CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

7 Tip Ini Membuatkan Lelaki Sukakan Anda

24-10-2018 12:43 PM| Diterbitkan: ezzabaha| Dilihat: 7594| Komen: 30|Original author: Oleh: Cekodok

Description: Cara untuk mendapatkan cinta lelaki yang anda sukai atau dengan kata yang lebih mudah menambat hati lelaki.Caraini adalah berbeza berbanding cara lelaki mendapatkan perhatian daripada wanita kerana le ...

Cara untuk mendapatkan cinta lelaki yang anda sukai atau dengan kata yang lebih mudah menambat hati lelaki. Cara ini adalah berbeza berbanding cara lelaki mendapatkan perhatian daripada wanita kerana lelaki ini kadang-kadang susah nak perasan akan tanda yang wanita berikan.



Sumber Foto : Pesona Pengantin

Jadi, anda boleh jadikan 7 tip dibawah ini sebagai salah satu cara anda untuk menambat hati si dia tanpa si dia sedari.

#1 Berpegang Pada Agama

Benar tugas lelaki menjadi pemimpin dan pembimbing dalam keluarga nanti namun wanita juga perlu mempersiapkan diri mereka dengan ilmu agama. Wanita yang berpegang pada agama akan menjaga batas-batas dalam setiap perlakuannya. Apabila berkahwin kelak, si lelaki akan berasa yakin untuk meninggalkan isterinya di rumah (atas tuntutan kerja atau lain-lain) kerana mereka tahu pegangan agama akan menjaga wanita ini.


#2 Jaga Cara percakapan Anda Di Hadapan Si Dia

Nampak si lelaki ini ganas dan sado di hadapan rakan-rakanya, tetapi dalam hati mereka ada tisu. Lelaki sebenarnya tidak suka wanita yang meninggi suara, ketawa mengilai-ngilai berserta bunyi pelik dan mencarut. Bersikap lemah-lembut dan tak terlalu overIngat, anda nak tarik hati sidia yang anda minati jadi sila berhati-hati.


#3 Jaga Penampilan Anda

Penampilan sangat penting bagi seorang wanita. Melalui penampilan anda sahaja, lelaki boleh membuat tafsiran tentang perangai dan tingkah laku anda. Sebelum pergi kerja ataupun pergi kelas, mekap dahulu sedikit dan jangan terlalu tebal seperti opera cina. Cukup hanya mengenakan sedikit lipstik, foundation dan alis mata. Kemudian pakai cantik-cantik dan lepas tu jaga adab. Tak sesuai kalau muka dah lawa, pakai baju cantik, sekali terpekik terlolong depan orang ramai. Nanti jatuhlah saham kan.


Foto Carian internet

#4 Jadilah Seseorang Yang Boleh Dipercayainya

Jika si lelaki senang untuk berkongsi setiap masalah dan rahsianya kepada wanita janganlah pula anda ceritakan segala rahsia dan masalah yang dihadapi tu pada seluruh kampung anda. Jika itu berlaku itu lambat laun kepercayaannya pada wanita akan terhakis sedikit demi sedikit. Lelaki akan berasa gembira jika segala rahsia yang diceritakan tadi selamat dengan anda. Jadi cuba jadi pendengar yang setia dan simpan rahsia itu sebaik-baiknya.


#5 Jadi Tulang Belakang Terhadap Susah dan Senangnya

Pepatah mengatakan lelaki diuji ketika ada duit, manakala wanita diuji ketika tiada duit. Jika anda benar-benar sukakan dia, sentiasalah ada dalam setiap jatuh bangunnya..Cuba berikan sokongan moral dan tunjukan anda sentiasa ada dalam apa jua keadaan. Walaupun bukan bantuan dari segi kewangan, namun setidak-tidaknya ruang hati si dia pasti terbuka untuk menerima Anda.


#6 Menghormati Orang Tua

Lelaki mudah cair jika melihat cara anda melayan dan menghormati orang yang lebih tua dari anda. Adab sopan yang dimaksudkan seperti salam dan cium tangan orang tua, tunduk ketika berjalan di hadapan tetamu, pandai membawa diri dan menang tangan di dapur tanpa disuruh. Tapi janganla hipokrit ye. Pembawakan diri tu biarlah nampak semulajadi bukan dibuat-buat.Jika anda menipu pasti akan nampak canggung di hadapan mata sidia.

Sumber Foto: Oh Bulan

#7 Luahkan Terus Perasaan Anda Pada Si Dia

Berani ke nak luahkan? Jika kesemua tips diatas anda dah lakukan namun tiada respon dari si dia tidak salah sekiranya kita sebagai wanita meluahkan rasa cinta pada si dia. Namun jika cinta anda tidak berbalas sebaiknya anda mengundurkan diri dahulu. Beri ruang pada si dia di samping berdoa pada pemilik hati kita, kerana DIA sahaja yang mampu membolak balik kan hati kita.

