CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Sanggupkah Anda Bernikah Dengan Hantu?

18-9-2018 05:42 PM| Diterbitkan: soretos| Dilihat: 7832| Komen: 23|Original author: Oleh: alivehope

Description: Berkahwin dengan hantu adalah satu perkara yang tidak pernah terfikir oleh akal fikiran yang waras akan tetapi masyarakat di negara China percaya jika anak lelaki mereka meninggal du ...

Kredit foto:Google
Berkahwin dengan hantu adalah satu perkara yang tidak pernah terfikir oleh akal fikiran yang waras akan tetapi masyarakat di negara China percaya jika anak lelaki mereka meninggal dunia sebelum berkahwin akan membawa nasib buruk kepada keluarga si mati. Oleh sebab itu keluarga mereka sanggup menghabiskan ratusan ribu yuan untuk satu mayat. Kononnya untuk menemani anak mereka supaya tidak kesunyian di alam selepas mati.

Mengikut awal tradisi, perkahwinan hantu ini hanya untuk orang yang sudah meninggal di mana orang yang masih hidup menikahkan lelaki dan wanita yang sudah meninggal dunia. Namun, sejak belakangan ini ritual ini melibatkan orang yang masih hidup dinikahkan dengan mayat.

Di Taiwan pula jika seseorang wanita yang belum berkahwin meninggal dunia, keluarganya akan meletakkan bungkusan berwarna merah yang berisi wang tunai, wang kertas, seikat rambut dan kuku di tempat terbuka. Pemuda pertama yang mengambil bungkusan tersebut akan terpilih sebagai pengantin lelaki dan jika dia ingkar untuk menikahi mayat wanita tersebut nasib malang akan menimpa pemuda tersebut.


Tradisi ini juga mendatangkan keuntungan besar kepada penjenayah di mana mereka mencuri mayat wanita untuk dijual bagi perkahwinan hantu. Ada juga kes di mana penjenayah membunuh wanita dan kemudian menjual mayat mereka dengan harga yang tinggi kerana nilai mayat wanita yang masih baru meninggal dunia lebih tinggi jika dibandingkan dengan mayat yang sudah lama.


Kredit foto: Google
Dalam pernikahan hantu antara dua orang yang sudah meninggal, mempelai mendiang akan diwakili oleh boneka dan miniatur yang diperbuat dari kertas seperti pelamin pengantin, mobil serta sepasang pelayan. Semua itu akan dibakar setelah selesai segala ritual. Upacara pernikahan tersebut biasanya ada nisan kedua mempelai dan hidangan jamuan. Tulang-tulang mayat mempelai wanita digali dan ditempatkan di dalam kubur mayat mempelai lelaki.



Kredit foto:Google
Di Singapura pula ada satu tempat dikenali sebagai Klenteng Seng Wong Beo yang masih menyelenggarakan "ghost marriage" atau pernikahan mendiang sehingga kini. Pernikahan ini bertujuan untuk menyatukan 2 mendiang yang sudah berada di alam baka dan dikhususkan bagi lelaki atau wanita yang sudah meninggal dunia, namun belum sempat melangsungkan pernikahan di dunia nyata. Biasanya, orang tua si mendiang akan datang ke Klenteng Seng Wong Beo dan meminta anaknya untuk 'dicarikan jodoh' dengan mendiang lainnya. 

Klenteng Seng Wong Beo di Kawasan Tanjong Pagar, Singapura
Kredit foto : Google

Antara alasan dilakukan perkahwinan hantu di keluarga Cina:
  1. Melanjutkan rancangan pernikahan yang gagal terlaksana kerana salah satu atau kedua calon mempelainya meninggal dunia.
  2. Memasukkan anak perempuan yang meninggal tanpa sempat bernikah secara rasmi ke dalam keluarga suaminya dan disembahyangkan di altar keluarga suaminya untuk mengelakkan roh mendiang dari bergentayangan.
  3. Mempertahankan prinsip tidak ada anak lelaki yang lebih muda bernikah dahulu dari abangnya. Abang yang telah meninggal dinikahkan dahulu sebelum si adik menikah.
  4. Permintaan dari mendiang anak yang telah meninggal kepada orang tuanya agar dia dinikahkan dengan mendiang lain yang dikenalnya atau minta dinikahkan agar dia memiliki pasangan di alam baka. - CARI 

20

Bagus
7

Marah
17

Terkejut
22

Sedih
15

Lawak
34

Bosan

Friends Rank (115 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gummiebear 18-9-2018 06:28 PM
Macam dalam kdrama.. heroin tu boleh nampak hantu, so dia tolong shaman ni jadi matchmaker carikan jodoh untuk hantu yang wandering around sebab masih single semasa mati. Siap demand lagi nak roh yang lawa2 jah
Quote soretos 18-9-2018 07:15 PM
gummiebear replied at 18-9-2018 06:28 PM
Macam dalam kdrama.. heroin tu boleh nampak hantu, so dia tolong shaman ni jadi matchmaker carikan j ...

hahaha..citer ape tuh?bese yg aku tengok citernyer seram2 gituhhh
Quote gummiebear 18-9-2018 07:40 PM
soretos replied at 18-9-2018 07:15 PM
hahaha..citer ape tuh?bese yg aku tengok citernyer seram2 gituhhh

