CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Pasti Masakan Lebih Enak! Ini Resipi Stok Ayam Homemade Bebas MSG

25-9-2018 01:01 PM| Diterbitkan: Cari-Faizal| Dilihat: 3599| Komen: 2|Original author: Oleh: Faizal

Description: Ada sesetengah dari kita tidak sah kalau masak tidak meletakkan sedikit perasa dalam masakan. Katanya tiada umph! Namun, kebanyakan perisa masakan yang dijual dipasaran mengandungi MSG yang kurang bai ...
Ada sesetengah dari kita tidak sah kalau masak tidak meletakkan sedikit perasa dalam masakan. Katanya tiada umph! Namun, kebanyakan perisa masakan yang dijual dipasaran mengandungi MSG yang kurang baik untuk kesihatan. Alangkah baiknya andai dapat menyediakan perisa masakan yang bebas dari MSG.



Memetik resipi stok ayam bebas MSG dari SedapTube.com, sekiranya ada membeli lauk ayam, nasi ayam, ayam KFC dan sebagainya, setelah dimakan, tulang-tulangnya jangan terus dibuang. Kumpulkan di dalam plastik ziplock dan simpan di dalam freezer, kumpul sehingga plastik penuh. Sebaliknya, jika ke pasar malam dan terjumpa rangka ayam, boleh terus gunakan keseluruhan rangka ayam ini sebagai bahan utama.

Jom cuba Resipi Stok Ayam Homemade Bebas MSG


Bahan-bahan

1 mangkuk tulang ayam
4 batang daun bawang
1 inci halia

Cara memasak

Masukkan tulang-tulang ayam ke dalam pressure cooker.


Tambahkan air sehingga paras cukup keseluruhan tulang ditenggelami air.


Masukkan daun bawang dan halia. Sekiranya mahu, boleh tambah lain-lain rempah ratus seperti bunga lawang, pelaga, cengkih, kayu manis dan sebagainya, tidak wajib.


Masak selama 1 jam. Setelah selesai, jangan lepaskan pressure, biarkan ia dilepaskan perlahan-lahan dengan sendirinya.

Setelah pressure selesai dikeluarkan, buka penutup.


Tapiskan ke dalam periuk.


Untuk mendapatkan stok yang lebih pekat, masak dengan api tinggi sehingga stok berkurangan menjadi separuh.


Sejukkan sebentar dan masukkan ke dalam bekas kiub ais. Bekukan.


Selamat mencuba. - CARI 

Kredit: Sedap Tube
30

Bagus
26

Marah
43

Terkejut
36

Sedih
42

Lawak
35

Bosan

Friends Rank (212 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kucingitam 25-9-2018 02:28 PM
iols dpt tips dari seseorang yg pernah masuk kilang buat stok ayam ni,  main ingredient is kaki ayam.  
Quote kurga 25-9-2018 04:08 PM
ayam kfc yg x tahan tu... kau dah jilat-2 pastu gi basuh simpan dlm fridge.. kumpul bebanyak gi pressure cooker.. mcm x tergamak je nak buat.. nnt org lain nak makan...

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:38 AM GMT+8 , Processed in 0.045687 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top