CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Universiti Harvard Disaman Amal Diskriminasi Ke Atas Pelajar Keturunan Asia

27-12-2018 10:34 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 2326| Komen: 7|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Sekumpulan pelajar Amerika Syarikat berketurunan Asia (Asian-American) telah menyaman universiti terkemuka Harvard kerana didakwa mengamalkan diskriminasi ketika pemilihan kemasukan pelajar barunya.
Sekumpulan pelajar Amerika Syarikat berketurunan Asia (Asian-American) telah menyaman universiti terkemuka Harvard kerana didakwa mengamalkan diskriminasi ketika pemilihan kemasukan pelajar barunya. 


Jabatan Kehakiman Amerika turut menyatakan sokongan kepada pelajar-pelajar yang menyaman universiti bertaraf Ivy League tersebut.


Kredit Foto: misk.org.sa

Menurut dokumen saman tersebut, Universiti Harvard didakwa secara sistematik telah mengamalkan satu sistem bias terhadap pelajar Asian-American untuk memberi kelebihan kepada kaum lain yang kurang layak ketika pemilihan pelajar baru.

 
Kredit Foto: KPCC


Harvard dikatakan memperkenalkan beberapa kriteria baru yang abstrak dan subjektif seperti ‘personal rating’, ‘good person’, ‘widely respected’ dan ‘likeability’ untuk mengimbangi kriteria berdasarkan merit seperti markah peperiksaan dan pencapaian kurikulum. 

Harvard dikatakan sengaja memberikan markah rendah kepada pelajar Asian-American untuk kriteria baru ini untuk memberi kelebihan kepada pelajar kaum lain. Ini memandangkan markah peperiksaan dan pencapaian kurikulum pelajar Asian-American sangat tinggi dan tanpa kriteria baru ini, pelajar Asian-American akan memonopoli kemasukan ke Harvard.


Kredit Foto: Forloveofgodandcountry's Blog

Menurut sebuah kajian dijalankan Universiti Princeton, pelajar Asian-American secara purata dipotong 50 mata daripada sistem ini dan pelajar kulit hitam mendapat +230 mata tambahan, golongan atlit (+200), Hispanik (+185), dan legasi yang mana pemohon mempunyai  ibu bapa alumni (+160) .


Kredit Foto: commons.wikimedia.org

Persaingan untuk kemasukan ke Harvard sangat sengit dan setiap tahun hanya 4.6% pemohon akan diterima. Kajian dalaman Harvard pada tahun 2013 menunjukkan terdapatnya unsur bias terhadap kemasukan pelajar Asian-American, tetapi tidak mengumumkan sebarang tindakan susulan. 

Dokumen itu juga mendapati Harvard berbuat demikian kerana cuba menetapkan kuota (Sistem Afirmatif) untuk memberi peluang kepada pelajar keturunan kulit putih, African-American dan Hispanik.


Kredit Foto: New York Times

Menjawab saman tersebut itu, Harvard  memberitahu New York Times bahawa berdasarkan kes saman sebelumnya yang diputuskan pada tahun 2016, mereka telah mendapat kebenaran daripada Mahkamah Agung (Supreme Court) untuk mengamalkan Sistem Afirmatif yang mana suku-kaum boleh digunakan sebagai salah satu kriteria dalam pemilihan pelajar. 

"Analisa kami mendapati tidak ada diskriminasi terancang terhadap Asian-American, malah kemasukan mereka telah meningkat 29% berbanding 10 tahun lalu," dakwa Harvard.


Kredit Foto:You Offend Me You Offend My Family  

Kedua-dua pihak menfailkan saman di mahkamah dan jika kes ini berlanjutan sehingga ke Mahkamah Agung, pengambilan pelajar berdasarkan kuota (Sistem Afirmatif) yang telah diamalkan oleh semua universiti di Amerika Syarikat selama berpuluh tahun akan dibicarakan sekali lagi. - CARI
10

Bagus
13

Marah
13

Terkejut
10

Sedih
14

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (75 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote v(T.T)v 27-12-2018 10:52 AM
Belajarlah dgn Msia, letak kuota terus lagi baik.
Quote pokaibanktokyo 27-12-2018 11:00 AM
v(T.T)v replied at 27-12-2018 02:52 AM
Belajarlah dgn Msia, letak kuota terus lagi baik.

Letak kuota rahsia untuk cina macam di malaysia lagi baik ? Hmmm
Quote pokaibanktokyo 27-12-2018 11:05 AM
Aku takkan kata nak masuk harvard mesti ada passion tahap paling tinggi dalam sesuatu bidang . Bukan kira markah saja.  Sebab sepet dungu yang dok menyalak sampai mahkamah tu pun harap kuota gak
Quote apam 27-12-2018 11:08 AM
ingatkan kat Malaysia.
patutlah set set tu masih berkuntum kat Malaysia walaupun mulut berbuih mengata melayu racist
Quote makbedah 27-12-2018 11:08 AM
Tergugat ke group lain sampai kan buat macam tu?! I pernah baca research yang ckp group minioriti Asian-American adalah paling ditakuti sebab dia orang rajin belajar Atau pun business ye lah nak ayah dtg jauh2 dari Philippine vietnam bagai of course Asian kids kena balas balik although Americans suka buat jokes pasal the Asian way semua tu.
Quote FOTHER-MUCKER 27-12-2018 11:10 AM
Ok apa, dia orang ikut cara malaysia.
Quote ChildrenOfBodom 27-12-2018 11:27 AM
roses are red
violet are blue
there's always an asian
that is better than you

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:12 AM GMT+8 , Processed in 0.243589 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top