CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Apakah 3 Kata Terakhir Steve Job Sebelum Meninggal Dunia?

16-10-2018 11:59 AM| Diterbitkan: soretos| Dilihat: 4634| Komen: 19|Original author: Oleh: alivehope

Description: Kredit foto: Biography.comKhabar angin mengatakanPengasas bersama Apple, Steve Jobs, meninggalkan sebuah esei kematian atau"Deathbed Speech".Beliau menulis esei itu ketika beliau sedang sakit diat ...

 

Kredit foto: Biography.com


Khabar angin mengatakan Pengasas bersama Apple, Steve Jobs, meninggalkan sebuah esei kematian atau "Deathbed Speech".

Beliau menulis esei itu ketika beliau sedang sakit di atas katil dan esei itu banyak menceritakan apa yang beliau rasa tentang kehidupan.

Steve Job meninggal dunia pada 5 Oktober 2011 kerana kanser pankreas pada usia 56 tahun.

Antara petikan esei yang ditinggalkan beliau ialah:

 

Saya mencapai kejayaan dalam dunia perniagaan. Di mata orang lain, hidup saya menjadi lambang kejayaan.

 

Walau bagaimanapun, selain dari kerja, saya hanya mempunyai sedikit kegembiraan. Pada akhirnya, kekayaan hanyalah satu fakta kehidupan yang saya sudah biasa.

 

Pada masa ini, terbaring di atas katil dan sakit mengingati seluruh hidup saya, saya menyedari bahawa semua pengiktirafan dan kekayaan yang menjadi kebanggaan telah pudar dan menjadi sia-sia dalam menghadapi kematian yang akan datang.

 

Dalam kegelapan, saya melihat lampu-lampu hijau dari mesin sokongan hidup dan mendengar bunyi-bunyi mekanikal yang menggelegak, saya dapat merasakan nafas tuhan dan kematian semakin dekat.

 

Sekarang saya tahu, apabila kita telah mengumpulkan kekayaan yang mencukupi untuk hidup, kita perlu mengejar perkara lain yang tiada berkaitan dengan kekayaan.


Kredit foto: Biography.com


Apakah katil yang paling mahal di dunia?

 

Katil sakit …

 

Anda boleh menyuruh seseorang memandu kereta untuk anda, membuat wang untuk anda tetapi anda tidak boleh mempunyai seseorang untuk menanggung penyakit untuk anda.

 

Harta benda yang hilang boleh diganti tetapi ada satu perkara yang tidak dapat ditemui apabila hilang - Kehidupan.

 

Apabila seseorang masuk ke bilik operasi, dia akan menyedari bahawa terdapat satu buku yang belum selesai dibaca - Buku Kehidupan yang Sihat.

 

Walau dimanapun peringkat dalam kehidupan kita sekarang, dengan masa kita akan menghadapi hari apabila tirai diturunkan.

 

Nikmati cinta dan kasih sayang untuk keluarga anda, pasangan anda dan juga kepada kawan anda.

 

Jaga diri anda dengan baik. Gembirakan yang lain.


Kredit foto: Biography.com


Walaupun Steve Jobs meninggal dunia pada tahun 2011, esei yang disebutkan di atas hanya mula tersebar pada November 2015, dan belum disahkan oleh pengasas daripada Apple.

Menurut kakak Steve, Mona Simpson sebelum Steve Jobs meninggal dunia, dia memandang kakaknya Patty, kemudian untuk masa yang lama dia memandang anak-anaknya, dan kemudian pasangan hidupnya, Laurene. 

Tiga kata-kata terakhir Steve ialah: OH WOW.  OH WOW.  OH WOW. - CARI 

9

Bagus
27

Marah
29

Terkejut
23

Sedih
13

Lawak
28

Bosan

Friends Rank (129 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 16-10-2018 12:30 PM
dia mati oh wow oh wow oh wow bulan teraju tiga

Quote zulka 16-10-2018 12:49 PM
oh wow...
Quote sinalegna 16-10-2018 01:15 PM
Apsal gitu? Nampak malaikat maut ke..
Quote meklalala 16-10-2018 01:25 PM
mek suka ayat ni

"Jaga diri anda dengan baik. Gembirakan yang lain."

kata kata yang mahal
Quote meow_tompok 16-10-2018 05:48 PM
ingat dia ckp "jangan main internet"

yela kan budak2 sekrang byk mengadap gadget

sampai lupa nak menikmati saat2 manis bersama keluarga
Quote Orix 16-10-2018 11:51 PM
Oh wiw kenapaa
Quote mieymiey 17-10-2018 08:47 AM
OH WOW  OH WOW  OH WOW tu kira 3 kata ker?
Quote soretos 17-10-2018 09:05 AM
mieymiey replied at 17-10-2018 08:47 AM
OH WOW  OH WOW  OH WOW tu kira 3 kata ker?

kata tu monosyllable atau satu suku kata yang diulang sebanyak 3 kali
Quote bawangkecik 17-10-2018 11:11 AM
Oh wow bule teraju tige...
Quote Nuyak 17-10-2018 12:40 PM
orang kaya kata, kaya tak membahagiakan..tapi kalau tak kaya pun susah nak cari bahagia..sana sini kena bayar, mana nak bahagia nya...huhuhu
Quote haryatie 17-10-2018 12:44 PM
nak bahagia kena ada duit jugak
dia da ada duit, da kaya raya boleh la ckp mcam tu
Quote bangcak 17-10-2018 02:25 PM
oh wow  maksudnya tu bunyik dia terperanjat ipong keluar model baru tetiap 6 bulan. pastu ipong8 discontinue lepas 9 bulan dipasaran (a.k.a abandon model)

Quote puanbintang 18-10-2018 12:37 PM
- nikmati cinta dan kasih sayang untuk keluarga, pasangan dan kawan- kawan.
- jaga diri anda baik - baik, gembirakan yang lain suka ayat ni...hargai apa yang kita ada..{:love
Quote palmolive 18-10-2018 01:32 PM
dia dah capai apa yg manusia kebanyakkan duk kejar selama hari ni..
keluar pagi balik malam semata nak bayar keperluan hidup..

sama cam kes Chow Yun Fatt..
Quote ayumitan 25-10-2018 03:55 PM
sila kunjungi <a href="http://kakakqq.org">dominoqq</a>
<a href="http://indobalak6.com">domino99</a>
Quote ayumitan 25-10-2018 03:57 PM
ayumitan replied at 25-10-2018 03:55 PM
sila kunjungi dominoqq
domino99

sila kunjungi
bandarkiu
bandar capsa

Quote kucing02 27-11-2018 05:51 PM
Sedih plk aku baca kata2 dia ni
Quote stargazer20 20-12-2018 09:56 AM
CiliPadiSedap replied at 16-10-2018 12:30 PM
dia mati oh wow oh wow oh wow bulan teraju tiga


Quote CiliPadiSedap 26-12-2018 12:44 AM
Steve job mati xbawa iphone ipad macbook pro tag : @dino2

Walaupun ios sentiasa update , steve job xbawa gadget dalam kubur..

P/s: yang kt dunia ni bangga dengan logo apple..moga tazkirah sentap

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:20 AM GMT+8 , Processed in 0.064617 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top