Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Macam Dalam Filem Life Of Pi. 49 Hari Remaja Indonesia Hanyut Di Lautan, Akhirnya...

28-9-2018 11:48 AM|Oleh: Sang_Pencinta| Komen: 7

Seorang remaja Indonesia, Aldi Novel Adilang, 19 berjaya diselamatkan selepas hanyut 49 hari di lautan ketika bekerja seorang diri di sebuah perahu 'pondok' yang menjaga sebuah perangkap ikan 'rompong' yang terletak kira-kira 125 km daripada pesisir pantai Sulawesi. Aldi berjaya diselamatkan oleh sebuah kapal dari Panama di perairan Guam dan diserahkan kepada pihak berkuasa Jepun di pelabuhan Tokuyama. 




Aldi bekerja menjaga peralatan dan lampu sepanjang 'rompong', yang direka terapung dan berfungsi menarik ikan masuk ke dalam perangkap. Menurut ayahnya, Aldi sudah bekerja dengan syarikat menangkap ikan itu sejak berumur 16 tahun lagi. Setiap minggu, beberapa orang pekerja syarikat akan datang menangkap dan memungut ikan yang terperangkap dalam 'rompong' sekaligus menghantar bekalan makanan, air dan minyak kepada Aldi. 



Kredit Foto: Grid.ID 


Perahu pondok yang dinaiki oleh Aldi adalah salah satu daripada 50 perahu pondok yang dimiliki oleh syarikat perikanan tersebut. Perahu itu biasanya ditambat sauhnya pada dasar laut dan dibiarkan terapung. Bagaimanapun ribut petir pada pertengahan bulan Julai lalu mengakibatkan perahu pondok milik Aldi putus dan hanyut.


Kredit Foto: Sinar Harian



Menurut laporan The Guardian, Aldi hanya ada bekalan yang mencukupi untuk beberapa hari ketika mula-mula hanyut. Aldi menyatakan beliau mendapat makanan hariannya dengan menangkap ikan, memasak dengan kayu api di pondoknya dan meminum air laut yang ditapis dengan kain untuk mengurangkan rasa masin garam.


Kredit Foto: The Guardian



Konsulat Indonesia yang menemui Aldi di Osaka berkata sebanyak lebih 10 kapal besar melalui kawasan di mana Aldi hanyut tetapi hanya kapal Panama itu - yang menghala ke Jepun - melihat dan menyelamatkannya pada 31 Ogos lepas selepas Aldi berjaya menghantar signal kecemasan menggunakan radio. 'Setiap kali Aldi nampak kapal besar lalu, dia sangat berharap untuk diselamatkan tetapi tidak ada yang nampak atau berhenti' kata Fajar Firdaus, diplomat di Konsulat Indonesia, Osaka seperti yang dilaporkan dalam Jakarta Post.


Kredit Foto: Tribun Menado


Memetik temubual Aldi dengan TribunManado, Aldi berkata dia ingatkan nyawanya akan berakhir di lautan. 'Ada ketikanya saya hampir membunuh diri tetapi saya ingatkan ibubapa, Tuhan dan saya teruskan berdoa' katanya lagi. Aldi  diterbangkan ke kampung halamannya di Menado pada 8 September ditemani pegawai dari konsulat Indonesia. 

Sehingga kini kesihatan Aldi dilaporkan semakin baik. -CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
29
Marah
28
Terkejut
36
Sedih
33
Lawak
41
Bosan
34
Komen: 7
Komen

Previous : Anda Yang Ada Masalah Kebotakan Boleh Cuba 10 Jenis Minyak Ini!

Next       : Apakah 3 Kata Terakhir Steve Job Sebelum Meninggal Dunia?

Komen Terbaru

Quote chicozinn 2-10-2018 02:58 PM
49 hari ye??kalu meollss mau hari2 nangis sampai bengkak mata..plus takut kne baham jerung..hehe

Lain-lain Komen

Quote Sang_Pencinta 28-9-2018 03:31 PM
Kuat semangat dia ni
Quote Levespa 28-9-2018 03:48 PM
daya survivor tinggi, respekk
Quote NmeeraR 1-10-2018 03:26 PM
real of survivor... bangga dengan semanga & kecekalan dia. Bukan senang nak survive dekat laut kalau kita ni jenis takda pengalaman  dengan laut semua.  Nasib ada kapal yang nampak dia..
Quote NmeeraR 1-10-2018 03:29 PM
kenapa aku nak nangis bila tgk part dia diselamatkan?
Quote Sang_Pencinta 2-10-2018 08:36 AM
NmeeraR replied at 1-10-2018 03:29 PM
kenapa aku nak nangis bila tgk part dia diselamatkan?

Dia dari kecil kerja di laut. Tak boleh bayangkan ujian yg dia hadapai

Kalau kita2 yang tak biasa kena macam ni , baru 2-3 hari dah putus harapan
Quote NmeeraR 2-10-2018 01:12 PM
Sang_Pencinta replied at 2-10-2018 08:36 AM
Dia dari kecil kerja di laut. Tak boleh bayangkan ujian yg dia hadapai

Kalau kita2 yang tak bia ...

itulah.. rupanya rumah rakit dia ni memang tengah laut. masuk ni kali 3 dia hanyut kat laut sbb tali putus. Yg pertama dia hilang seminggu. yg ke 2,dua hari & yg ke 3 ni la 49 hari... kata dia yg ketiga ni laut gelora teruk. boat yg kejar dia tak dpt nak selamatkan dia. sebab  diorang takut bot terbalik. sedih pun ada bila dgr dia cerita yg mmg kontrak setahun duduk atas rumah rakit tu. sanggup tanggung risiko sbb nak cari rezeki.
Quote chicozinn 2-10-2018 02:58 PM
49 hari ye??kalu meollss mau hari2 nangis sampai bengkak mata..plus takut kne baham jerung..hehe

Lihat semua komen(7)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.076948s Gzip On
To Top