CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Diselamatkan Dari Gua, 12 Budak Thai Muncul Dalam Rancangan Temu Bual TV Paling Popular Di Dunia

17-10-2018 10:50 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 6664| Komen: 20|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Seluruh dunia terpaku menonton siaran TV pertengahan tahun ini apabila operasi penuh drama dan suspen ketika pasukan penyelamat cuba mencari dan membawa keluar 12 budak lelaki dan jurulatih mereka yan ...

Diselamatkan dari gua, kini muncul dalam rancangan bual bicara paling popular di dunia!


Kredit Foto: Twitter



Seluruh dunia terpaku menonton siaran TV pertengahan tahun ini apabila operasi penuh drama dan suspen ketika pasukan penyelamat cuba mencari dan membawa keluar 12 budak lelaki dan jurulatih mereka yang terperangkap dalam sebuah gua yang dipenuhi air yang dalam dengan struktur kompleks di Chiang Rai, Thailand.


Kredit Foto: tooFab



Kini pasukan mereka yang digelar Wild Boars muncul di siaran TV lagi, tapi kali ini dalam suasana yang berbeza sebagai tetamu dalam program temu bual Ellen DeGeneres.


Kredit Foto: Twitter


Dalam satu pengumuman di Twitternya, Ellen memberitahu bahawa pasukan bola itu akan muncul minggu ini. 'Tidak ada berita yang lebih hangat tahun ini selain operasi menyelamat pasukan bola Thailand ini yang terperangkap dalam gua' katanya.  Ellen juga memuat naik sekeping gambar yang menunjukkan pasukan itu tersenyum megah dengan jersi khas jenama Ellen dalam studionya yang terletak California.


Kredit Foto: Twitter


Turut bersama-sama dengan mereka ialah pemain bola dari Sweden, Zlantan Ibrahimovic yang pernah bermain untuk pasukan Mancester United tetapi telah berpindah ke LA Galaxy.


Ini adalah temu bual berprofil tinggi yang pertama mereka sejak operasi menyelamat yang berlangsung pada awal Julai lepas di Gua Tham Luang, Chiang Rai  selepas terperangkap[ selama dua minggu. Selama beberapa bulan pihak berkuasa Thailand meminta media untuk menghormati privasi mereka semasa menjalani rawatan. Malahan, sebuah komiti khas telah ditubuhkan oleh kerajaan Thailand untuk memantau projek-projek melibatkan mereka dan kawalan ke atas akses media.



Bagaimanapun kawalan ketat itu kini semakin dilonggarkan. Sehingga kini mereka sudah terlibat dalam beberapa pameran interaktif mengenai operasi menyelamat anjuran Kementerian Kebudayaan Thailand di Bangkok bulan Ogos lepas. Beberapa projek pembikinan filem dan dokumentari juga telah diberikan kelulusan awal.  Sabtu lalu, pasukan ini terlibat dalam satu perlawanan persahabatan dengan pasukan River Plate dari Argentina selepas menghadiri upacara pembukaan Youth Olympic di Buenos Aires.


Kredit Foto: Waterloo Cedars Falls  Courier



Nampaknya tidak lama lagi bakal muncul sebuah filem Hollywood yang akan menceritakan kisah penuh suspen melibatkan 12 budak Thailand ini. -CARI

