CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Selena Gomez Alami Tekanan Emosi, Sampai Dua Kali Masuk Hospital

12-10-2018 11:30 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 9303| Komen: 32|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Penyanyi Selena Gomez, 26, dikejarkan dua kali ke hospital dalam masa dua minggu kerana mengalami tekanan emosi, menurut sumber TMZ. Sehingga kini, beliau masih lagi ditahan di sebuah pusat perubatan ...

Penyanyi Selena Gomez, 26, dikejarkan dua kali ke hospital dalam masa dua minggu lepas kerana mengalami tekanan emosi, menurut sumber TMZ. Sehingga kini, beliau masih lagi ditahan di sebuah pusat perubatan untuk rawatan lanjut.


 

 

Kredit Foto: Morewallpapers.com



Beberapa media di Amerika Syarikat (AS) melaporkan bahawa penyanyi itu sedang berada di rumahnya di California akhir September lalu apabila kejadian pertama berlaku. Beliau dikatakan panik dan mengalami tekanan emosi berikutan pemeriksaan kesihatannya yang mendapati kadar sel darah putihnya sangat rendah dan mempengaruhi keadaan kesihatan buah pinggang yang baru diterimanya daripada seorang penderma.



Kredit Foto: Dailymail.com


 

Keluarga Selena dilaporkan membawanya ke Pusat Perubatan Cedars-Sinai di Los Angeles untuk menerima rawatan, di mana beliau dibenarkan keluar beberapa hari kemudian. Walau bagaimanapun, pemeriksaan kadar sel darah putihnya tidak menunjukkan sebarang peningkatan menyebabkan beliau dinasihatkan untuk kembali ke hospital. Mendengar keputusan itu, Selena dikatakan mengalami tekanan emosi dan menangis tidak berhenti-henti.



Kredit Foto: Lifestylemagazine.com


 

Keluarganya berjaya memaksanya kembali ke hospital tetapi Selena merayu kepada doktornya untuk dikeluarkan. Apabila doktor menolak rayuannya, Selena menjadi lebih marah dan mencabut semua jarum dan IV di lengannya. Sumber memberitahu doktor merujuk Selena ke bahagian psikitari dan kini menerima rawatan dialectical behavior therapy (DBT) yang biasanya diberikan kepada pesakit mental. Selena pernah menerima rawatan DBT ini sebelumnya.

 

Kredit Foto: CNN


Ramai peminat menyedari tanda-tanda masalah Selena ini lebih awal berikutan pengunduran beliau di media selama beberapa minggu. Pada 23 September lalu, beliau mengumumkan akan mengambil 'cuti rehat dari media'. Sebelumnya dalam sesi soal jawab langsung dengan peminatnya di Instagram, Selena mengakui sudah 5 tahun menerima rawatan mental.


Kredit Foto: malangtoday.net


Tekanan emosi Selena dikatakan memuncak apabila menerima banyak komen kebencian peminat apabila bekas teman lelakinya Justin Bieber mengumumkan pertunangan dengan model Hailey Baldwin. Selepas rawatan ketagihan pada 2014, Selena juga menjalani pembedahan untuk menerima buah pinggang baru daripada seorang penderma.

Semoga kesihatan Selena Gomez semakin pulih. -CARI
8

Bagus
13

Marah
20

Terkejut
16

Sedih
19

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (84 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sang_Pencinta 12-10-2018 11:36 AM
Sudah jatuh ditimpa tangga, kesian dia
Quote mizruncing 12-10-2018 11:57 AM
oo baru tau dia ada sakit buah pinggang. baik nya hati yg derma tu
Quote SLAManya 12-10-2018 12:32 PM
Kesiannya dia.. dahlah i suka tengok dia.. comel
Quote Orix 12-10-2018 12:49 PM
Suka sgat lagu Come Back to You..... sheols ni mmg x leh move on ngn jb ke cmne... adoii la
Quote armin 12-10-2018 01:04 PM
Ketagihan dadah ke? Kuat amik dadah mmg kidney boleh rosak tapi mudanya dah rosak. Yg sebelum ni kawn dia derma tu ke?
Quote Sang_Pencinta 12-10-2018 01:14 PM
armin replied at 12-10-2018 01:04 PM
Ketagihan dadah ke? Kuat amik dadah mmg kidney boleh rosak tapi mudanya dah rosak. Yg sebelum ni kaw ...

