CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Dirasuk, Nampak Kelibat Hantu. Ramai Yang Belum Tahu Misteri Yang Dihadapi Pelakon Dan Kru Filem Malaysia

20-9-2018 12:14 PM| Diterbitkan: Ferr_Remy| Dilihat: 13739| Komen: 59|Original author: Oleh: Ferr_Remy

Description: Sebelum ini, kita telah didedahkan dengan gangguan dan sumpahan di sebalik filem-filem seram terbitan produksi Hollywood. Tetapi, gangguan yang dihadapi produksi tempatan di negara kita tidak kurang h ...
Sebelum ini, kita telah didedahkan dengan gangguan dan sumpahan di sebalik filem-filem seram terbitan produksi Hollywood. Tetapi, gangguan yang dihadapi produksi tempatan di negara kita tidak kurang hebatnya. Jom kita baca mengenai gangguan-gangguan yang dihadapi kru-kru filem di Malaysia!


Hantu Kak Limah

Image result for hantu kak limah
Sumber: Carian Internet

Hantu Kak Limah mencipta rekodnya yang tersendiri apabila mencatatkan kutipan tertinggi dalam sejarah perfileman Malaysia sebelum dipintas oleh filem Munafik 2 pada baru-baru ini. Walaupun masih mengekalkan genre komedi seram menerusi filem ini, filem ini tidak terlepas dari gangguan makhluk halus. Pengarahnya, Mamat Khalid berkongsi cerita seramnya ketika satu babak sedang dirakamkan di mana adegan Kak Limah lakonan Delimawati berjalan di atas bumbung, kelibat "kembar" Kak Limah yang datang entah dari mana secara tiba-tiba melintas di belakang sewaktu beliau berseorangan di hadapan monitor. Tidaklah mustahil dan pelik untuk mereka diganggu kerana penggambaran filem ini telah dijalankan di kawasan yang dikatakan sebagai perkampungan bunian di negeri Perak dan sememangnya berhantu!



Bunohan 

Related image
Sumber: Carian Internet

Filem Bunohan yang menjalankan penggambaran di sebuah lokasi di Tasik Hijau, Setiu, Terengganu dikatakan mendapat banyak gangguan "makhluk halus" di lokasi. Pelakon utama filem ini, Zahiril Adzim berkongsi cerita-cerita mistik yang dialami para pelakon dan krew filem Bunohan sewaktu mereka masih di dalam proses penggambaran. Katanya, mereka pernah diganggu oleh kelibat budak kecil yang menghampiri mereka untuk menceritakan kisah-kisah seram termasuk cerita yang melibatkan kematian di sekitar kawasan tasik tersebut. Habis sahaja bercerita, kebetulan pula hampir memasuki waktu Maghrib, budak itu terus masuk ke dalam tasik dan hilang dari pandangan mereka. Penjaga konti untuk kawasan set mereka juga pernah dikelilingi makhluk ghaib yang ingin menariknya masuk ke dalam tasik. Selain itu, peristiwa seorang kru yang menjumpai satu cawan purba di kawasan tersebut dan membawa pulang ke rumah bersamanya juga turut diganggu sehingga kru tersebut muntah darah. Pelbagai siri mistik turut berlaku di set penggambaran tersebut yang menurut pelakon utamanya adalah mustahil untuk diceritakan kerana ianya terlalu banyak dan menyeramkan.


Jin

Image result for jin zul ariffin
Sumber: Carian Internet

Mungkin ramai yang tidak sedar akan kewujudun filem lakonan Zul Arifin ini. Diarahkan oleh Pierre Andre, filem ini turut mempunyai pelbagai cerita mistik di sebalik tabir ketika mereka menjalani proses rakaman filem. Ketika sedang merakamkan adegan seorang nenek yang dirasuk, pelakon yang melakonkan watak nenek tersebut dikatakan benar-benar disampuk ketika melakonkan babak tersebut. Pelakon utamanya, Zul Ariffin sendiri mengakui pelbagai kejadian mistik yang dialami kru-kru penerbitan sehingga dirinya tidak sanggup untuk ditinggal bersendirian di lokasi penggambaran. 


