-2018 09:54 PM
ehh why you so salty sisss?? Lantak dia la nak promo mcm mana pun. Buka dia sabotage kau ke apa. Sebok nak pointing finger salah kan orang sbb album kau tak top.

Yang pelik nya kenapa kyle plak sebok2 nak mengelak dari nicki?
Quote greantea 24-8-2018 11:32 PM
nicki kylie plastik. travis scott huduh. stormi jek comel n original
Quote nadie90 25-8-2018 12:10 PM
Ceq xdgr lg lgu2 bru NM ni...tp smlm dgr lgu BTS ft. NM - Idol....dahsyat BTS amik NM rapping dlm lgu bru....so knp NM nk risau....mgkin ft dlm lgu bru BTS bleh bantu naikkan jualan album bru dia huhu....tp NM ni mmg xhbis2 dok berperang dgn artis...latest KJ dgn TS plak
Quote Budakmomok 25-8-2018 02:36 PM
Comel stormi
Quote babyleo68 25-8-2018 03:22 PM
Nicki vs Kylie both plastic.. fake
Quote mieymiey 27-8-2018 04:59 PM
Betul ker Stormi tu anak kandung Travis?
Quote 234126 28-8-2018 08:53 PM
Ketara sangat muka stormi ni muka bodyguard dia yang chinese look tu tau. Like,sesipi pun takda rupa travis and kylie. Dominan muka that bodyguard. How can travis tak nampak? Or they dah buat deal something2.
Quote Fienomenology 30-8-2018 09:50 AM
Move on Nikki...U aint the Queen. The real Queen is Queen Latifah,Queen Elizabeth II dan Queen Freddy Mercury!
Quote amyainsamad 30-8-2018 04:05 PM
234126 replied at 28-8-2018 08:53 PM
Ketara sangat muka stormi ni muka bodyguard dia yang chinese look tu tau. Like,sesipi pun takda rupa ...

OMG...dia ada affair dgn bodyguard dia ke??  xpenah dgr pn ni
Quote 234126 30-8-2018 07:02 PM
amyainsamad replied at 30-8-2018 04:05 PM
OMG...dia ada affair dgn bodyguard dia ke??  xpenah dgr pn ni

She never admit anything but if you google kylie baby looks like bodyguard mmg byk news and u can really see the resemblance jauh betul dari muka travis. But if betul anak travis (dna test) means mmg miracle hehehe
Quote samasam90 2-9-2018 12:32 PM
dani-rox replied at 24-8-2018 12:47 PM
maigahhd kiutnya stormi...

makin besar makin obvious si travis tu bukan apak kandung nya

Serious serupa dgn bodyguard sheolls tu

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 03:39 PM GMT+8 , Processed in 0.056774 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top