Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Tertekan Sering Ditanya Bila Mahu Berkeluarga, Wanita Ini Kahwini Diri Sendiri!

17-10-2018 03:30 PM|Oleh: Suzy| Komen: 20


Pelajar Universiti Oxford ini sering ditanya hal perkahwinan oleh kedua ibu bapanya. Tertekan dengan pertanyaan itu, Lulu Jemimah, 32, merancang sebuah perkahwinan demi ibu bapanya.  

Bagaimanapun, majlis perkahwinan itu dilangsungkan tanpa pengantin lelaki! Ia diadakan di Pub Quepasa, Uganda pada 27 Ogos lalu dengan kos perbelanjaan kira-kira RM10.30 yang digunakan untuk membayar teksi.

Lulu bukan sahaja menghantar kad jemputan kepada beberapa rakannya, malah menempah pakaian pengantin untuk majlisnya itu.  Seorang rakannya yang bekerja sebagai pereka laman web mereka bentuk dan mencetak kad jemputannya, manakala rakannya yang lain membayar pakaian pengantin yang disewa sementara abangnya membakar kek untuknya. 


Foto: Mirror UK

Seperti yang dijangka, ibu bapa Lulu tidak menghadiri majlis itu, namun menjelaskan kepada ibunya mengenai tindakan pelik itu. 

"Bapa saya masih berdiam diri dan dia tidak tahu apa yang hendak dikatakan," ujar Lulu.

Mengikuti pengajian Sarjana dalam Penulisan Kreatif, Lulu tetap dengan pedirian tentang masa depannya dan menolak hasrat ibu bapanya untuk melihat dia berkahwin. 


Foto: Mirror UK

"Saya mempunyai semangat yang kuat dalam kehidupan dan saya komited untuk mencapai matlamat saya menjadi seorang ahli akademik.

"Tetapi, semua ahli keluarga saya mendesak dengan persoalan bila saya akan berkeluarga dan memiliki anak, apatah lagi perkahwinan amat penting di Uganda. 

Bapa saya menulis ucapan perkahwinan ketika saya masih berusia 16 tahun. Setiap kali menyambut ulang tahun, ibu saya berdoa untuk saya cepat-cepat berkahwin dan beberapa tahun kebelakangan ini, dia mula berdoa dan merayu agar saya mendapat suami yang baik," katanya kepada Mirror UK. 

Lulu adalah pemegang Ijazah Sarjana Media (Filem) dari Universiti Macquarie di Australia dan memulakan pengajian di peringkat master pada Ogos 2017.  

Dia sebelum ini bekerja sebagai wartawan bebas dan perunding komunikasi untuk Pertubuhan Migrasi Antarabangsa. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
35
Marah
35
Terkejut
39
Sedih
32
Lawak
37
Bosan
41
Komen: 20
Komen

Previous : Miss Mongolia Bakal Jadi Peserta Transgender Kedua Dalam Final Miss Universe?

Next       : Padah Nak Mata Kelabu, Pandangan Akhirnya Kelabu Selamanya!

Tempat Duduk Percuma Air Asia Dah Berlangsung! Mari Cepat Rebut Free Seat Sekarang!
Cara Jokowi Berdiri Hormati Lagu Kebangsaan Diperdebat, Betul Atau Salah?
Tolak Trump, Taylor Swift Umum Sokongan Politik Buat Pertama Kali
Gambar Kandid Pramugari Cantik AirAsia Ini Buat Hati Ramai Jejaka 'Terbang' Bersama!
Umum Berita Hamil, Meghan Dituduh Alih Perhatian Isu Perkahwinan Eugenie
'Ibu Bapa Bodoh Biar Anak Dibekam, Bayi Baru Lahir Mana Ada Darah Kotor!'
Tak Serik, Penuntut IPTA Didenda Khalwat Dengan Dua Wanita
Gantung Diri Sebab Rimas Didesak Lakukan Hubungan Seks
"Tiada Isu Pun Sebenarnya" - Ogy 'Bagi Surat Saman' Pada Ajak Sebab Biadab
Anggota Bomba Kena Renjat Ketika Operasi Padam Kebakaran
Terjun Tingkat Tiga Lepas Dengar Bisikan
Muka Finalis Mr Cute Sabah 2018 Dikutuk Hodoh, Disamakan Dengan Haiwan
"Neelofa Ni Kain Lap Kaki Juga Nak Dijadikan Baju"
"Anak-anak Amanah Allah, Kau Boleh Jadi Orang Bandar Tapi Mentaliti Kampung"
Tumbuk Penyelia Tak Luluskan Cuti, Pemandu Klinik Dipenjara Lapan Bulan
Pasangan Kekasih Ikat Wanita Di Pokok, Belah Perut Dan Culik Kandungan
'Dah Tersingkir Tu Terima Sajalah, Tak Payah Terhegeh-hegeh Merayu Diserap Semula'
Wanita 'Rindu Allah' Lepas Muat Naik Gambar 'Pra-Zina' Dalam Kereta
'Aku Doa Kau Mati Beranak Nanti, Amin' - Suami Ditangkap Curang Sumpah Isteri
Gambar Wanita Kerja GrabFood Sambil Dukung Anak Buat Ramai Simpati
Warga Emas Kental Pandu Grab Untuk Tanggung Suami Sakit Kanser Dan Anak OKU
Dr Amalina Kecewa Gadis Terpaksa Buktikan Kepada Bakal Suami Masih Dara
Umpama Filem Hindustan! 'Profesor' Ini Sanggup Bunuh Suami, Keluarga Demi Harta
Kerjasama Pereka Fesyen- Artis Malaysia, Siapa Yang Paling 'Menjadi' Dan 'Ngam'?

