CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Jangan Cepat Percaya Kalau Nampak Logo Halal Dekat Gerai Tepi Jalan Korea

5-11-2018 10:46 AM| Diterbitkan: Sarirsa| Dilihat: 8088| Komen: 18|Original author: Oleh: Myeonir

Description: Rakyat Malaysia sekarang ni memang berpusu-pusu ingin melawat negara dek kerana jatuh cinta apabila melihat kecantikan negara itu menerusi drama dan filem mereka.Tapi sebagai orang Muslim, perlu berin ...
Rakyat Malaysia sekarang ni memang berpusu-pusu ingin melawat negara Korea dek kerana jatuh cinta apabila melihat kecantikan negara itu menerusi drama dan filem mereka. 

Tapi sebagai orang Muslim, perlu beringat dan berhati-hati ketika membeli makanan di sana terutamanya makanan yang dijual di tepi jalan. Jangan main serbu sahaja bila nampak gerai tersebut ada tampal logo halal sebab kadang-kadang hal ini meragukan.


Menurut status yang dimuat naik oleh Facebook Halal Korea, mereka mengingatkan warga Muslim supaya tidak membeli makanan di Myeongdong secara semberono kerana kebanyakan logo itu adalah palsu. Peniaga di sana juga terus sahaja cakap halal bila nampak pengunjung yang pakai tudung atau hijab.

Kredit foto: Facebook

Daripada Twitter, seorang pengguna menjelaskan yang kebanyakan peniaga ni ingat yang bila makanan itu tiada unsur pork dan lard makanya makanan itu halal padahal banyak lagi faktor lain yang perlu diambil kira seperti cara penyembelihan dan minyak masak yang digunakan serta banyak lagi.


Kredit foto: Twitter

Seorang pengguna dari Facebook ini juga yang mempunyai pengalaman jadi tour guide mendedahkan yang kebanyakan warga Malaysia dan Indonesia yakin sahaja untuk makan di gerai yang ada logo halal tanpa memeriksa terlebih dahulu. Peniaga di Korea ini kebanyakannya menganggap agama Islam dan Kristian sebenarnya sama sahaja. Hebatlah mereka kalau tak tahu pasal agama Islam tetapi tahu pula pasal halal dan haram.

Menurut lelaki ni juga, banyak syarikat Korea yang letak logo halal palsu dekat daging ayam dan lembu sebab mereka tahu kalau ada logo halal, orang Muslim pasti tak tanya dah dan tidak was was untuk makan.

Kredit foto: PlayPlanet

Kalau teringin sangat nak makan makanan Korea yang halal di sana, google restoran yang dah disahkan halal. Boleh juga gunakan aplikasi seperti Halal Navi.

Silalah jadi orang Muslim yang bijak ya, jangan ikut nafsu sahaja -CARI
22

Bagus
24

Marah
16

Terkejut
12

Sedih
14

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (104 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote uda 5-11-2018 04:13 PM
Ini yang jadi sorang makcik bertengkar dengan penjual kebab nak tenguk sijil halal
Quote drivethru 5-11-2018 06:50 PM
Logo halal aku pembeli yang pakai tudung jer.
Quote alien88 7-11-2018 12:09 AM
definasi halal iolls selain dapat 'cop' halal tu, iolls tgk juga tukang masak/waiter beragama Islam, bahan masak yang digunakan & kebersihan kedai tu
Quote zafira 7-11-2018 10:08 AM
kalo kat seoul akak makan kat deret masjid itaewon aje.. kalo tempat lain memang tak makan...
Quote dekmieDandy 7-11-2018 11:31 AM
banyak kedai korea kat malaysia ni orang main masuk je

ini pulak kat oversea
Quote am2020 10-11-2018 12:42 PM
dekmieDandy: banyak kedai korea kat malaysia ni orang main masuk jeini pulak kat oversea

Betul tu...tu x de logo halal
Quote jazaa100 10-11-2018 08:21 PM
zafira replied at 7-11-2018 10:08 AM
kalo kat seoul akak makan kat deret masjid itaewon aje.. kalo tempat lain memang tak makan...

kat thailand pun mcm tu....

klu nak mkn, beli kat gerai yg dalam kawasan masjid je....


Quote Peterpan17 11-11-2018 02:18 PM
uda replied at 5-11-2018 04:13 PM
Ini yang jadi sorang makcik bertengkar dengan penjual kebab nak tenguk sijil halal

Bodoh punya Melayu makcik tu. Dia ingat kat Korea ada Jakim. Gigih nak bertengkar dgn penjual yg tak faham konsep halal.Mcm dia ingat dia kat Msia. Tau mau makan, move along. pegi cari tempat halal yg certified. bukan dok gigih bertekak. Penjual pun ckp english half past seven. Ntah faham ntah tidak makcik tu marah dia.
Quote sherry 11-11-2018 02:30 PM
drivethru replied at 5-11-2018 06:50 PM
Logo halal aku pembeli yang pakai tudung jer.

Kalau di Thailand tidak boleh pakai, pernah I nak beli bihun sup di floating market pada yang bertudung. Ternampak tulisan kecil- pork inside. Yang bertudung tu tidak beritahu masa I minta bihun sup!
Quote uda 11-11-2018 05:23 PM
Peterpan17 replied at 11-11-2018 02:18 PM
Bodoh punya Melayu makcik tu. Dia ingat kat Korea ada Jakim. Gigih nak bertengkar dgn penjual yg t ...

Ha'a, membazir aje bertekak.
Tepuk dada, tanya iman.
Kalau rasa was2, pergi aje kat masjid itaewon tu.
Quote Peterpan17 11-11-2018 09:15 PM
uda replied at 11-11-2018 05:23 PM
Ha'a, membazir aje bertekak.
Tepuk dada, tanya iman.
Kalau rasa was2, pergi aje kat masjid itaew ...

tulah pasal. Tp area Myeongdong ada satu restoran org Melayu Msia jual nasi. Mmg halal. Bila makcik tu tak reti cari tempat halal yg betul, pastu mengada pula nak marah org yg takde kena mengena.
Quote Peterpan17 11-11-2018 09:16 PM
drivethru replied at 5-11-2018 06:50 PM
Logo halal aku pembeli yang pakai tudung jer.

skrg ni derang pun pandai kelentong. Pura2 pakai tudung tp rupanya bukan Islam. Baik kita  cari kat kawasan masjid atau mmg kedai halal yg tersenarai dlm kedai halal di travel guide.
Quote Gabann 12-11-2018 11:33 AM
Biasanya kalau nak melancong lagi bagus kalau kita survey dulu tempat2 yang menyediakan makanan halal..
Quote redbullax 19-11-2018 03:55 PM
lepasni kena berhati2 la kalau ke korea...


instant shawl
dekorasi ruang tamu

sakit jantung

Quote darkchoc 19-11-2018 09:21 PM
sherry replied at 11-11-2018 02:30 PM
Kalau di Thailand tidak boleh pakai, pernah I nak beli bihun sup di floating market pada yang bert ...

Kalau macam tu tak boleh percaya lah walaupun peniaga tu pakai tudung.
Quote korokure 22-11-2018 10:00 PM
orang Korea pun tak faham apa itu Halal food. agaknya tu yang main bubuh ja. hehe
Quote kucing02 26-11-2018 02:33 PM
diaorg ni x paham konsep halal.. xde binatang tu dh kate halal..
Quote HangPC2 15-8-2019 04:36 PM

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:48 PM GMT+8 , Processed in 0.246092 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top