CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Siri Kartun Popular Ini Pernah Mencetuskan Kontroversi Di Malaysia! Kenapa?

7-9-2018 12:21 PM| Diterbitkan: Ferr_Remy| Dilihat: 10867| Komen: 37|Original author: Oleh: Ferr_Remy

Description: Sering kali kita terdengar pelbagai teori konspirasi yang menjadi hebahan dan bualan umum sehingga membimbangkan orang ramai.
Sering kali kita terdengar pelbagai teori konspirasi yang menjadi hebahan dan bualan umum sehingga membimbangkan orang ramai. 

Siri animasi kartun pun turut tidak terlepas dari dikaitkan dengan pelbagai teori dan kontroversi yang dikatakan mempunyai agenda tertentu untuk meracuni fikiran manusia. 


Berikut merupakan senarai siri kartun popular yang pernah mencetuskan kebimbangan ibu bapa di seluruh Malaysia!


Pokemon


Image result for pokemon
Kredit foto: thebitbag

Tersebar luas di Malaysia suatu ketika dahulu yang kononnya Pokemon dikatakan bermaksud "Aku Yahudi" dalam bahasa Suryani.

Pikachu juga disebut-sebut sebagai haiwan yang diinspirasikan dari "khinzir" oleh rakyat Malaysia suatu ketika dahulu yang turut didakwa bermaksud "Jadilah seorang Yahudi"


Pokemon dikatakan merupakan siri kartun ciptaan Yahudi yang bertujuan menyesatkan umat Islam di negara ini tetapi ternyata semuanya hanyalah palsu belaka.


Sailormoon


Image result for sailormoon
Kredit foto: BuzzFeed

"Dengan kuasa bulan, akan menghukum mu!" Siapa yang boleh melupakan ungkapan keramat ini? Sailormoon mengisahkan seorang gadis comel bernama Usagi Tsukino bersama empat lagi rakan baiknya yang sering kali berhadapan pelbagai cabaran dan rintangan dalam menentang penjahat yang ingin mengancam keselamatan negara mereka. 

Siri ini juga pernah dikritik sebahagian ibu bapa di Malaysia kerana menampilkan pakaian mencolok mata dan dikatakan tidak sesuai untuk tontonan anak-anak mereka terutamanya anak lelaki.


Shin Chan


Related image
Kredit foto: Anime News Network

Siapa yang tidak kenal dengan budak nakal bernama Shin Chan. Keletahnya yang kelakar dan mencuit hati sering kali menghiburkan orang ramai. 

Tetapi, kartun ini juga pernah menimbulkan kontroversi kerana gelagat Shin Chan yang dikatakan melampaui batas dan norma rakyat Malaysia serta terselit unsur-unsur tidak sihat yang boleh meracuni dan mempengaruhi pemikiran kanak-kanak.


Mighty Morphin Power Rangers


Related image
Kredit foto: New York Post

Siri adi wira kegemaran ramai ini pernah mencetuskan kontroversi di kalangan rakyat Malaysia suatu ketika dahulu apabila perkataan "morphin" disalahertikan sebagai sejenis dadah

Morphine yang dikenali sebagai sejenis dadah penahan sakit dikaitkan dengan siri Power Rangers hanya kerana perkataan "morphing" yang ditukar ejaannya untuk berbunyi lebih urban. Tetapi, perkataan "morphin" di dalam siri kegemaran ramai ini hanyalah bermaksud "penukaran" di mana manusia biasa akan bertukar menjadi seorang adi wira dengan kuasa luar biasa apabila bertarung dengan raksasa, yang menjadi plot utama siri adiwira ini.


Teletubbies


Image result for teletubbies
Kredit foto: theplacetelford

Teletubbies pernah menjadi kegemaran kanak-kanak di seluruh dunia termasuk Malaysia. Tahukah anda? Teletubbies juga tidak lari dari kontroversi apabila ada pihak yang mendakwa salah seorang daripada ahli kumpulan Teletubbies merupakan wakil golongan LGBT. 

