CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pusat Tahfiz Terlibat Gangguan Seksual Akan Diarah Tutup- Dr Mujahid

24-9-2018 11:53 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 1418| Komen: 1

Description: Susulan terbongkar perbuatan menjijikkan seorang pemilik pusat tahfiz di Kepong yang disyaki melakukan gangguan seksual selain meliwat sembilan penuntut berusia belasan tahun, sejak beberapa bulan lal ...
Susulan terbongkar perbuatan menjijikkan seorang pemilik pusat tahfiz di Kepong yang disyaki melakukan gangguan seksual selain meliwat sembilan penuntut berusia belasan tahun, sejak beberapa bulan lalu.


Dilaporkan pendedahan itu hasil dua pelajar pusat tahfiz itu memaklumkan kepada tenaga pengajar yang hanya mahu dikenali Hilmi akibat tidak tahan penderaan seksual yang dialami.

Kredit foto: Harian Metro

Memetik laporan Harian Metro, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa memandang serius kejadian tersebut. 

Tegas Dr Mujahid, tindakan tegas perlu diambil kerana perbuatan seperti meliwat atau mencabul bukan sahaja mencemarkan nama baik institusi tahfiz tetapi juga agama Islam.

“Individu terbabit perlu diambil tindakan dan sekolahnya juga perlu diberi amaran. Kalau pengetua, kita terpaksa arah tutup kerana memalukan dan memberi kesan negatif."


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Seminar Fiqh Kewarganegaraan (Fiqh Muwatanah) Dalam Naratif Malaysia Baharu di Seremban semalam.

Kredit foto: Berita Harian

Mengulas lanjut, Dr Mujahid berkata, beliau akan meneliti laporan kes itu dan jika suspek didapati bersalah terhadap tuduhan, maka pihaknya akan menutup pusat tahfiz berkenaan.

Difahamkan, suspek yang berusia 30-an itu telah ditahan dan didakwa dengan 11 pertuduhan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 di Mahkamah Sesyen Putrajaya. 

Sementara itu, Dr Mujahid turut menasihati ibu bapa supaya menyemak atau memilih pusat tahfiz yang diiktiraf dan berdaftar supaya keselamatan serta masa depan anak mereka lebih terjamin.- CARI
34

Bagus
30

Marah
39

Terkejut
27

Sedih
30

Lawak
27

Bosan

Friends Rank (187 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alinone78 24-9-2018 12:05 PM
kesian muka muka suci mangsa. trauma tu

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:41 PM GMT+8 , Processed in 0.149113 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top