CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Mahu Buat Duit Dengan Kentut, Pengawal Keselamatan Ini Akhirnya..

3-9-2018 05:48 PM| Diterbitkan: Ferr_Remy| Dilihat: 3975| Komen: 6|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Selepas seorang peminat memuat naik koleksi video-videonya dari laman web Reddit, video tersebut lantas tular dan menjadi popular dengan cepat. Kini, lelaki ini mempunyai hampir 80,000 pengikut di Ins ...
man farting viral videos, security guart fart videos, florida man fart videos, viral star farting, farting sensation, viral news, odd news, weird news, indian express

Foto Carian Internet


Seorang pengawal keselamatan dari Florida menjadi bintang Instagram untuk perkara yang paling pelik dan jelik - kentut! Percaya atau tidak, dia telah merakamkan video kentutnya sendiri dan berkongsinya di dalam talian lantas menarik lebih dari 79,000 pengikut di akaun Instagram miliknya dan sebanyak 4,700 pengikut di saluran YouTubenya!


Doug, yang lebih dikenali di Instagram sebagai Paul Flart dan 'The Fart Authority', telah memuat naik kesemua video "kentut"nya berturut-turut sejak enam bulan yang lepas. 


Walaupun kompilasi video di hospital yang tidak dinamakan di Florida membuatkan dirinya popular, ia juga turut mengakitbatkan dirinya kehilangan pekerjaan. Selepas kompilasi video kentutnya yang terhebat memperoleh lebih daripada 400,000 tontonan di Reddit, ianya juga turut mendapat perhatian dari pihak berkuasa hospital di mana beliau kemudiannya dipecat.


Walau bagaimanapun, pengikutnya terus meningkat sejak itu. Bercakap tentang kisah kejayaannya, beliau memberitahu VICE, "Ia melangkaui semua bahasa. Tiada terjemahan diperlukan, hanyalah lucu semata-mata. "

"Saya suka membuatkan orang ketawa, membuat mereka tersenyum," katanya sambil menambah hospital itu sebelum ini mengambilnya berkerja kerana "pihak pengurusan hospital amat menyukai keperibadian lelaki yang dianggap lucu itu sehingga mereka mahu dia menjadi orang pertama yang akan dijumpai para pengunjung di hospital itu," tambah laporan itu.


Bukan video kentut sahaja yang direkodnya, malah beliau turut merakamkan saat ketika dirinya dipecat oleh majikan. Dalam siaran langsung di halaman Instagramnya, Doug menyiarkan detik majikannya membiarkannya dirinya pergi, lapor Metro UK. Dalam video itu, penyelianya meminta dia untuk menghentikan rakaman, tetapi dia menolak. 


Penyelianya menyatakan bahawa dia telah melanggar dasar dan polisi syarikat keselamatan swasta itu mengenai penggunaan telefon bimbit di tempat kerja. Walau bagaimanapun, Dough mengatakan dia tidak pernah menunjukkan apa-apa logo syarikat di dalam videonya, tetapi bosnya tetap tidak menerima alasan beliau.


Dia kini mempunyai akaun di laman web Patreon, khas untuk mereka yang ingin menjana pendapatan terutamanya untuk "Youtubers" dan berharap untuk mendapatkan wang dari video-videonya selepas ini. "Matlamat saya adalah untuk menjadi orang pertama yang membuat duit dengan hanya melepaskan gas kentut selepas kehilangan sumber pendapatan," katanya lagi. - CARI 
20

Bagus
23

Marah
20

Terkejut
23

Sedih
20

Lawak
25

Bosan

Friends Rank (131 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote meisapoya 3-9-2018 06:09 PM
Moisty fart
Quote Spicymami 3-9-2018 06:34 PM
Klu view youtube mencanak, xyah keje da la senang2 dpt ribu usd tiap bulan selagi mana video ditonton org
Quote helicornia 3-9-2018 09:07 PM
jijiknye {:cryrun
Quote buapakperut 4-9-2018 12:17 AM
oh jijikcamni
Quote chicozinn 4-9-2018 10:56 AM
iyyyerrrrlkkkkkk
Quote MadameOnion 4-9-2018 10:58 AM
eeuuuwww mesti busuk

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:59 PM GMT+8 , Processed in 0.067628 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top