CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Lelaki Dikehendaki Polis Jadi Bahan Tawa Kerana Menyerupai Princess Leia?

30-8-2018 05:14 PM| Diterbitkan: Cari-suzy| Dilihat: 7132| Komen: 11|Original author: Oleh: Suzy

Description: Foto lelaki dikehendaki polis menjadi tular di Internet apabila gaya rambutnya yang menyerupai watak filem Star Wars, 'Princess Leia' menjadi bahan jenaka netizen.


Foto lelaki dikehendaki polis menjadi tular di Internet apabila gaya rambutnya yang menyerupai watak filem Star Wars, 'Princess Leia' menjadi bahan jenaka netizen.  

Polis Hillingdon, United Kingdom menyiarkan poster kepada orang ramai untuk mendapatkan maklumat mengenai Joseph Longman, 19, yang dikehendaki kerana melakukan jenayah serius. 


Foto: Metro UK

Bagaimanapun, orang ramai lebih berminat untuk mengulas mengenai gaya rambut Joseph berbanding maklumat dikehendaki polis. 


Netizen menyamakan potongan rambutnya sama seperti watak ikonik Star Wars yang mengalami hari malang.  

Fabrice Richard Favre menulis, “Apakah kesalahan dilakukannya? Adakah kerana dia menyamar menjadi Princess Leia versi hodoh?”

Richard York pula berkata, "Saya rasa seperti pernah melihatnya dalam siri Star Wars”, manakala David Bruyea menambah, “Adakah itu Princess Leia?”

Netizen lain turut membalas komen-komen tersebut menyebabkan lebih banyak punch line yang menggelikan hati. 

Sementara itu, Sammy R berseloroh, “Puteri Leia pada hari malang. Bagaimana anda tidak dapat mencari seorang lelaki berjalan di tempat awam dengan gaya rambut Princess Leia? Ini mustahil.”


Foto: Google

Pun begitu, netizen tidak hanya membandingkan Joseph dengan Leia Organa, watak yang dilakonkan Carrie Fisher itu. Ada juga yang memberitahu polis untuk 'mencari' Joseph di Disneyland kerana Minnie Mouse sedang menunggunya memandangkan rambutnya persis telinga Mickey Mouse. 

Boleh tahan kelakar netizen di luar negara ya. Tidak jauh berbeza dengan rakyat Malaysia yang suka 'membahan'. - CARI
13

Bagus
22

Marah
27

Terkejut
20

Sedih
35

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (136 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote umbut 30-8-2018 05:42 PM
X selera nengok cam muka puteri leia
Quote buapakperut 30-8-2018 05:48 PM
iols vite minie mouse
Quote Artemesiaa 30-8-2018 05:49 PM
Muka mintak penampor tu
Quote multinicky 30-8-2018 06:23 PM
lbh kpd muke princess leinyahhhh..
Quote matkpop 30-8-2018 06:30 PM
wakakaka nasib tak macam chewbacca
Quote Foxey 31-8-2018 12:17 AM
Kelakar.
Quote chazey 31-8-2018 12:57 AM
Muka heols ada iras stoden akak sikit, haha.
Quote precious_chicas 1-9-2018 08:37 AM
hahaha em ai si....kay ee wai....emmm ooo youuuu es eee!
Quote putericahaya999 1-9-2018 09:05 AM
hensem gini pun jadi suspek
siyan
Quote Catpaw 1-9-2018 10:23 AM
Memang dia buat rambut camtu ke {:dot
Rupa maid je tak rupa penjenayah sangat
Quote raihaneem 2-9-2018 10:25 AM
Tak gatai kulit kpla ka mcmtu...walau rmbut mcm miki mouse tp dikehendaki polis

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:52 PM GMT+8 , Processed in 0.066993 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top