CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Gadis Terpaksa Potong Jari Kerana Suka Gigit Kuku

7-9-2018 05:17 PM| Diterbitkan: Cari-suzy| Dilihat: 7514| Komen: 20|Original author: Oleh: Suzy

Description: Courtney Whithorn, 20, tidak menyangka tabiat yang sering diamalkan apabila dalam keadaan panik dan tertekan menyebabkan dia menghidapi sejenis kanser yang jarang berlaku.


Courtney Whithorn, 20, tidak menyangka tabiat yang sering diamalkan apabila dalam keadaan panik dan tertekan menyebabkan dia menghidapi sejenis kanser yang jarang berlaku. 

Courtney memulakan tabiat itu sejak tahun 2014 apabila sering menjadi mangsa buli. Tambah buruk, kerana tidak mahu rakan dan keluarga tahu mengenai keadaan jarinya yang semakin kehitaman, dia sering menggengam tangannya dan memakai kuku palsu. 


Foto: Dailymail UK


Keadaan jarinya itu akhirnya terbongkar setelah Courtney bertemu pakar dan disahkan menghidap kanser kulit yang jarang berlaku di ibu jari. Dia amat terkejut dengan diagnosis tersebut dan tidak menyangka tabiatnya telah bertukar menjadi penyakit berbahaya. 

Sehingga kini, Courtney telah melakukan empat kali pembedahan selepas disahkan menghidap penyakit itu sejak Julai lalu. Biarpun pelbagai usaha dilakukan untuk menyelamatkan ibu jarinya, namun akhirnya terpaksa dipotong pada pembedahan yang terakhir. 


Foto: Dailymail UK

"Saya terkejut apabila kulit saya bertukar kehitaman, jadi saya tunjukkan kepada mereka buat pertama kalinya pada tahun ini," katanya.

Pada awalnya, Courtney berjumpa doktor untuk tujuan kosmetik, dia kemudiannya dirujuk kepada pakar bedah plastik yang mencadangkan agar kuku itu dibuang untuk menyingkirkan kulit hitam tersebut. 

Bagaimanapun, sebelum pembedahan pertama dilakukan, doktor memberitahu ada sesuatu yang tidak kena pada jarinya. 

"Mereka membuat pemeriksaan lanjut dan keputusannya mendapati saya dijangkiti melanoma malignan yang sangat jarang berlaku terutama untuk seseorang pada usia saya," katanya dipetik daripada DailyMail UK. 

Buat masa ini, Courtney masih menunggu hasil keputusan pembedahan tersebut. Pakar bedah juga akan mengambil masa lima tahun untuk memantau keadaan jarinya melalui beberapa siri imbasan. 

Benda remeh yang tidak disangka-sangka menjadi barah. Semoga Courtney kuat menghadapi ujian. - CARI
24

Bagus
30

Marah
30

Terkejut
33

Sedih
24

Lawak
27

Bosan

Friends Rank (168 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote beeeee 7-9-2018 05:21 PM
tak pasal pasal jek hahahaha
Quote HanaAmani 7-9-2018 05:39 PM
Alahai..ngerii.. Sampai macam tu jadinya
Quote meisapoya 7-9-2018 06:18 PM
Sian nya....
Quote matkpop 7-9-2018 06:30 PM
kesian nya
Quote buapakperut 7-9-2018 08:24 PM
sadisnye. iols pun ade penyakit pelik2 kat jari n kuku tapi iols tak suka gigit
Quote umbut 7-9-2018 09:41 PM
Ada kes sakit gigi tapi x buang.. tiba2 merebak kanser
Quote helicornia 8-9-2018 07:58 AM
aku tengok tebiat gigit kuku ni omputeh mmg ramai.asian jarang
Quote Foxey 8-9-2018 08:40 AM
Kesiannya. GD pun ada habit ni.
Quote Mek_bulat 8-9-2018 10:42 AM
Asben n anak dara 1st dh jd habit gigit kuku ni.. Anak no 2 pun dh nk lekat perangai ni.. Xlarat nk bising..
I'll share this info with them.. Bg anak2 takut sket.. Bpk depa biar pk sendri, dh besar..
Quote aleesyasofia 8-9-2018 11:43 AM
iols dlu jnis gigit kuku gak dlu.. dpt ksederan lps iols trnmpk kuku spupu jd truk psal sheolss jnis gigit kuku gak.. lps dr kjadian tue iolss tak gigit kuku dh
Quote Sazida 8-9-2018 02:12 PM
helicornia: aku tengok tebiat gigit kuku ni omputeh mmg ramai.asian jarang



Aku selalu gigit kuku. Time tgk tv, dlm jammed. Favourite tu. Tp scary plakkk dgr yg ni
Quote EvieWanKenobi 9-9-2018 07:14 PM
takutnya tengok..

gigi dia tak rosak ke?
Quote Lagubestbest 9-9-2018 07:39 PM
ok i stop gigit kuku sekarang, SELAMANYA!!!
Quote supikan 25-9-2018 09:17 PM
Ewwwww gelinya...
Quote puanbintang 1-10-2018 10:05 AM
alamak...takutnya tengok
Quote TonyCaruso 1-10-2018 08:49 PM
Ewwwwwww ni mmg dah habit tegar ni
Quote raihaneem 1-10-2018 10:36 PM
Allah
Seghiyaunyaaa
Quote emelia1509 2-10-2018 02:37 AM
Masa skool dulu ada jugak habit ni...
Syukur dah kertu ni xde nak gigit kuku bagai..
Tu pun pas baca yang orang gigit kuku ni ala2 low self esteem..

Harap cikki ni bertambah ok..Macam ngeri je..
Quote miznora 2-10-2018 05:41 AM
bole sampai jadi camtu ye. ngeri pulak. btw mmg ada org tebiat suka gigit kuku. nikmat agaknya bila kuku tecabut guna gigi

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 08:30 PM GMT+8 , Processed in 0.144211 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top