CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Nak Tahu Kenapa Kucing Anda Juga Pandai Bercakap Sebab Tuannya...?

26-9-2018 12:22 PM| Diterbitkan: geretsey| Dilihat: 6024| Komen: 26|Original author: Oleh: Cik Kacamata

Description: KUCING MEMBEBEL

Foto Carian internet

Hi Pencinta kucing.

Kebiasaannya pencinta-pencinta kucing akan tahu signal kucing melalui pergerakan ekornya dan sebagainya. Namun tahukah anda, kucing juga pandai berkomunikasi dan faham bahasa manusia?

Kucing juga mempunyai naluri yang sangat kuat kepada tuannya. Apabila kerap kita berkata-kata padanya atau bercakap kepadanya pelbagai tindak balas akan diberikan darinya seperti mengedipkan mata dan sebagainya, itu maknanya dia faham.

Perasan tak anda? ada juga kucing yang sibuk menjengah keluar pintu rumah atau tingkap apabila mendengar sesuatu yang berada di luar.

Senang kata kucing juga ada yang makcik atau pakcik bawang ya. Nak tahu kucing anda kuat bercakap? senang sahaja...
Tuannya kuat bercakap, kucingnya turut kuat bercakap

Perasan tak bila kita bercakap padanya tiba-tiba dia balas bercakap (bahasanya) dalam tempoh yang lama atau adakalanya dia seperti merungut atau mengadu pada kita seolah-olah dia cuba mengekspresikan perasaannya.

Foto Hauterfly

Bila kucing anda ngeow-ngeow, kita sangkakan dia lapar dan kita pun berilah makan kepadanya, tapi dia tetap ngeow-ngeow juga sebenarnya itu tandanya kucing anda ajak berbual. Jadi berbual sahaja lah seperti anda faham bahasanya. 

Jika anda seorang yang kuat membebel, barangkali kucing anda juga kuat membebel. #sayangkucing - CARI 


18

Bagus
24

Marah
22

Terkejut
24

Sedih
22

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (131 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote buragazz 26-9-2018 12:57 PM
Hari tu aku cakap ngan kucing aku jgn mengandung.. tak sampai sebulan.. dia bunting lagiiii...
Quote aramcna 26-9-2018 01:28 PM
Kucing aku suka  menjawab, bila aku membebel kat dia, dia balas membebel kat aku lagi panjang siap tunjuk muka lagi
Quote missDollie 26-9-2018 01:31 PM
Hahahaha..betul la tu..suka bebel2 dekat kucing..macam2 nasihat aku bagi..kalo dia buat ape2 mengarut aku kutuk jer..lepas tu buat muka doposen..padan muka
Quote merrissa 26-9-2018 01:44 PM
buragazz replied at 26-9-2018 12:57 PM
Hari tu aku cakap ngan kucing aku jgn mengandung.. tak sampai sebulan.. dia bunting lagiiii...

sama la kucing aku degil....pastu kasar lak kalo dia main dgn aku ..........dengan org lain amboi bukan main manja...dia ad dendam apa tah dengan aku...


Quote Shirley23 26-9-2018 02:20 PM
buragazz replied at 26-9-2018 12:57 PM
Hari tu aku cakap ngan kucing aku jgn mengandung.. tak sampai sebulan.. dia bunting lagiiii...

Cakap kat dia, kali ni last you bunting. Kalau mengekor kucing jantan lagi, aku mandulkan kau.
Quote paz 26-9-2018 02:44 PM
Kucing aku plak kuang asam sangat ni. Kita bebel kat dia... balasan bebel dia punyalah panjang, nyaring and kuat plak tu. Geram.
Quote niena90 26-9-2018 02:56 PM
Mmg betul kucing I suka dgr kita borak/bebel dgn dia. Kalau malam semua org dah tido, dia sibuk la berdiri dpn pintu meowwww non stop. Dia tak suka being lonely. Kalau kita lepak ramai2 dlm bilik, lagi dia sibuk nak join. Puas hati n seronok la kot dpt tgk manusia bersembang haha
Quote maitang 26-9-2018 04:57 PM
kucing aku cuma suka bebel kat asben je.. dengan aku, dia bisu. walhal yang suka bebel kt dia aku ni ha.. haihhh...... ntah apa dia ngadu pon tatau la
Quote irwansuhadi 26-9-2018 06:09 PM
kucen aku suka sembang dengan aku dan bini aku.  lebih2 lagi kalau balik keje. macam2 nak sembang. kami layankan aje.
Quote sayahantu 26-9-2018 10:12 PM
my cat pun suka borak. kalo kita borak dgn dia or bebel dgn dia lg dia meleseh n miow2. geram je. haha...
Quote buragazz 27-9-2018 08:07 AM
Shirley23 replied at 26-9-2018 02:20 PM
Cakap kat dia, kali ni last you bunting. Kalau mengekor kucing jantan lagi, aku mandulkan kau.

Aku dah hantau balik kg bagi anak jiran dia sibuk nak kucing betina..

Rumah aku ni memang suka kucing jadikan tempat persinggahan.. dan setiap kali dia singgah mesti aku bagi makan
dan bila aku dah bagi makan dia akan berumah bertangga kat rumah aku..