Dukun

Image result for dukun
Sumber: Carian Internet

Filem yang diinspirasikan dari kisah benar ini turut mempunyai kisahnya yang tersendiri. Selain mentera yang digunakan di dalam filem ini merupakan mentera sebenar di dalam bahasa Batak, filem ini juga mengambil Penjara Pudu yang tidak asing dengan cerita mistik sebagai latar tempat penggambaran untuk filem kontroversi ini. Umie Aida pernah berkongsi pengalamannya yang hampir dirasuk di lokasi tersebut apabila terlalu menghayati perasaan hari terakhir banduan-banduan yang pernah tinggal di penjara tersebut sebelum ini. Jurukamera untuk filem ini juga mempunyai pengalaman mistik mereka yang tersendiri apabila kamera mereka bergerak sendiri ketika tiada penggambaran yang dilakukan ketika itu. 


Paku Pontianak

Related image
Sumber: Carian Internet

Uqasha Senrose, pelakon utama di dalam filem ini pernah mengakui yang beliau dirasuk ketika merakamkan babak tarian untuk satu adegan di dalam filem tersebut. Uqasha menegaskan bahawa adegan yang memerlukannya menari di dalam filem itu bukanlah dirinya yang sebenar, apatah lagi beliau tidak pernah belajar menari langsung untuk filem itu. Hero file Paku Pontianak, Pekin Ibrahim, yang juga merupakan bekas teman lelaki Uqasha turut berkongsi pengalaman mistik beliau di mana foto yang mereka ambil di set penggambaran memaparkan kelibat hitam yang tidak diketahui asal usulnya. 


The Legend Of Pontianak

Image result for the legend of pontianak
Sumber: Carian Internet

Gangguan di set penggambaran filem terbaru lakonan pelakon jelita, Fazura, yang bakal menemui penonton tidak lama lagi tidak kurang hebatnya. Fazura mendedahkan perkara mistik yang dilaluinya ketika itu kepada media di mana beliau pernah ternampak kelibat pontianak ketika penggambaran sedang dijalankan. Menurut isteri kepada hero kacak Fattah Amin itu, pontianak tersebut dilihat seakan menyerupai dirinya yang mengenakan pakaian sepertinya sementara rambut makhluk itu dilepaskan ke hadapan menutupi mukanya. Bukan Fazura sahaja yang pernah terserempak dengan pontianak tersebut, pelakon Remy Ishak dan kru penggambaran yang lain kebanyakannya pernah terserempak dengan kelibat itu di lokasi yang sama. Mujurlah pontianak itu sekadar memerhati mereka dan tidak membuat sebarang kekacauan sepanjang penggambaran berlangsung. 


Fuh! Seram juga pengalaman mereka berhadapan dengan makhluk halus, ya? Biarpun tidak sehebat gangguan-gangguan yang dihadapi produksi-produksi filem luar, tetapi ternyata syaitan sememangnya berada di mana-mana untuk mengganggu dan menyesatkan manusia. Anda tahu filem-filem lain yang turut mendapat gangguan yang sama? Atau anda pernah terlibat dengan kru produksi mana-mana filem atau drama dan pernah diganggu? Jom kongsi pengalaman anda di bawah! -CARI
19

Bagus
16

Marah
18

Terkejut
23

Sedih
8

Lawak
25

Bosan

Friends Rank (109 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 20-9-2018 12:27 PM
Kak.limah sendiri dh cm.hantu
Mmg.takut.le..hehe
Gurau aje kak limah....