25

Bagus
14

Marah
23

Terkejut
18

Sedih
15

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (116 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manehnya 17-10-2018 11:20 AM
menagis pula aku tengok interbiu nih.. huhuu whyyyy
Quote Amigurumi 17-10-2018 12:07 PM
Aww..sedihhh
Quote Sang_Pencinta 17-10-2018 12:50 PM
They all look polite
Quote puanbintang 17-10-2018 12:53 PM
terharu weiii..kesat air mata..
Quote want2bhappy 17-10-2018 01:03 PM
penyelamat2 tak diundang ke.. macam mana dgn mendianyg mati selamatkan depa?
Quote pakderis 17-10-2018 02:00 PM
nak tengok siaran ulangan le
Quote Artemesiaa 17-10-2018 02:35 PM
Wah menarik mesti seronok dapat gi sana lepas lalui kesusahan
Quote meklalala 17-10-2018 02:50 PM
semoga adik adik membesar dan menjadi manusia berguna..berbakti kepada negara..kami semua akan ingat adik adik semua sampai ke tua..the heroes!
Quote saviour_09 17-10-2018 03:44 PM
huntung la dapat live dgn ellen & jumpa mat ibrahimovic ni pulak
Quote Sang_Pencinta 17-10-2018 05:36 PM
Ellen DeGeneres scored the first TV interview with Coach Ake and the 12 players of the Wild Boars soccer team from Chiang Rai, Thailand, since their dramatic rescue last summer after being trapped in a flooded cave for 18 days.

And the boys’ soccer idol, L.A. Galaxy star Zlatan Ibrahimović, surprised the team — and hailed them as “probably the best team in the world.”

“These kids, this team is more braver than me,”he said. “They showed their collective teamwork and had patient faith and believed in others.”
Quote whadda 17-10-2018 05:56 PM
tingginye pak brahim
Quote Sang_Pencinta 17-10-2018 07:41 PM
whadda replied at 17-10-2018 05:56 PM
tingginye pak brahim

195 cm @ 6'5" tu

Tapi sanggup dia turun bagi surprise kepada budak2 yg mengidolakan dia
Quote asyura_85 17-10-2018 07:55 PM
puanbintang replied at 17-10-2018 12:53 PM
terharu weiii..kesat air mata..

Kann..orang2 Siam ni..satu je la aku perasan...sejahat2 semafia2 mana pun muka derang..still respek org..dia nya salutation angkat tgn letak kat dada tu smbil ckp sawadekaaa tu very sopan..aku ada 2-3 orang kawan Siam masa belajar..memang la baik..kalau bercakap tu mak aih..tak dengar sorang cam berbisik aku rasa..pernah kawan Siam derang buat presentation..lg sorg mmbr Siam masuk lambat..bukak2 pintu pun dia siap tunduk hormat kt kawan dia yg bg presentation tu smbil letak tgn kat dada cm nak ckp sorry la dia lambat..org kita? ah lantak kau la aku lambat trus je masukk..hahahah..since that..aku mmg suka org Siam..pada aku derang mmg sopan..cam malu2..timid gitu...baik laki baik pomp..mostly la yg aku kenal..kau tgk la raja dia mangkat aritu..kawan aku kat opis menangis teresak teruk gila..tak pernah aku tgk dia nanges macam tu..dia ckp raja dia baik..semua org sayang..kita sini kot raja mangkat..takde la feel sgt smpai mcm tu kan..
Quote rosasen 18-10-2018 09:08 AM
rezeki budak2 ni...dapat travel seluruh dunia dh..
Quote DeeHanania 18-10-2018 11:19 AM
Terharu...
Quote rifaa 18-10-2018 11:54 AM
terharunya...dijemput ke ellen show pastu jumpa idola pulak
lagi beshhh kompom dapat hadiah macam2 huhu
Quote Sang_Pencinta 23-10-2018 10:44 AM
Prince William pun jumpa team penyelamat Thai boys ni


Prince William honours British divers who led Thai cave rescue



Prince William has honoured the team of British divers who led the Thai cave rescue mission, at a reception in Buckingham Palace.
At the reception Prince William met with Christopher Jewell, Lance Corporal Connor Roe, Jim Warny and Martin Holroyd.
During the conversation the Duke of Cambridge, who dives, exchanged stories with the team about diving experiences.



Quote purplebear 26-10-2018 01:23 PM
So polite and soft spoken coach dia. Patutlah budak2 tu boleh tenang dalam gua tu.
Quote kucing02 27-11-2018 05:50 PM
Hebat betul ko org{:good

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 05:36 PM GMT+8 , Processed in 0.150776 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top