CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Cara Unik Simpan Wang, Mari Cuba. Tahu-tahu Dapat Simpan Beratus Ringgit!

13-9-2018 01:29 PM| Diterbitkan: Bilissey| Dilihat: 7501| Komen: 16|Original author: Oleh: Bilissey

Description: Mengenai teknik menabung yang jarang dicuba oleh orang ramai
Amalan menabung sememangnya mendatangkan pelbagai manfaat. Walau bagaimanapun, bukan mudah untuk kita memupuk amalan menabung terutamanya pada zaman yang serba mencabar ini. 

Keinginan untuk menabung sentiasa ada, tetapi sering tidak mendatangkan hasil seperti yang diharapkan.


Kedit Gambar: HireRush.com

Justeru, tidak hairanlah pelbagai teknik menabung dicipta dan diperkenalkan kepada orang ramai. Ada yang menabung mengikut warna duit kertas. Sebagai contoh, menyimpan setiap helai RM20 yang diterima. Ada juga yang menyimpan setiap helai RM5 yang diterima, bergantung kepada kemampuan masing-masing. 

Ada yang mencadangkan untuk menyimpan RM1 pada 1 haribulan, RM2 pada 2 haribulan sehinggalah RM30 pada 30 haribulan. Ada juga yang mencadangkan untuk mengasingkan sejumlah wang pada setiap kali menerima gaji, agar konsisten dalam usaha untuk menabung. Ada juga yang menabung dengan cara mengumpul wang syiling. Terpulang kepada anda untuk memilih teknik yang anda selesa.


Hari ini, penulis ingin mencadangkan suatu teknik yang jarang digunakan. Teknik ini agak mudah, namun mendatangkan hasil yang tak dijangka. Teknik tersebut ialah mengumpul wang rosak atau lusuh. Penulis sudah mencubanya selama setengah tahun, dan hasilnya penulis mampu mengumpul RM289 tanpa sedar! Mungkin nilainya agak kecil, namun duit tetap duit. Sekecil manapun nilainya, ia tetap bernilai.

Hasil simpanan setengah tahun


Sejak enam bulan yang lepas, penulis sudah menyimpan wang kertas yang rosak. Penulis mengasingkan wang kertas yang telah diconteng, terkoyak dan lusuh (serta telah ditampal menggunakan pita pelekat). Pada awalnya, penulis hanya menyimpan atas dasar tidak mahu penerima seterusnya atau peniaga lain menerima wang rosak daripada penulis. Lama kelamaan, wang yang disimpan makin bertambah sehingga mencecah ratusan ringgit.

Setelah mencapai nilai tertentu, wang ini bolehlah dibawa ke Bank Negara di Kuala Lumpur atau cawangan yang berhampiran untuk ditukarkan dengan yang baru. Cawangan Bank Negara ada di pelbagai negeri seperti di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuching dan Kuala Terengganu (boleh rujuk laman web www.bnm.gov.my untuk maklumat lanjut).

Caranya cukup mudah, hanya bawa wang yang rosak ke kaunter khas dan isi borang yang diberikan, tunggu sebentar dan setelah wang selesai dinilai, anda akan diberikan wang baharu. Tak perlu susah-susah tampal setiap wang ke atas kertas kosong seperti yang pernah diberitahu suatu masa dahulu.

Borang dari BNM

Mudah bukan? Anda dapat menabung tanpa anda sedar, dan dalam masa yang sama, anda tidak perlu berasa sedih atau marah setiap kali menerima wang lusuh atau rosak. Selamat mencuba! - CARI 
11

Bagus
18

Marah
9

Terkejut
14

Sedih
15

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (78 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Xixie 13-9-2018 01:32 PM
hehhehhehehhehehhe unuik sgt
Quote ana_una 13-9-2018 02:01 PM
Ai paksa diri simpan RM20 dan RM5.. so pantang jumpa amaun tu amik simpan dlm tabung. Tapi ada masanya ai harap sgt jgn la dpt duit amaun tu sbb nanti kena masuk tabung..hahahaha
Quote haryatie 13-9-2018 02:24 PM
10sen, 20sen, 50 sen, rm5...mmg masuk tabung..
pantang ada...
Quote prettyuglybabe 13-9-2018 02:52 PM
i simpan rm20 rm5 rm1..
but rm1 tu kalau nak pi bank in kat bank, menyampah sangat..
melekat-lekat sampai pernah kena marah dengan akak bank..
setengah tahun boleh la dapat almost 1k..
tapi kelmarin terpaksa guna rm20 sebab malas nak pi bank keluar duit
Quote chicozinn 13-9-2018 11:04 PM
Sama r meollss pn kmpul rm5 n rm20 sbb amaun bsar skit. Tp tu la ble cucuk kat atm mada sume kua wet rm20.. Sbor je la
Quote caca_eric 16-9-2018 12:36 AM
Dulu dah simpan 20'. Last2 terpaksa guna. Sbb dah pokai sgt..
Ni kumpul blk.. sikit2..  br ada 200 ++ sob sob..