Sebelum dapat kidney baru dia memang ambil sesuatu lah

Tapi sekarang tak lagi

Kawan baik dia yg derma kidney, kawan dari kecil katanya
Quote borrow 12-10-2018 01:42 PM
Edited by borrow at 12-10-2018 01:44 PM

Selena sakit mental dan fizikal.

1. Fizikal : Lupus

2. Mental : Depression  & Anxiety  & Panic attack

2014 - sheols jalani chemotherapy utk sakit lupus. Biasa weols dgr chemotherapy utk kanser khen. But dadah chemotherapy iaitu Methotrexate  juga digunakan utk rawat lupus.

2016 - Gi pusat rawatan utk utk atasi tekanan akibat sakit lupus. Duduk kat situ selama 3 bulan katanya. Kat situ sheols jalani terapi DBT (dialectical behavior therapy).

2017 - jalani pembedahan pemindahan buah pinggang. Her bff donate buah pinggang.

awal 2018 - jalani program selama 2 minggu utk depression n anxiety

Oct 2018 - Masuk sepital coz sel darah putih semakin berkurang (leukopenia). Then jalani rawatan utk mental illness plak.

poor selina. Get well soon



Quote pai.kacang 12-10-2018 02:17 PM
kesiannya...
Quote Sang_Pencinta 12-10-2018 06:23 PM
Orix: Suka sgat lagu Come Back to You..... sheols ni mmg x leh move on ngn jb ke cmne... adoii la



Kalau baca gossip belah sana, JB dikatakan menangis dengar khabar Selena sakit teruk.
Quote 234126 12-10-2018 06:31 PM
Dia stress sebab declining health tu jadi mental. Buah pinggang kot, main organ important organ. Bukan stress pasal jb. Kesian dia ni. Stay strong selena
Quote armin 12-10-2018 06:33 PM
Sang_Pencinta: Kalau baca gossip belah sana, JB dikatakan menangis dengar khabar Selena sakit teruk.

Serius? Oh so sweet. Nampak dia sayang selena lagi. Tinggalkan jela tunang dia tu
Quote armin 12-10-2018 06:33 PM
Sang_Pencinta: Sebelum dapat kidney baru dia memang ambil sesuatu lahTapi sekarang tak lagiKawan baik dia yg derma kidney, kawan dari kecil katanya

I thought yg kwn dia derma tu pasal sakit lupus dia tu. Rupanya kidney. Kaya n cantik tp byk penyakit kan. Sian sia
Quote abangadek 12-10-2018 06:36 PM
borrow replied at 12-10-2018 01:42 PM
Selena sakit mental dan fizikal.

1. Fizikal : Lupus

iols salah sorang lupus.. metho akn akibatkan efek liver dlm masa beberapa tahun pengambilan.. selena bersedialah untuk penderma baru liver nanti
Quote borrow 12-10-2018 07:36 PM
abangadek replied at 12-10-2018 06:36 PM
iols salah sorang lupus.. metho akn akibatkan efek liver dlm masa beberapa tahun pengambilan.. sel ...

owh yeke.  Kena siap2 cari penderma la. Kesiannya.


chuols pun lupus ek. teruk tak?


Quote borrow 12-10-2018 07:38 PM
armin replied at 12-10-2018 06:33 PM
I thought yg kwn dia derma tu pasal sakit lupus dia tu. Rupanya kidney. Kaya n cantik tp byk penya ...

Kidney rosak pasal Lupus la. Ni ai ambil dari website


http://www.lupusmalaysia.org/bm/ ... nduan-untuk-pesakit

Sistemik lupus eritematosus (SLE), atau lupus, adalah penyakit kronik “autoimmune” di mana antibodi seseorang bertindakbalas dengan tisu badan seseorang pesakit itu sendiri. Ini menjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, atau organ-organ lain di dalam badan. “Lupus” berasal dari perkataan Latin bererti “serigala”. (Ini adalah kerana seorang doktor Perancis yang mula-mula merawat pesakit lupus mengibaratkan tompok-tompok kemerahan di muka pesakit sebagai gigitan serigala.)


