CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bukan Aishah Sahaja, Liza Hanim Pun Tak Dapat Lagi Hadiah Tanah Lot

30-8-2018 12:32 PM| Diterbitkan: Cari-Amirah| Dilihat: 10273| Komen: 26|Original author: Oleh: Amirah

Description: Bukan sahaja Aishah menjadi mangsa, rupa-rupanya nasib yang sama menimpa Liza Hanim yang merupakan pemenang naib juara Gegar Vaganza musim ke-4.
Bukan sahaja Aishah menjadi mangsa, rupa-rupanya nasib yang sama menimpa Liza Hanim yang merupakan pemenang naib juara Gegar Vaganza musim ke-4. 

Sungguh tidak disangka selepas setahun mereka masih tidak menerima hadiah tanah lot banglo yang dijanjikan oleh pihak penaja. Adakah hadiah itu tidak wujud sebenarnya?

Foto: IG Liza Hanim
Namun Liza mengambil pendekatan berbeza dengan mempercayai perkara ini masih boleh diselesaikan dengan baik untuk kesemua pihak.

"Saya lebih selesa untuk tidak memperbesarkan isu ini kerana percaya ia mampu diselesaikan dengan baik.

"Sejujurnya saya beruntung kerana berada di bawah pengurusan yang sentiasa membantu termasuklah menguruskan hal ini dengan penaja.


"Apabila isu ini viral, mereka (penaja) ada hubungi dan beritahu masalah yang dihadapi, jadi kita tunggu sahajalah," katanya kepada mStar Online.


Kemenangan ketiga-tiga pemenang termasuklah Lan Solo telah dijanjikan sebuah lot tanah selain hadiah lain yang diberikan Astro dan penaja.

Mereka akan bertemu pada awal September nanti dengan Datuk Seri Mohd Amir Mohd Esa yang menaja tanah lot yang dijanjikan bagi menyelesaikan isu dengan cara yang baik.


"Penaja berjanji untuk jumpa kami bertiga selepas sambutan Hari Kebangsaan, jika itu permintaannya kami okay sahaja.

"Buat masa ini ada komunikasi antara kami dan penaja, sebab itu saya tak mahu memperbesarkan hal ini melainkan perbincangan itu kelak tiada jalan penyelesaian," ujarnya.

Dia turut kesal dengan apa yang berlaku kerana selama bergelar anak seni dia tidak pernah rasa ditipu dengan ganjaran yang diberikan sama ada cepat atau lambat.


"21 tahun jadi artis tak pernah lagi tak dapat hadiah yang dijanjikan, ini kali pertama hadiah diterima lambat sikit.

"Saya percaya kalau itu hak kita, rezeki kita, kita akan dapat juga," katanya.

Mungkin ramai yang tidak tahu penaja tersebut merupakan vokalis Kumpulan Pearl suatu ketika dahulu dan dikhabarkan ada masalah dalaman yang menimpa syarikat Bina Megah Empire bagi menguruskan penyerahan tanah lot tersebut.

Entah-entah mungkin sudah tiada tanah lot tersebut? Janji tinggal janji sahaja. Harap pihak penaja selesaikan isu sebaik mungkin sebelum reputasi syarikat menjadi lebih buruk. - CARI
31

Bagus
28

Marah
22

Terkejut
24

Sedih
29

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (147 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matkpop 30-8-2018 12:35 PM
baju oren tudung hijau. orang sarawak cakap macam serem (aiskrim) kihkih
Quote Ferr_Remy 30-8-2018 12:38 PM
Liza Hanim n CTDK. Ala2 mcm Britney Spears n Xtina Aguilera suatu ketika dahulu.
Quote hyie 30-8-2018 12:53 PM
Ferr_Remy replied at 30-8-2018 12:38 PM
Liza Hanim n CTDK. Ala2 mcm Britney Spears n Xtina Aguilera suatu ketika dahulu.

bila britney nak release album baru sis? dah naik bosan dengar album Glory
Quote Ferr_Remy 30-8-2018 01:08 PM
hyie replied at 30-8-2018 12:53 PM
bila britney nak release album baru sis? dah naik bosan dengar album Glory

