CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Bercuti Dengan Hanya Gunakan Facebook. Bagaimana?

14-9-2018 12:54 PM| Diterbitkan: Cari-Faizal| Dilihat: 4717| Komen: 0|Original author: Oleh: Faizal

Description: Siapa tidak suka pergi bercuiti kan? Tetapi sebelum memulakan percutian, anda harus merancang terlebih dahulu percutian anda. Perancangan yang teliti akan memudahkan urusan percutian anda samaada dari ...
Siapa tidak suka pergi bercuiti kan? Tetapi sebelum memulakan percutian, anda harus merancang terlebih dahulu percutian anda. Perancangan yang teliti akan memudahkan urusan percutian anda sama ada dari segi bajet, tempat makan dan macam-macam lagi.

Foto: Google

Kini, membuat perancangan untuk bercuti bukanlah sesuatu yang sukar. Banyak sumber yang boleh dipercayai sebagai rujukan untuk membuat rancangan percutian anda. Sumber utama tak lain dan tak bukan ialah google. Selain google, facebook juga mampu membantu anda untuk membuat perancangan percutian anda.

Jadi, jom ikuti 4 tips manfaatkan facebook sebagai sumber rujukan sebelum bercuti ini untuk memudahkan anda.

1. Sebagai sumber untuk merancang percutian.


Ya, facebook diakui lebih mudah untuk mencari info dalam merancang percutian. Hal ini kerana aplikasi facebook yang mempunyai kemudahan komen ataupun 'chatting' membantu untuk kita bertanyakan sesuatu pada seseorang secara terus dan cepat.
Selain itu, facebook juga dapat memberi kita info tentang tempat yang kita hendak pergi sama ada gambar, video ataupun komen-komen dari mereka yang pernah pergi ke tempat percutian itu.

2. Mendapatkan komen-komen positif atau negatif tentang sesuatu tempat.

Sebelum memulakan percutian, sudah pasti kita memerlukan beberapa review atau komentar tentang tempat itu. Dengan facebook anda boleh melihat mana-mana status dari rakan facebook anda ataupun menanyakan sendiri tentang tempat percutian yang telah rakan anda lawati.

Selain itu, anda juga boleh memasuki mana-mana group travel di facebook. Dalam group ini sudah pasti macam-macam info anda boleh dapatkan. Anda juga boleh bertanya didalam group ini.

Foto: Google

3. Membuat booking.

Setelah mendapatkan beberapa info tentang tempat yang hendak anda tuju seperti hotel, restoran dan pengangkutan melalui pencarian facebook, anda juga boleh membuat booking melaui facebook.

Sebagai contoh, jika anda hendak mencari hotel, anda hanya perlu mencari nama hotel dan lokasi di ruangan cari dan anda akan dapat link atau halaman rasmi hotel tersebut dan anda boleh melakukan pesanan melalui laman tersebut.

Foto Carian internet

4. Kongsikan info tentang tempat yang anda pergi.

Selain mencari info, anda juga boleh berkongsi info percutian anda dalam bentuk gambar, video atau status review tentang sesuatu tempat itu melalui facebook. Semoga dengan perkongsian anda itu akan memudah orang lain yang hendak bercuti.

Jadi,facebook bukan sahaja tempat untuk bersosial secara maya sahaja. Ia juga berguna sebagai tempat untuk mencari maklumat sebelum anda bercuti. Selamat bercuti! - CARI 

Kredit info: Travel Kompas
38

Bagus
34

Marah
26

Terkejut
22

Sedih
32

Lawak
29

Bosan

Friends Rank (181 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 05:46 PM GMT+8 , Processed in 0.050359 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top