Yang pelik nya klu tgk kat FB member2 update or sapa2 la ada kucing sesat la datang la.. sume comel2..
yang aku klu datang kompom betina pastu kompom mengandung... pastu aku mesti kesian
time nak bersalin tu aku siap kosongkan satu area dalam almari aku masukkan kotak tebuk utk dia masuk bilik aircond lagi
first class aku layan.. sebab kucing ni bila nak bersalin dia akan tak tentu haghah mengiau so aku cam paham la..
aku kekadang cakap "ko nak beranak ek" so aku admit dia kat wad 1st class yang aku buat tu.. melalut pulak aku...
Quote snowredpen 27-9-2018 01:43 PM
maitang replied at 26-9-2018 04:57 PM
kucing aku cuma suka bebel kat asben je.. dengan aku, dia bisu. walhal yang suka bebel kt dia aku ni ...

kucing aku x suka borak. suka ajak main je. kekdg baring telengtang, aku gosok2 dia je. kalau dh geram aku gosok dgn kaki.. geram sgt. ahhaa
Quote matkpop 27-9-2018 02:48 PM
selalu sembang dengan kucing2 kat rumah.
Quote zuuu 27-9-2018 03:10 PM
buragazz replied at 27-9-2018 08:07 AM
Aku dah hantau balik kg bagi anak jiran dia sibuk nak kucing betina..

Rumah aku ni memang suka  ...

Mungkin dh tsebar berita dlm klangan kucing2 betina jalanan yg rumah ko ni boleh djadikan tempat yg selamat untuk beranak...
Quote Shirley23 27-9-2018 07:18 PM
Edited by Shirley23 at 27-9-2018 07:20 PM
buragazz replied at 27-9-2018 08:07 AM
Aku dah hantau balik kg bagi anak jiran dia sibuk nak kucing betina..

Rumah aku ni memang suka  ...


Hahaha, story aku vice versa. Yang selalu sesat pastu terus bermastautin kat rumah kami ni kucing jantan. Sekor-sekor rupa tak semengah . Luka & kurap sana sini. Aku bagi jugak makan sebab walaupun huduh tapi kesian la pulak kat mereka.
Quote salmon-suki 27-9-2018 11:15 PM
Salu kena bebel ngn miaw...lmbt bg mkn sket kena bebel,pstu kalau die mtk nak makanan y kite mkn tp kite x bg,die bebel jgk..y sekor lg jenis senyap,berbunyi kalau die lapar aje,mtk makanan..y Blackie lak sejenis y nak manja2 kurg kasih syg..

Tp satu jelaa y sy suke psl miaw sy,bile sedih,die mcm fhm je..and kalau sy da nak balik kl,die pn sengaja duk atas riba,ckp2 sesuatu suh gosok2 manja2 die...muka lak sedih aje..kite plak y xsampai ati nak tinggalkn die
Quote whitePoison 28-9-2018 12:55 AM
Si john yang suka memberontak bila tak dilayan..siap sedia dia melompat kat perot,dah la kaki besar..bila kite marah membebel,dia suka menjawap dengan nada meeoowww yg panjanggggg..time lapar dia kuat membodek,dia panjat badan dan urut
Perangaiii sangatt..ikut siape tah
Quote Miming2 28-9-2018 01:11 AM
buragazz replied at 27-9-2018 08:07 AM
Aku dah hantau balik kg bagi anak jiran dia sibuk nak kucing betina..

Rumah aku ni memang suka  ...

Aww so sweet haha.. In my case, if kucing nak beranak, memang letak kat bilik guest kosong tu. Buka pintu sikit and pesan kat my kids supaya jgn kacau drg dgn anak2 drg. Memang bilik tu dah mcm ward kucing beranak untuk stray cats..
Quote KiahFansuri 28-9-2018 08:36 AM
i suka borank dengan kucing tapi kucing i kurang nak mengiau kecuali minta dibelai lepas i balik kerja atau lapar, tapi suara alahai halus je. Suara emas kaedahnya. Kalau balik kerja tak layan dia, terus masuk bilik tutup pintu mesti dia kekau bawah pintu konon bolek bukaklah. Bila i bukak pintu terus naik katil golek-golek bergesel & naik atas perut i nak baring, kalau time dia gedik hyper tu habis jari jemari i dia macam gigit kunyah-kunyah. Kalau kita marah faham pulak dia terus stop & baring atas lengan i. Hahaha. i faham melalui body language dia je apa dia nak.
Dulu i ada bela kucing spesis Russian Blue, pakwe i bagi ambik kat site kerja dia. I sayang gila, dia betina. Hari-hari i cakap dengan dia "Aku sayang pak hang (pakwe aku), doakan aku kahwin dengan dia pastu kita hidup bersama" Hahahaha. Tapi dia hilang sebelum i kahwin, orang curi sebab dia terlepas depan rumah. Sekarang ni mana-mana kucing i jumpa i bagi makan atau belai-belai mesti i minta doakan supaya i dapat anak. Hehehe

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:09 PM GMT+8 , Processed in 0.059935 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top