Entahla nak. Yg iols tau ade lagu bru otw featuring Pitbull. Tp x sure release bile.
Quote mixed 30-8-2018 01:25 PM
Lan solo pn kan x dpt lg
Quote Orgkgdukobesi 30-8-2018 02:35 PM
Kalo buat salah pastu minta maaf....nanti esok2 si penipu buat lagi. Biar viral kasi public humiliation baru lah tau ...langit tinggi rendah. Sapa nak menipu pun kena fikir banyak kali sbb kalo di maki dicemuh nanti sipenipu dan keluarga mereka yg kena. My doplosen view saja.
Quote akuMNdia 30-8-2018 02:57 PM
tak lama lg dapat la tu sbb kak ecah dah viralkan.
Quote Denco 30-8-2018 03:01 PM
bagus je kak ecah viral kan

klu tak nnti lagi lambat ko dpt liza oiiii

developer ni kebanyankan mcm tu laaa
Quote Suchi 30-8-2018 03:08 PM
Edited by Suchi at 30-8-2018 06:26 PM
Denco replied at 30-8-2018 03:01 PM
bagus je kak ecah viral kan

klu tak nnti lagi lambat ko dpt liza oiiii


Tak bising tak dpt la kan mcm keta iols ni bising2 pun krik2 gak
hampeh tul perodua hari ni dah last sblm sst maknanya mmg kena sst gak iols gayanya nih.
Kalau kena sst gak iols nak cancel je lantaklah mujur xde heboh ngn org pun.
Quote Denco 30-8-2018 03:11 PM
Suchi replied at 30-8-2018 03:08 PM
Tak bising tak dpt la kan mcm keta aku ni bising2 pun krik2 gak
hampeh tul perodua hari ni dah la ...

tu la pasal ada sebab & baiknya bila kita bising

bukan sbb nk kepoh, tp dah mmg hak kita, bukannya mencuri atau merompak

masuk pertandingan tu pn guna kudrat, masa & duit gak
Quote me12345 30-8-2018 03:46 PM
Kesian pemenang2 ni..serba salah...
Quote MadameOnion 30-8-2018 04:08 PM
kak ecah yg juara pun tak dapat lagi..inikan pulak kak lija ngan lan solo tempat kedua n ketiga..lagi lah lambat
Quote Parit.Hilton 30-8-2018 05:33 PM
penaja tanah tu bekas vokalis kumpulan Pearl? tapi ada Datuk Seri.

hmmm, my scammer radar is tingling
Quote giyomi 30-8-2018 05:53 PM
len kali jgn janji kosong, klu tak mampu tunaikan. astro tak bersuara ker sebab skit banyak turut terpalit...klu camne lar gayanya, bek jgn wat apa2 program realiti pasni
Quote cmf_blingblings 30-8-2018 05:56 PM
Adabi dgn KFC bagi hadiah apa?
Quote salmon-suki 30-8-2018 08:40 PM
Dorg dpt tanah lot je ke or sekali ngn rumah?ai tgk gv tu tp x hafal lak hadiah die..hehehe~salu skip2 je tgk,almaklumlaa stream live from utube..kuar part intebiu ngn retis2 tu aiols bukak bende len..
Quote armin 30-8-2018 10:15 PM
Liza bolehla cakap macam tu dia tak kena tipu barang kemas sampai 80k tau2 dpt berlian mainan. Mulut liza ni pun blh tahan jgk. Kalau dia yg kna lg teruk agaknya
Quote nazrul90 30-8-2018 10:21 PM
Edited by nazrul90 at 30-8-2018 10:23 PM
armin replied at 30-8-2018 10:15 PM
Liza bolehla cakap macam tu dia tak kena tipu barang kemas sampai 80k tau2 dpt berlian mainan. Mulut ...

dia pon dapat barang kemas yang nilai kononnya 60k.  

Liza hanim takkecoh mungkin sebab dia pon tak berapa hairan hadiah tu since she got her own business and perhaps dia punya management yg tolong uruskan on behalf.  
Quote eLiaD 30-8-2018 10:59 PM
jgn nanti penaja tunjuk tanah lot kubo sorg satu sUda kahkahkah

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:29 AM GMT+8 , Processed in 0.115044 second(s), 64 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top