Skang anak.iols.nak takutkan.adek.dia ..dia dok cakap.ada hantu kak limah...ciss...
Quote bioessence 20-9-2018 12:39 PM
Hantu pun ada yg cantik gak.....
Quote paz 20-9-2018 01:09 PM
Menarik kisah mistik Bunohan tu.
Quote MissVixen 20-9-2018 01:22 PM
Kru bunohan tu kena hardcore betul
Quote BoLapciOus 20-9-2018 01:37 PM
Lagik pleaseee..
Quote borrow 20-9-2018 02:18 PM
Scene "enjit enjit semut ek". Deyols ada rekod tak kembar kak limah tu

Quote borrow 20-9-2018 02:19 PM
Bunuhan bukan filem antu kan. Tp stori antu deyols plg scary. Vley sembang lagik
Quote tigerads 20-9-2018 02:24 PM
MissVixen replied at 20-9-2018 01:22 PM
Kru bunohan tu kena hardcore betul

kalau dorang shooting kat kwsn satu resort kat setiu tu mmg aaa keras...

org sini yg buat kursus kat sana pon xmo g sana dah lps beberapa kisah kena kacau...
Quote ciwi1166 20-9-2018 02:30 PM
dah ko wat filem pasal hantu, pastu datang plak tempat tinggal diorang, mmg menjemput la. hehehe
Quote AshkieLa 20-9-2018 02:31 PM
cerita yg bukan bermotifkan cerita hantu pun ade gangguan jugak kan..
yang meols tahu.. pasal cerita Warkah Terakhir : Rosli Dhoby ... pelakon utama Beto.
masa untuk scene rosli nak digantung.. kepala dah bersarung dan dah pakai tali gantung tu kat leher..
mata kasar tak nampak, tapi dalam kamera lepas abis shoot scene tu.. penuh entiti berbentuk muka yg scary muncul kat surrounding beto...
terkejut krew2 semua.. masa tu scene tu buat kat penjara pudu..
Quote kucingitam 20-9-2018 02:34 PM
semua hantu filem melayu cantik2 belaka kecuali kak limah
Quote kucingitam 20-9-2018 02:35 PM
hantu melayu paling cantik dan seksi ialah ziela jalil  (perawan malam) dan noor kumalasari (misteri rumah tua)
Quote MatDeghem 20-9-2018 02:35 PM
Agak2 kru filem hantu hollywood, thai atau korea ada tak pengalaman macam ini???

Quote Gingerly 20-9-2018 03:00 PM
Dah korang cari hantu. Mendapatlah.
Tapi aku perasan la hat2 hantu betina watak2 dlm film melayus semua muka kotak empat segi. Nak2 uqasha. Tak cun langsung. Dari bunian sampai ke ponti. Tak sessuai.. Pengarah carilah muka halus bujur sirih comel2
Quote mamapea 20-9-2018 03:11 PM
uqasha punya citer mcm susah nak pecaya
Quote manehnya 20-9-2018 03:38 PM
kucingitam replied at 20-9-2018 02:35 PM
hantu melayu paling cantik dan seksi ialah ziela jalil  (perawan malam) dan noor kumalasari (misteri ...

itu mmg legend..
Quote shasha79 20-9-2018 03:59 PM
oh god so scary....
Quote puteribaya 20-9-2018 04:06 PM
shernazz replied at 20-9-2018 12:27 PM
Kak.limah sendiri dh cm.hantu
Mmg.takut.le..hehe
Gurau aje kak limah....

filem Pontianak tu kalu kena ganggu aku pecaya sbb buat kat kg aku yg orang cakap penuh misteri..ramai org ada jumpa pontianak ..mungkin itu kampung lama , rata2 nya ramai penghuni nya dah meninggal, mereka2 itu bekas2 polis SC zaman British,,sudah tentu mereka2 ni ada ramai yg byk ilmu didada ,,so faham saja la
Quote awanearisu 20-9-2018 04:12 PM
Haih seronok sangat entiti tasik bila terjumpa kru Bunohan yang pastinya 'berkampung' selama beberapa ketika di lokasi tersebut. Sampai diajaknya masuk sekali ke tasik

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 04:18 PM GMT+8 , Processed in 0.088595 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top