SLE boleh menjejaskan organ-organ dalam tubuh seperti berikut

Buah pinggang

Keradangan buah pinggang (nephritis) mengurangkan keupayaan membuang bahan sisa toksin dalam air kencing. Pesakit yang mengalami gangguan buah pinggang biasanya tidak merasa sakit. Mereka mungkin hanya mengalami bengkak kaki. Ujian air kencing dan ujian darah boleh menunjukkan samada buah pinggang terjejas atau tidak. Untuk mengelak dari kerosakkan yang berlanjutan kepada buah pinggang rawatan ubat-ubatan yang intensif perlu diberi segera untuk mengekalkan fungsi buah pinggang.

Paru-paru
Sebilangan pesakit SLE mendapat pleuritis, iaitu keradangan lapisan paru-paru yang menyebabkan sakit dada atau sakit dada yang terasa semasa menarik nafas. Pesakit juga boleh mendapat kuman dalam paru-paru (pneumonia).

Sistem saraf

SLE boleh menjejaskan otak atau saraf. Pesakit akan mengadu sakit kepala, pening, cepat lupa, kabur penglihatan, sawan, strok, atau perubahan kelakuan.

Saluran darah
Keradangan saluran darah (vaskulitis) boleh melibatkan terganggunya pengaliran darah ke seluruh tubuh. Vaskulitis yang sederhana mungkin tidak memerlukan rawatan, tetapi sebaliknya vaskulitis yang teruk memerlukan rawatan segera.

Darah
Pesakit SLE mungkin mendapat kekurangan darah, kekurangan bilangan sel darah putih atau kekurangan bilangan platelet. Fungsi platelet dalam darah ialah membantu pembekuan. Sebilangan kecil pesakit SLE juga akan berisiko tinggi mengalami masalah perdarahan di mana darah cepat membeku.

Jantung
Pesakit SLE boleh mengalami sakit jantung iaitu keradangan pada tiga lapisan jantung: “perikaditis”, keradangan lapisan luar; “myokarditis”, keradangan bahagian tengah; dan “endokarditis”, keradangan bahagian dalam. Pesakit akan merasa sakit dada atau juga gejala lain. Pesakit SLE juga berisiko tinggi mendapat “arteriosclerosis” (pembuluh darah yang keras).

Bagaimana Untuk Mengesan SLE?

Untuk mengesahkan pesakit mengidap SLE bukanlah suatu yang mudah. Kadangkala para doktor mengambil masa yang lama berbulan atau bertahun untuk mengesan SLE. Itu pun jika pesakit datang secara berterusan kepada seorang doktor untuk mendapat rawatan. Dengan cara ini semua gejala dapat dikumpul dan direkodkan.


Quote minahgempal 12-10-2018 07:44 PM
abangadek replied at 12-10-2018 06:36 PM
iols salah sorang lupus.. metho akn akibatkan efek liver dlm masa beberapa tahun pengambilan.. sel ...

lupus nie sakit yg mcm mna?efek dia ada dr segi fizikal dgn mental ker?dia mmg mkn sel2 dlm bdn sma mcm cancer ker?
Quote Sang_Pencinta 12-10-2018 08:42 PM
borrow replied at 12-10-2018 01:42 PM
Selena sakit mental dan fizikal.

1. Fizikal : Lupus

Ikutkan kronologi ni, nasib malang Selena memang bertimpa timpa. Kesian betul dia.
Quote borrow 12-10-2018 09:51 PM
Edited by borrow at 12-10-2018 09:52 PM
Sang_Pencinta replied at 12-10-2018 08:42 PM
Ikutkan kronologi ni, nasib malang Selena memang bertimpa timpa. Kesian betul dia.

Tula , kesian. Sakit lupus akan sentiasa hantui sheols coz tada penawar.

Dulu Jb intim dgn sofia richie. Pastu JB marah fanz coz kutuk sofia. Tetiba Selina gi masuk campur. Trus JB n Selina plak gaduh. After dat selena batal tour n masuk rehab.

Now Jb & hailey bertunang. Selina meltdown lg. Tatau kebetulan or  selain lupus , JB beri impak besar pd sheols.


Quote Orix 13-10-2018 02:27 AM
borrow replied at 12-10-2018 01:42 PM
Selena sakit mental dan fizikal.

1. Fizikal : Lupus

Kalo bc berita kt atas tahun 2014 dia msuk rehab ? Dia ambil dadah apa ek

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 10:36 PM GMT+8 , Processed in 0.060902 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top