Komen Terbaru

Quote kucing02 27-11-2018 05:49 PM
Desakan idup sampai jd mcm ni

Lain-lain Komen

Quote serawadurian 17-10-2018 04:17 PM
Bijak sis....lol
Quote paz 17-10-2018 04:43 PM
Cantik plak tengok gambar kawin dia. Maybe color contrast tu buat menarik.
Quote meklalala 17-10-2018 04:45 PM
taknak komen pasal dia kawen diri sendiri cuma nak cakap HITAM ITU MENAWAN
Quote Artemesiaa 17-10-2018 05:36 PM
Walaupun buat majlis sebegini belum pasti akan boleh menutup mereka2 tu dari terus berbicara mengenainya
Quote whitePoison 18-10-2018 12:18 AM
Rugi je buat majlis tu..Pekak kan je telinga..Abaikan ape orang nak kata.
Quote 234126 18-10-2018 06:08 AM
Cantik dan bijak. Bijak berfikir bukan bijak atas kertas je haha
Quote Shirley23 18-10-2018 08:15 AM
Baik punya troll. Cantik jer akak tu, muka manis
Quote haryatie 18-10-2018 08:26 AM
pekak kan telinga je kalau da xde jodoh
aman2 jerk hidup sorang2
pe lg da hidup dgn lebih baik..semua ada
kecuali satu jerk  suami
kdg2 org yg  xde suami hidup nya lbih baik dr yg ada suami
Quote whadda 18-10-2018 10:14 AM
cantik walaupon rambut setompok setompok
Quote Bujat 18-10-2018 10:24 AM
Acik bawang tudong kepam nak kata apa?

Close case
Quote Burong_Hantuk 18-10-2018 11:10 AM
ringkas tapi nampak hebat
Quote Emperor95 18-10-2018 11:20 AM
You should just ignore what other people say. No need to think much about it.
Quote akakmasihvogue 19-10-2018 09:10 AM
Seri pengantin terserlah
Quote zameyla 19-10-2018 09:44 AM
32 muda lagi paa....
Quote Foxey 19-10-2018 10:08 AM
yeah... banyak lagi dia nak capai dalam hidup selain berkahwin. if she's happy with herself, why not?
Quote mieymiey 19-10-2018 10:25 AM
Kalau buat cenggini kat Malaysia, mesti orang kata pengantin lelaki tu sebenarnya bunian.
Quote abangadek 19-10-2018 12:02 PM
whitePoison replied at 18-10-2018 12:18 AM
Rugi je buat majlis tu..Pekak kan je telinga..Abaikan ape orang nak kata.

kos perbelanjaan kira-kira RM10.30 rugi mende yg lain semua sponser
Quote chinta89 22-10-2018 03:28 PM
bijaknya dia. tp xnk fikir kawin lagi nk buat mcmne, hrp ibubapanya bersabar.
Quote Idgaf 22-10-2018 07:59 PM
Xpela sis kawen diri sendiri. Yang penting bahagia.

Lihat semua komen(20)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.084007s Gzip On
To Top