CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Koktel Najis Bayi Mampu Lawan Penyakit Dan Kuruskan Badan

27-8-2018 04:48 PM| Diterbitkan: Cari-suzy| Dilihat: 2690| Komen: 11|Original author: Oleh: Suzy

Description: Pesanan kepada ibu-ibu di luar sana, lampin bayi yang bernajis selepas ini boleh disimpan dan dimanfaatkan untuk kesihatan.


Pesanan kepada ibu-ibu di luar sana, lampin bayi yang bernajis selepas ini boleh disimpan dan dimanfaatkan untuk kesihatan.  


Eh, macam mana tu? 

Menurut News.Sky seperti dipetik mStar Online, hasil kajian terhadap tikus mendapati sistem ketahanan tubuh lebih kuat melawan penyakit selepas diberikan probiotik yang terkandung dalam najis bayi.


Foto: Sky.Com

"Najis bayi mengandungi probiotik yang dapat meningkatkan kesihatan usus dan melawan pelbagai penyakit," kata para saintis.

Sebuah kajian dijalankan Sekolah Perubatan Wake Forest, utara Carolina dan diterajui Dr Hariom Yadav mendapati, 'koktel' probiotik yang diperbuat daripada bakteria usus yang ditemui pada najis bayi dikatakan dapat meningkatkan kesihatan dan membantu menurunkan berat badan.


Foto: Google

Pasukan saintis dari Amerika Syarikat itu mengatakan bahawa najis bayi mungkin menjadi kunci untuk melawan pelbagai penyakit.
Menurut mereka, orang yang mengalami kembung perut atau pencernaan yang kurang baik sering dinasihatkan untuk memakan makanan yang mengandung probiotik seperti yogurt dan sauerkraut. 

Probiotik adalah bakteria dan ragi hidup, dan sering digambarkan sebagai bakteria baik.


Sauerkraut adalah antara bakteria baik untuk tubuh. 
Foto: Sky.com

"Bayi biasanya cukup sihat dan jelas tidak mengalami penyakit yang dialami orang dewasa seperti kencing manis dan kanser.

"Orang yang mengidap kencing manis, obesiti, gangguan autoimun dan kanser kerap mempunyai sedikit asid lemak rantai pendek," kata Dr Yadav.

Tambahnya, meningkatkan kandungan asid ini mungkin membantu dalam mengekalkan atau memulihkan usus dan kesihatan mereka. - CARI
25

Bagus
38

Marah
21

Terkejut
20

Sedih
32

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (154 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Foxey 27-8-2018 06:52 PM
So, how are you supposed to consume this? Like, najis kot... Yuck
Quote BedahBedul 27-8-2018 10:34 PM
kalau baca mmg nampak menggelikan, kan? Tp sebenarnya mmg minuman prebiotik yg jadi kegemaran budak2 tu ada ekstrak bakteria yg dikultur dr najis bayi {:run
Quote matkpop 28-8-2018 12:20 AM
yummehhhh
Quote CardiGans85 28-8-2018 08:36 AM
Tak pernah dengar perkataan Yakult? Vitagen? Dah kenapa sampai gila nak telan najis?
Quote Artemesiaa 28-8-2018 11:02 AM
Mengarut je macamlah tak ada sumber lain untuk dapatkan probiotik tu
Quote BoLapciOus 28-8-2018 12:18 PM
i cant imejinnnnn
Quote kurga 28-8-2018 12:21 PM
Aaah... mana dorang dapat stok tahik baby tu nak buat prebiotik tu? berapa lak harga semasa taik baby.. confuse gak..
Quote ayjay 27-9-2018 07:57 AM
Ambil sekali je lah, lepas tu culturekan saja.
Quote puanbintang 18-10-2018 09:16 AM
cannot brain....huhuhuhuhu..
Quote orgsepang 18-10-2018 09:57 PM
Masih ada cara lain. Najis tetap najis
Quote lampardterry14 3-11-2018 07:29 AM
Ada jumpa tips menarik kat dalam blog ni...cara2 yang dilistkan agak mudah je nak ikut..jadikan rule...harap bermanfaat >> https://doktorkurus.blogspot.com ... hingga-10-hari.html

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:34 AM GMT+8 , Processed in 0.139676 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top