Master's Sun tajuk dia. So Ji Sub dengan Gong Hyo Jin berlakon. Pasal yang ghost marriage tu subplot dia lah gituh hehe lawak okeh part yang tak berkenan tu tak pasal2 kena cari hantu single yang lain pulok untuk dijodohkan
Quote Nenasketum 18-9-2018 09:05 PM
Menarik tajuk ni tt.. Selalunya ia terjadi dalam masyarakat tapi tidak diheboh kan.. Kalo kawen ngan hantu kira macam part time wife ke camana, sebab depa boleh mai tang malam jer kan.. Soalan vongok tapi aku wonder la kan, adakah ia suatu yang berkaitan dengan culture atau kawen dalam erti kata sebenar?
Quote awaynepian 18-9-2018 09:25 PM
euw. kegilaan apakah ini... xsanggup aku
Quote soretos 18-9-2018 10:00 PM
gummiebear replied at 18-9-2018 07:40 PM
Master's Sun tajuk dia. So Ji Sub dengan Gong Hyo Jin berlakon. Pasal yang ghost marriage tu subpl ...

oh yang ni citer episode eh..huh jenuh la nak menghabiskan..aku ni susah sikit nak masuk seram + komedi..hehehe
Quote soretos 18-9-2018 10:14 PM
Nenasketum replied at 18-9-2018 09:05 PM
Menarik tajuk ni tt.. Selalunya ia terjadi dalam masyarakat tapi tidak diheboh kan.. Kalo kawen ngan ...

tu lah aku pun tak boleh nak bgtau lebih2 sebab perkara ni cam misteri gituhh..tapi tak silap aku if lelaki kawin ngan hantu pmpn dia still boleh berkahwin dgn wanita biasa yg lain ..cuma syaratnya keutamaan adalah isteri hantu tuh kau boleh cuba tgk movie The Bride psl ghost marriage based on actual story kat Taiwan..

Quote soretos 18-9-2018 10:16 PM
awaynepian replied at 18-9-2018 09:25 PM
euw. kegilaan apakah ini... xsanggup aku

hahaha..aku pun idak ler sanggup...just sharing..setiap budaya, tradisi kita semua berbeza..
Quote gummiebear 18-9-2018 10:29 PM
soretos replied at 18-9-2018 10:00 PM
oh yang ni citer episode eh..huh jenuh la nak menghabiskan..aku ni susah sikit nak masuk seram + k ...

Haah tt.. series bukan movie.. jenuh jugak laa ada 17 ep hehe.. seramedi lite2 jah more to romcom sbenanya cite dia

OT pasal kdrama pulakk haha ampunn tt
Quote gusikuberdarah 18-9-2018 11:05 PM
Camne kalau hantu tu semua tak rela kawen paksa?

Aku ingat drama maleis je yang suka paksa2 kawen nih
Quote caca_eric 19-9-2018 12:09 AM
Baikla kawin dgn hantu drp kawin dgn org yg suka menipu...
Quote felinecat 19-9-2018 07:54 AM
caca_eric replied at 19-9-2018 12:09 AM
Baikla kawin dgn hantu drp kawin dgn org yg suka menipu...

hahaha.ini lawak
Quote haryatie 19-9-2018 08:29 AM
seram jerk
kahwin dgn org yg perangai macam hantu@setan pun da menyusahkan
pe lagi hantu..
Quote leylapple 19-9-2018 08:53 AM
aku baru tgk creta cina taiwan the bride last week...pasal sorang laki nie nak kawin tapi terkutip sampul merah yang berisi rambut si mati...jadi laki nie mesti kawin dgn mayat pompuan tu....

si laki tanak kawin dgn si mati... jadi melarikan diri... kena langgar keta dan mati....

si laki dilahirkan semula dan ter kutip lagi sampul merah.. so hantu wanita tu kejar balik laki tu..rasuk si laki utk bunuh gf dan bawak si laki balik ke rumah lama...

Quote robinmosby 19-9-2018 09:36 AM
gummiebear replied at 18-9-2018 06:28 PM
Macam dalam kdrama.. heroin tu boleh nampak hantu, so dia tolong shaman ni jadi matchmaker carikan j ...

Cite apa tu uols? Macam best je
Quote gummiebear 19-9-2018 10:50 AM
robinmosby replied at 19-9-2018 09:36 AM
Cite apa tu uols? Macam best je

Cite Master's Sun.. best jugak pastu hero dengan heroin dedua best
Quote whadda 19-9-2018 12:11 PM
leylapple replied at 19-9-2018 08:53 AM
aku baru tgk creta cina taiwan the bride last week...pasal sorang laki nie nak kawin tapi terkutip s ...

macam best je.. nanti nak carik la
Quote robinmosby 20-9-2018 08:55 PM
gummiebear replied at 19-9-2018 10:50 AM
Cite Master's Sun.. best jugak pastu hero dengan heroin dedua best

Thank youuuuu weekend ni boleh marathon
Quote auntyaya 21-9-2018 02:16 PM
caca_eric replied at 19-9-2018 12:09 AM
Baikla kawin dgn hantu drp kawin dgn org yg suka menipu...

kann!!! manusia semua kaki penipu!!

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:22 PM GMT+8 , Processed in 0.076821 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top