CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Racun Suami Dengan Mencampurkan Ubat Mata Pada Makanan

7-9-2018 12:04 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2948| Komen: 15

Description: Seorang wanita berdepan hukuman mati selepas didakwa meracun suaminya dengan mencampurkan titisan ubat mata pada makanan mangsa.
Seorang wanita berdepan hukuman mati selepas didakwa meracun suaminya dengan mencampurkan titisan ubat mata pada makanan mangsa.

Memetik METRO, Lana Clayton, 52, ditahan seminggu selepas suaminya, Stephen Clayton, 64, ditemui mati di rumah mereka di North Carolina. Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas dipercayai terjatuh dari tangga.




Namun, hasil bedah siasat kemudian menemui kandungan tetrahydrozoline (bahan kimia yang biasanya ditemui dalam ubat titis mata) yang tinggi dalam tubuhnya.

Bahan ini berfungsi untuk menyekat pembuluh darah dan mengurangkan kemerahan, tetapi ia boleh bertindak sebagai neurotoksin dan menyerang sistem saraf apabila ditelan.


Lana didakwa melakukan jenayah itu antara 19 dan 21 Julai, di mana mangsa dipercayai dibunuh antara tarikh tersebut, lapor New York Post.

Difahamkan, mangsa dikebumikan di taman belakang rumah mereka yang bernilai ASD 822,000 (RM3,339,786).


Kredit foto: METRO/ABC

Polis dalam satu kenyataan berkata, Lana Clayton mengaku kepada penyiasat bahawa dia memberikan bahan itu kepada Stephen Clayton tanpa pengetahuannya. Bagaimanapun, motif pembunuhan tidak dimaklumkan dan kes masih dalam siasatan.

Ekoran itu, polis juga menyiasat kes pada 2016 apabila tertuduh dikatakan memanah suaminya di belakang kepala.

Lana ketika itu berkata, dia mengalami kesukaran menggunakan senjata berkenaan menyebabkan dia masuk ke rumah bagi mencari suaminya dan 'tidak sengaja' melepaskan anak panah.

Suaminya juga berkata dia tidak percaya isterinya berniat membunuhnya dan bertegas ia hanyalah kemalangan yang tidak disengajakan selain dirinya baik-baik saja.

Penyiasat ketika itu menyifatkan kes tiada unsur jenayah.

Difahamkan, Lana kemudian melaporkan kejadian dan mendakwa suaminya mendera mentalnya tetapi tidak pernah menyakitinya. - CARI
19

Bagus
14

Marah
8

Terkejut
29

Sedih
13

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (98 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Yahudi_Bisex 7-9-2018 12:16 PM
Dera mental macam mana setan?

Jaga LA laki kau tu elok2
Quote minguk 7-9-2018 12:19 PM
sekarang tak puas hati main bunuh2 ek... ngeri
Quote Artemesiaa 7-9-2018 12:24 PM
Sendiri yang dah dera sampai dia jadi mental mana tak berani dia nak membunuh
Quote prettyuglybabe 7-9-2018 01:50 PM
ramai je bini didera mentally tapi tahan je asal berlaki..
Quote manehnya 7-9-2018 02:53 PM
jenayah terancang ni, pandai dia... x sangka ubat mata pun leh bunuh orang kan
Quote tomaz 7-9-2018 03:04 PM
Iolss pernah tgk dlm movie kat Diva. Couple ni bunuh partner restaurant dorang guna ubat titis mata. Sejak tu iolss seram2 je ngn ubat mata ni


Quote dani-rox 7-9-2018 08:25 PM
tomaz replied at 7-9-2018 03:04 PM
Iolss pernah tgk dlm movie kat Diva. Couple ni bunuh partner restaurant dorang guna ubat titis mata. ...

selain tu byk gak kes kematian akibat racun antifreeze... senang2 dimasukkan dlm air minuman mangsa, sbb rasanya yg manis dan odorless.
Quote JokesCop 7-9-2018 10:21 PM
Yahudi_Bisex replied at 7-9-2018 12:16 PM
Dera mental macam mana setan?

Jaga LA laki kau tu elok2

Contoh dera mental.

"Kalau hang xikut cakap aku, aku pastikan karier hang gelap."

"Kau terlalu gemuk, nanti aku cari orang lain kalau kau xkurus."

"Kalau kau x buat apa aku suruh, aku sebar gambar kau dekat internet."

"Sangat dissapointed dgn apa kau buat, aku lagi rela kalau kau xjadi anak aku."

"Baik kau berambus sebelum aku toreh2 muka kau yg hodoh tu."

"Jangan duduk dekat meja kami, nanti miskin kau terjangkit dengan kami."

Dan banyak lagi.
Quote Yahudi_Bisex 7-9-2018 10:23 PM
JokesCop replied at 7-9-2018 10:21 PM
Contoh dera mental.

"Kalau hang xikut cakap aku, aku pastikan karier hang gelap."

Sheols tak pandai layan kot..

Kalau layanan tip top mesti shuband syg
Quote JokesCop 8-9-2018 08:41 AM
Yahudi_Bisex replied at 7-9-2018 10:23 PM
Sheols tak pandai layan kot..

Kalau layanan tip top mesti shuband syg

Probably, or probably husband sendiri yg ade masalah insensitive.

Masing-masing ada masalah sendiri
Masalah dunia masalah peribadi
Luahkan jangan simpan dalam hati
Boleh cerita di kedai kopi
Quote b_n_c 8-9-2018 08:46 AM
tomaz replied at 7-9-2018 03:04 PM
Iolss pernah tgk dlm movie kat Diva. Couple ni bunuh partner restaurant dorang guna ubat titis mata. ...

a gourmet detective:chef al dente..

kot..hehe..

aku tgk jgk
Quote tomaz 8-9-2018 08:59 AM
b_n_c replied at 8-9-2018 08:46 AM
a gourmet detective:chef al dente..

kot..hehe..

Betul la tu. Dia bubuh dlm minuman kan kalau x silap
Quote Yahudi_Bisex 8-9-2018 01:30 PM
JokesCop replied at 8-9-2018 08:41 AM
Probably, or probably husband sendiri yg ade masalah insensitive.

Masing-masing ada masalah se ...

I rasa suami isteri ni jenis suka pendam perasaan. Jarang jumpa pasangan yg betul2 memahami dan boleh berkongsi rasa dan perasaan.
Quote b_n_c 8-9-2018 11:08 PM
tomaz replied at 8-9-2018 08:59 AM
Betul la tu. Dia bubuh dlm minuman kan kalau x silap

ha a dia buh dlm botol air org tu..
Quote zuriey 11-9-2018 11:51 AM
Selayak Nya jantan Tak Guna mcm ni mati jahhh ,, Ina naim bila lagi ? Sanggup hadap sohai taguna tu ,,

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:15 AM GMT+8 , Processed in 0.053517 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top