CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Memang Tak Sangkalah Tip Kuruskan Badan Ni, Nombor 5 Tu Paling Pelik!

21-9-2018 10:00 AM| Diterbitkan: Ryhanna| Dilihat: 4047| Komen: 9|Original author: Oleh: hanazmy

Description: panduan untuk turunkan berat badan dengan cepat dan selamat, kurus dalam masa sebulan.

Bukan mudah nak kurus, apatah lagi turunkan berat badan berbelas kilo dalam masa sebulan. Jadi ramai yang lebih suka mengambil suplemen untuk cepat kurus. Awas! Pengambilan sebarang suplemen boleh mengundang mudarat dan bahaya kepada tubuh anda. Cubalah petua semulajadi di bawah :


1. Detoks 

Tahukah anda, detoks merupakan perkara terpenting yang WAJIB anda buat dahulu sebelum anda mulakan tips seterusnya untuk turunkan berat badan dengan berkesan. Detoks merupakan proses membuang segala toksin yang terdapat dalam badan anda. Jika toksin dibuang, tubuh badan anda akan jadi lebih sihat dan mudah menyerap vitamin serta nutrien yang sihat melalui pemakanan. Contoh mudah yang anda boleh amalkan adalah meminum perahan air lemon (setengah biji) atau air teh hijau setiap pagi dan petang. Lemon dan teh hijau sangat mudah dan murah didapati di kedai atau  pasar raya berdekatan anda.


Foto Carian internet

2. Jaga pemakanan

Antara contoh jenis makanan yang anda perlu elak adalah makanan bergoreng dan berminyak. Sebaliknya, amalkan memakan makanan yang direbus atau dibakar untuk mengurangkan minyak dalam makanan. Minyak dalam makanan merupakan punca pembentukan lemak dalam badan, selain karbohidrat seperti nasi dan kentang.


3. Kawal kuantiti makanan

Amalkan kuantiti suku-suku-separuh dalam satu pinggan. Maksudnya, dalam satu pinggan, separuh dari pinggan adalah sayur-sayuran atau ulam, suku adalah untuk lauk protein seperti ayam, ikan dan daging, manakala lagi suku adalah kuantiti nasi anda. Adalah digalakkan anda menggunakan  anggaran  saiz genggaman tangan anda untuk kuantiti nasi anda. 


Sumber : Google


4. Minum air suam

Amalkan minum air suam mengikut formula iaitu berat badan dibahagikan dengan 30. Misalnya, anda mempunyai berat badan sebanyak 60 kilogram, maka selepas dibahagikan kepada 30 akan dapat 2, bermakna badan anda hanya memerlukan sebanyak 2 liter air sahaja setiap hari. 


5. Menghidu epal hijau setiap hari

Tahukah anda? Mengikut pendedahan fakta yang dikongsi oleh seorang doktor jemputan dalam rancangan 'My Doctor' di saluran Astro baru-baru ini, menghidu epal hijau juga dapat menurunkan berat badan kita, pernah berlaku individu menghidu epal hijau setiap hari dan dapati berat badan menurun 2kg selepas sebulan. Menurut beliau, ini disebabkan bauan epal  tersebut membantu mengurangkan selera makan kita dan secara tidak langsung membuatkan anda  mengambil makanan dalam kuantiti yang sedikit sahaja setiap hari.


Foto Carian internet

6. Amalkan makan buah-buahan

Amalkan buah-buahan untuk memastikan makanan berat yang anda makan dicerna dengan baik. Apabila makanan dicerna dengan baik, secara tak langsung membuatkan sisa perkumuhan dalam badan dibuang dengan baik dan potensi untuk mengurangkan pengumpulan lemak dalam badan. Caranya, amalkan makan buah-buahan seperti epal atau pisang dahulu sebelum makan nasi. 


7. Bersenam

Bersenam merupakan cara yang paling efektif untuk mengeluarkan peluh dan membakar lemak seperti jogging ataupun turun naik anak tangga sekurang-kurangnya 15 minit setiap hari . Jika anda tidak sempat memperuntukkan masa untuk bersenam, cuba lah ambil kesempatan di mana-mana sahaja seperti berlari-lari anak semasa hendak ke pantry atau ke tandas atau apa sahaja pergerakan badan mengikut kesesuaian dan keselesaan anda. Kalori dalam badan sedikit sebanyak boleh dikurangkan melalui pergerakan aktif tubuh badan kita. Pasti anda akan merasai perubahan dalam masa yang cepat. 



Amalkan secara konsisten, tidak mustahil anda akan mendapat berat badan ideal seperti yang diiimpikan dengan cepat tanpa suplemen lain. Selamat mencuba! - CARI 


31

Bagus
35

Marah
41

Terkejut
12

Sedih
25

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (158 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 21-9-2018 12:14 PM
Betul tu no 5 tu agak pelik sikit saranannya sebab silap2 nak makan terus buah apple tu
Quote buragazz 21-9-2018 12:33 PM
Dah lama aku dngau tapi tak pernah try....
Quote Foxey 21-9-2018 06:16 PM
Epal hijau ni salunya masam, so I don't really like. Tapi kalau hidu je pun boleh hilang 2kg, ha hat tu leh try
Quote puanbintang 1-10-2018 10:04 AM
baru tau hidu epal hijau boleh kuruskan badan...boleh beli berkio epal hijau kalau cam gini haaaaa..
Quote AznieBunnie 1-10-2018 10:34 AM
hidu je, tak makan apa-apa pun hatta epal yang dihidu tu, kompom la kurus.
Quote TonyCaruso 1-10-2018 08:48 PM
No 5 tu klu apple merah tak bole ker
Quote chazey 1-10-2018 09:37 PM
Ek eleh. Propah. Ko buat water fasting jah dek. Sah2 cepat jah turun berat. Sehari boleh turun sekilo gituh. Takyah bersenam pon.
Quote lampardterry14 3-11-2018 07:31 AM
Ada jumpa tips menarik kat dalam blog ni...cara2 yang dilistkan agak mudah je nak ikut..jadikan rule...harap bermanfaat >> https://doktorkurus.blogspot.com ... hingga-10-hari.html
Quote kucing02 27-11-2018 01:45 PM
pelik jgk tips no 5 tu.. tp doc kate kita terima jela..

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 07:49 PM GMT+8 , Processed in 0.059056 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top