 

Mana tahu jika sudah tertulis si dia adalah bakal jodoh anda, berbaloi juga usaha anda selama ini kan. Pasti tersenyum girang anda di pelaminan nanti. - CARI 

29

Bagus
16

Marah
18

Terkejut
12

Sedih
20

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (116 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BoongaKertas 24-10-2018 12:53 PM
takde ke cara2 utk lelaki pulak berperangai 'semenggah' untuk menarik hati wanita? sbb byk yg meols dgr di alam realitinya byk versi TRASH.
Quote durability 24-10-2018 02:00 PM
7 tip ini tak penting dan tak tepat....

Tips yang paling penting ialah wanita itu harus cantik dan kurus.  Perangai teruk pun tidak mengapa....
Quote Mary_jane 24-10-2018 02:00 PM
Yela kan kalau laki tu nak ber gf ramai. Tapi nak buat bini tu haruslah yang baik2 gitew.
Quote gigimukelabu 29-10-2018 02:52 PM
durability replied at 24-10-2018 02:00 PM
7 tip ini tak penting dan tak tepat....

Tips yang paling penting ialah wanita itu harus cantik da ...

Betul tu
Quote puanbintang 1-11-2018 12:43 PM
durability replied at 24-10-2018 02:00 PM
7 tip ini tak penting dan tak tepat....

Tips yang paling penting ialah wanita itu harus cantik da ...

hahahaha..pun setuju dengan ni
Quote nobito 1-11-2018 06:38 PM
Akak rasa akak dh habis baik dengan si dia tapi why akak tak dipeduli.
Quote kiyudi 1-11-2018 06:41 PM
i dont believe in theory.....

kiyu is underground....
Quote stingerbooster 2-11-2018 10:59 AM
kiyudi replied at 1-11-2018 06:41 PM
i dont believe in theory.....

kiyu is underground....

Selalu lah dapat jumpa?

Underground?


Wakakakakakakala
Quote stingerbooster 2-11-2018 11:00 AM
nobito replied at 1-11-2018 06:38 PM
Akak rasa akak dh habis baik dengan si dia tapi why akak tak dipeduli.

Baik dibuat buat...Kau ingat org buta Tak boleh nak nampak?

Kohkohkohkohkoj
Quote nobito 2-11-2018 11:08 AM
stingerbooster replied at 2-11-2018 11:00 AM
Baik dibuat buat...Kau ingat org buta Tak boleh nak nampak?

Kohkohkohkohkoj

Yeke akak tak ikhlas.

Akak rasa tubuh akak pon akak dh bagi. Dia nak apa lagi.
Quote puanbintang 16-11-2018 12:00 PM
cantik and berduit confirm laku
Quote Iris. 16-11-2018 01:50 PM
durability replied at 24-10-2018 06:00 AM
7 tip ini tak penting dan tak tepat....

Tips yang paling penting ialah wanita itu harus cantik da ...

nasib baik kurus
Quote nora_balqis 16-11-2018 03:29 PM
tapi kadang yg kite suke..susahnya nak dapat..
yg kite agap kawan..bukan main luah perasaan kat kite
Quote kiyudi 16-11-2018 03:40 PM
nora_balqis replied at 16-11-2018 03:29 PM
tapi kadang yg kite suke..susahnya nak dapat..
yg kite agap kawan..bukan main luah perasaan kat kit ...

biasatu

yg kita x suka. hari2 antar wasap...nk sembang konon tp kita mls layan...plg kuat reply emotikon jer

lagi truk trus delete x reply apa.....dh thu kita x suka...dok wasap manjang.... jht x??


what a life

Quote nora_balqis 16-11-2018 03:43 PM
kiyudi replied at 16-11-2018 03:40 PM
biasatu

yg kita x suka. hari2 antar wasap...nk sembang konon tp kita mls layan...plg kuat reply ...

btl2...tapi selalu doa moga org yg kite suke bagi reaksi macam tue..
alangkah indahnya dunia nie
Quote terma2nkondisi2 16-11-2018 05:40 PM
perkara2 baik yg dinyatakan dalam tips tu adalah ciri2 yg perlu ada pada setiap org utk jadi manusia yg baik...tak kira la samada laki ke pompuan ke

bukan pasal nak ngorat ke hape

kan?
Quote Missfadh 16-11-2018 06:47 PM
durability replied at 24-10-2018 02:00 PM
7 tip ini tak penting dan tak tepat....

Tips yang paling penting ialah wanita itu harus cantik da ...

Haha betul sgt ni.
Quote mbhcsf 27-11-2018 06:38 PM
berpegang pada agama bukan ' TIPS' aiyooo ini dah ya ALLAH secara hakkatnya yg sebenar
dalam surah Al AAraf ayat 72: alastu birabbikum ....

Am I not your Lord , Allah bertanya pada ruh...And amenjawab Bala Shahidna

you testify and naik saksi...

Quote vanilacup 28-11-2018 09:09 AM
biasanya org yg kita suka atau berkenan ..mcm admire gitu jual mahal dan demand..tapi org yg kita x berkenan atau kurang minat yg beria2 suka kat kita...lumrah alam barangkali...

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:16 AM GMT+8 , Processed in 0.230973 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top