CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Evolusi Teknologi Dalam 20 Tahun, Anda Sempat Guna Yang Mana?

29-8-2018 05:47 PM| Diterbitkan: Cari-suzy| Dilihat: 5310| Komen: 29|Original author: Oleh: Suzy

Description: Kepada sesiapa yang dilahirkan pada tahun 90an pasti terpahat kuat di memori bagaimana gajet memainkan muzik, telefon bimbit, kereta dan televisyen berubah begitu drastik sekali. Jom kita ke masa lalu ...


Kepada sesiapa yang dilahirkan pada tahun 90-an pasti terpahat kuat di memori bagaimana gajet memainkan muzik, telefon bimbit, kereta dan televisyen berubah begitu drastik sekali hari ini.  

Jom kita ke masa lalu dan imbas kembali perubahan ciptaan manusia sejak 20 tahun yang lepas.  
 

Foto: Google

Muzik

Dulu: Perlu ke bandar pada hari Sabtu untuk membeli cakera padat (CD) atau kaset dan mainkannya menggunakan Walkman. Ada juga yang merakam menggunakan kaset kosong lagu-lagu yang dimainkan di stesen radio.  

Sekarang: Tidak perlu lagi membeli muzik secara fizikal. Hanya muat turun atau taip nama artis di YouTube dan dengar apa saja sepanjang hari. 


Foto: Google

Telefon Bimbit

Dulu: Teruja dengan telefon bimbit dan perlu memilih perkhidmatan telco yang tepat bersesuaian dengan kawasan liputan. Kad tambah nilai pula perlu didapatkan di kedai telefon yang jarang ditemui. Masa dihabiskan bermain permainan Snake dan Space Invanders serta memilih nada dering sempurna untuk panggilan. 

Sekarang: Telefon bimbit 'tidak boleh' dilepaskan dari tangan walau beberapa minit! Menghabiskan masa berjam-jam melayari aplikasi sosial dan sebagainya selain digunakan untuk membuat panggilan, menghantar teks, perbankan dalam talian dan memesan makanan. Selain itu, telefon bimbit juga digunakan untuk mengambil klip video profesional yang berkualiti dan merakam video perkahwinan, memuat turun album dan juga mencari cinta menerusi aplikasi cari jodoh. 


Foto: Google

TV

Dulu: Kita akan menonton Televisyen (TV) di ruang tamu, menekan punat pada sisi TV untuk menukar saluran dan menghabiskan masa berjam-jam menonton carta billboard demi menunggu lagu tempat pertama sama ada Backstreet Boys atau Nsync.

Sekarang: Kita boleh menonton hampir semua rancangan TV menerusi komputer riba, tablet dan telefon bimbit. Babak boleh dipercepatkan atau dihentikan sementara dan direkodkan. Malah, boleh memakai cermin tiga dimensi (3D) untuk pengalaman luar biasa.
 
Anda anak zaman bila? - CARI
18

Bagus
19

Marah
12

Terkejut
13

Sedih
28

Lawak
31

Bosan

Friends Rank (121 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matkpop 29-8-2018 05:55 PM
rasa kertu plak lepas baca
Quote fishcracker 29-8-2018 08:04 PM
Sume merasa sebab pinjam akak n abang punye{:love
Quote acikbajuhijau 29-8-2018 09:09 PM
Semua sempat guna. Hehe. Acik dah tua.
Quote CardiGans85 29-8-2018 09:16 PM
Saya lalui semua zaman itu. Bagi saya, walkman adalah sesuatu yang luxury la pada ketika itu. Hehehe..

Handphone macam botol air ibu saya pakai. Tv pula, saya memang mangsa la sebelum ada remote control.
Quote RatuDunia94 29-8-2018 09:27 PM
Dulu masa sekolah ayah iols hadiahkan walkman sbb iols dpt keputusan cemerlang.. Tp yg x bestnya kuat betul makan bateri. Dah satu keje plak asyik nak kena beli bateri eveready tu.. Dah la mahal..
Quote dani-rox 29-8-2018 11:34 PM
walkman, discman semua ai dah rasa... zaman sekolah dulu, ai dan kawan2 sempat gatal jari dail no tepon khas utk dengar lagu, tepon awam hokeh.

terserlah kekertuan ai
Quote hasniey 29-8-2018 11:36 PM
Walkman xsmpat merasa..dulu2 mahallll
Quote AbukRokok 30-8-2018 12:20 AM
walkman dulu mahal woooo..... paling cikai 150 ++
aku beli yg 250 punya ada earthquake effect kat belakang kepala
Quote AbukRokok 30-8-2018 12:23 AM
RatuDunia94 replied at 29-8-2018 09:27 PM
Dulu masa sekolah ayah iols hadiahkan walkman sbb iols dpt keputusan cemerlang.. Tp yg x bestnya kua ...

noobnya beli beteri
ada je jual adapter time tu cucuk kat walkman


Quote hyie 30-8-2018 12:46 AM
Iols masih simpan lg walkman sony n discman cap fake apa entah. Tapi rasanya dah x boleh guna kot. Mp3 player pin ada hokeh. Selain itu, pendrive 128mb x silap hahaha..masa tu beli rm120 ko!
Quote Foxey 30-8-2018 09:31 AM
wow... i am that old already?
Quote chinta89 30-8-2018 10:35 AM
teringat disket empat segi nipis tu bila nak save ape2 dlm disc melalui komputer.. zmn tu pendrive mahal gila... tak sampai 1GB tapi harga ya ampun.......
Quote RatuDunia94 30-8-2018 10:37 AM
AbukRokok replied at 30-8-2018 12:23 AM
noobnya beli beteri
ada je jual adapter time tu cucuk kat walkman

Mmg noob pon cuols.. Budak2 apa tau.
Quote MadameOnion 30-8-2018 10:58 AM
semua pernah..i ngaku  yang i dah tua
Quote palmolive 30-8-2018 11:18 AM
apa tu walkman..euwww
Quote saviour_09 30-8-2018 12:34 PM
semua pun sempat
Quote mieymiey 30-8-2018 12:57 PM
Walkman? Ewwwww!!






Quote ninjago 30-8-2018 04:06 PM
semua merasa!!  nostalgic oh walkman and discman.. mmg member ketat sgt masa sekolah dlu.
Quote myakayina 30-8-2018 04:18 PM
sempat la merasa pakai benda2 ni..dpt pakai walkman tu dah rasa hebat dah dulu..
cepatnya masa berlalu..umur pun dah makin meningkat..

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:32 PM GMT+8 , Processed in 0.398297 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top