Kumpul duit rosak?? Ssh la nk kna pg bnm.
Quote b_n_c 16-9-2018 04:03 AM
saya simpan rm1..

niat asal untuk belanja anak sekolah...
dapat gaji asingkn amount utk ank sekolah dan tukar dgn duit tabungan rm1 tu, tp x sangka plak jadi semakin brtmbah, ckit2 lama2 jd bukit..blh la buat backup sesak2..
Quote Bilissey 16-9-2018 09:36 AM
caca_eric replied at 16-9-2018 12:36 AM
Dulu dah simpan 20'. Last2 terpaksa guna. Sbb dah pokai sgt..
Ni kumpul blk.. sikit2..  br ada 200  ...

Memang agak payah. Setahun sekali jadi lah. Kalau tak silap saya, ada bank biasa yg boleh tukar duit rosak
Quote Bilissey 16-9-2018 09:36 AM
b_n_c replied at 16-9-2018 04:03 AM
saya simpan rm1..

niat asal untuk belanja anak sekolah...

Betul. Kadang2 bila menyimpan ni tak terasa dah simpan banyak
Quote Bilissey 16-9-2018 09:38 AM
chicozinn replied at 13-9-2018 11:04 PM
Sama r meollss pn kmpul rm5 n rm20 sbb amaun bsar skit. Tp tu la ble cucuk kat atm mada sume kua wet ...

Saya pernah cuba jugak kumpul 20. Sama kes. Bila kat atm, cucuk 100, keluar semua 20. Termenung sebentar. Haha
Quote Loh_83 16-9-2018 04:22 PM
saya pon simpan rm20.. asal dpt rm20 masuk tahung, simpan kat office.. every month kalau wthdraw duit dpt rm20s pon pejam jugak mata simpan dlm tabung...

baru2 ni kira n depositkan dlm tabung haji, from jan2018 sampai early sept 2018 d0t 5k ++..

yeay, lps bayar yuran sekolah anak
Quote caca_eric 16-9-2018 05:07 PM
Loh_83 replied at 16-9-2018 04:22 PM
saya pon simpan rm20.. asal dpt rm20 masuk tahung, simpan kat office.. every month kalau wthdraw dui ...

Oh patutla duit oren 20 mcm.susah nak carik. Rupanya mmg ramai yg simpan
Cuma baru2 ni masa raya mcm byk balik duit oren
Quote umbut 16-9-2018 05:45 PM
Aku jenis dapat gaji lepas tolak penting terus masuk tabung haji.. susah sikit nak keluar, leh control nafsu shopping
Quote Loh_83 18-9-2018 09:39 AM
umbut replied at 16-9-2018 05:45 PM
Aku jenis dapat gaji lepas tolak penting terus masuk tabung haji.. susah sikit nak keluar, leh contr ...

ni memang kene hati kental .. haha

card2 bank yg aku ada semua blh link dengan tabung haji ... hoho dugaan sangat

Quote Foxey 18-9-2018 11:14 AM
Fox kalau dapat duit yang diconteng or sedikit koyak, akan gunakan untuk bayar parking.
Quote Hamannche 2-7-2021 09:21 PM
Foxey replied at 18-9-2018 11:14 AM
Fox kalau dapat duit yang diconteng or sedikit koyak, akan gunakan untuk bayar parking.

Untuk waktu yang lama aku membuat uang di perbezaan dalam kadar pertukaran dengan bantuan baru forex copy trading apppermohonan - semuanya sangat mudah dan menguntungkan di sana, dan yang paling penting, jujur! Saya bekerja untuk diri sendiri dan mendapatkan lebih banyak daripada yang terakhir saya utama pekerjaan, jadi jika anda ingin mendapatkan banyak, di sini anda pergi!

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:31 AM GMT+8 , Processed in 0.325206 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top