Khabar ini bermula apabila watak Tinky Winky yang merupakan seorang lelaki, sering memakai tas tangan wanita. Selain itu, warna ungu Tinky Winky juga dipersoalkan serta simbol segi tiga di atas kepalanya turut dikaitkan sebagai lambang LGBT.

Fuh, nak tengok kartun pun tak senang dibuatnya! Sama ada ianya benar atau tidak, terpulang kepada anda untuk menilai dan memilih siri kartun untuk menjadi tontonan anak-anak anda! - CARI
30

Bagus
36

Marah
33

Terkejut
30

Sedih
29

Lawak
32

Bosan

Friends Rank (190 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote beeeee 7-9-2018 12:22 PM
iolls suka atashinci
Quote Cyempaka 7-9-2018 12:27 PM
kalo tak silap doraemon pun pnah kena gak dulu. lobai kata melawan kuasa Allah
Quote buapakperut 7-9-2018 12:44 PM
suka power rangers sebab iols blajar bi. pokemon tu iols dh remaja tapi stationery ayah suka belikan pokemon blako. Teletubbies tak penah minat.boring
Quote cassriena 7-9-2018 01:10 PM
teletubbies tak best langsung
Quote CardiGans85 7-9-2018 01:25 PM
Aku suka sailor jupiter hahaha..comel.{:hero

Kalau macam tu, tak payah ada tv. Handphone tak perlu berinternet bagai. Tak payah bermedia social, yahudi tu.
Quote gerbera.memopad 7-9-2018 01:33 PM
Aku dulu paling menyampah ye bila aku kena babysit anak buah aku & dia paksa nak tengok citer Teletubbies. Satu seksaan bagi meols yach

Tapi bila dah lama2 tengok tu Laa-Laa cute pulak
Quote Orix 7-9-2018 01:41 PM
cassriena: teletubbies tak best langsung


Iols tgok teletubbies kot dlu mse kecik tp x igt satu menda pn. Yg iols igt teletubbies ni kalau bergerak very slow n kalau matahari keluar, keluar la teletubbies ni nnt
Quote ms.mango 7-9-2018 01:43 PM
i join je adik tgk pingu... p p p p p p p p pingu pinguuuuuu
Quote AbukRokok 7-9-2018 02:37 PM
Pikaaaaa Jewwwwwwwww
Quote kucingitam 7-9-2018 02:50 PM
upin ipin taknak masuk ke? ri tu kemain ada yang kata upin ipin ajar anak bahasa kurang sopan, tak sedar diri sendiri sesama adik-beradik pun berkau-aku, dgn anak pun panggil kau je.. kah..kah..
Quote Nonones 7-9-2018 02:51 PM
Aku antara peminat teletubbies kecik2 dulu
Quote Andyscenes 7-9-2018 03:07 PM
Diammm aku suka usop sontorian n keluang man
Quote akudracula 7-9-2018 03:10 PM
CardiGans85 replied at 7-9-2018 01:25 PM
Aku suka sailor jupiter hahaha..comel.{:hero

Kalau macam tu, tak payah ada tv. Handphone tak perl ...

suka Haruka Tenoh (Sailor Uranus)
Quote greantea 7-9-2018 03:12 PM
dragon ball la best.
Quote matkpop 7-9-2018 03:33 PM
nasib takda the simpsons
Quote saviour_09 7-9-2018 04:09 PM
shin chan tu yang paling hanaaatt sekali
kuangajooo dia ni
Quote BoLapciOus 7-9-2018 04:59 PM
omg..suka gile sailormoon ngan dragon ball dulu..sgup miss koko sbb nk tgk cite ni..rsenye klu tgk balik cite ni ase biase2 je kot..so la kenangan
Quote EvieWanKenobi 7-9-2018 05:17 PM
Hagemaru.. suka hati dia je..
Quote cmf_premierleag 7-9-2018 05:23 PM
Orix replied at 7-9-2018 01:41 PM
Iols tgok teletubbies kot dlu mse kecik tp x igt satu menda pn. Yg iols igt teletubbies ni kalau ...

matahari teletubbies tu siapa ada baby kecik tu kan..mcm ala2 God melihat hambanya di muka bumi sebegitu

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:15 AM GMT+8 , Processed in 0.073282 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top