CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Ini 4 Bandar Terindah Dan Unik "No Roads, No Cars"

31-10-2018 11:53 AM| Diterbitkan: NmeeraR| Dilihat: 5699| Komen: 16|Original author: Oleh: nameera

Description: Sebagai manusia biasa yang pernah melalui kehidupan di bandar penuh kesesakan lalu lintas dan asap kenderaan, kadang-kadang anda juga mengimpikan suasana aman tanpa menghidup udara kotor atau bunyi ho ...

Sebagai manusia biasa, yang pernah melalui kehidupan di bandar penuh kesesakan lalu lintas dan asap kenderaan, sudah pasti ada yang mengimpikan suasana aman tanpa menghidup udara kotor atau bunyi hon yang membingitkan telinga. Namun apa yang anda idamkan, belum tentu  dapat direalisasikan kerana  kini kita di era arus kemodenan dan teknologi. Mustahil untuk hidup tanpa kenderaan moden. 


Namun begitu,  tahukah anda, masih ada bandar yang tidak perlu melalui kehidupan  seharian sebegitu? Tahukah anda masih terdapat bandar tidak menggunakan kenderaan seperti kereta atau bas sebagai pengangkutan  seharian mereka tetapi kehidupan masih lancar seperti biasa. Wah! Hebat.

 

Maka, ini adalah senarai bandar tanpa kenderaan kereta atau bas yang memiliki suasana indah dan buat anda bikin anda jatuh cinta.

 

Giethoorn, Netherlands

Giethoorn sebuah perkampungan yang indah dan unik tanpa jalan raya dan pengangkutan awam seperti kereta atau bas. Ia terletak 120 kilometer daripada bandaraya Amsterdem, Belanda dengan jumlah penduduk kira-kira 2600 orang. Apa yang menarik mengenai Giethoorn adalah  menggunakan bot bisik atau whisper boats sebagai pengangkutan utama. Tempat ini juga dikenali sebagai tempat indah yang begitu mendamaikan. Bertapa beruntungkan kita, kalau dapat ke sini dan melihat kehidupan seharian penduduk di sini, mesti menarik bukan?


Musim-musim di Giethoorn. Ice skating di laluan air ketika musim salji. Imej dari internet.

Antara rumah-rumah di Giethoorn 

Venice , Italy

Venice adalah sebuah bandar di utara Itali dengan jumlah penduduk lebih 270,000 orang. Ia merupakan sebuah bandar sangat tua yang menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia untuk melihat seni bina dan juga terusan-terusan (laluan air) yang unik dan menarik. Bandar ini terdiri daripada 117 pulau-pulau kecil yang dipisahkan oleh 150 buah terusan (laluan air). Penduduk  di sini menyeberangi terusan-terusan ini melalui jambatan-jambatan yang kecil dan menaiki sejenis bot yang dipanggil gondola untuk melalui terusan. Tak mustahil lah andai bandar ini diperkatakan orang ramai sebagai salah satu bandar paling cantik di dunia.


Keindahan di Venice,Italy. Imej dari internet.

Pengangkutan utama di sini, iaitu Gondola. Kelihatan juga struktur bangunan merupakan perumahan penduduk di Venice. Imej dari internet.

Keceriaan lampu malam kelihatan setiap saat waktu hampir gelap. Cantiknyaa...


Mackinac Island, Michigan, US

Di sini, undang-undang tempatan melarang penggunaan mana-mana kenderaan bermotor di pulau ini membuatkan ia menjadi pulau yang unik. Penduduk di sini hanya boleh  berjalan kaki, berbasikal, atau menaiki kuda sahaja kecuali beberapa pengangkutan tertentu dibenarkan, seperti kenderaan kecemasan, kerusi roda elektrik bagi mereka yang kurang upaya, kereta salji di musim sejuk, dan kereta golf untuk penggunaan tertentu sahaja.


Suasana di  Mackinac Island. Kelihatan basikal, kereta kuda dan kereta salji sebagai pengangkutan utama penduduk di sini.


 

Waktu malam di Mackinac Island


Hydra, Greece

Terletak di Laut Aegean, antara Saronic dan Argolic Gulfs.  Hydra merupakan bandar Yunani klasik dengan seni bina berkonsep rumah putih yang meliputi bukit-bukit di kawasan itu. Lautannya yang bersih dan kawasannya yang indah membuatkan pulau ini menjadi antara destinasi pelancongan yang diminati. Apa yang disimpan di pulau ini dianggap sesuatu yang murni kerana undang-undang pemeliharaannya yang tidak membenarkan pemasangan bangunan-bangunan baru yang boleh menghilangkan penampilan asal bandar itu. Selain itu, Hydra juga tidak mempunyai kenderaan bermotor kerana jalannya yang terlalu sempit dan curam. Jadi, Hydra masih kekal berada dalam keadaan yang sama seperti 50 tahun yang lalu.



Terserlah ketenangan  di kota Hydra Greece , Malah kawasan ini juga berlatarkan lautan biru.

Waktu malam di kota ini tiada kurangnya. Sesuai betul kepada anda yang ingin mencari ketenangan.


Indah betul tempat tanpa kenderaan bermotor ni kan? Rasa-rasa mana satu pilihan anda? - CARI 

29

Bagus
13

Marah
21

Terkejut
16

Sedih
12

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (113 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mbhcsf 31-10-2018 12:18 PM
greece is beautiful, ade kan beberapa lautnya yg dapat pengiktirafan UN , NIce? - i teringat Venice i teringat  - FRANK TUPELO

hahahahahahahhaa
Quote buragazz 31-10-2018 12:25 PM
Aku teringin nak gi Venice tu.. tapi diorang cakap Venice tu indah khabar dari surat khabar tak tau la ye ke tidak.. aku pun tak pernah gi cuma tgk dalam Tiwi.. aku ni suka amek gambau...
Quote Beribear 31-10-2018 12:33 PM
Teringin nak kesemua tempat tu. Paling nak pegi Netherlands tu. Tengok mcm byk oxygen je, haha
Quote Themilo 31-10-2018 12:36 PM
buragazz replied at 31-10-2018 04:25 AM
Aku teringin nak gi Venice tu.. tapi diorang cakap Venice tu indah khabar dari surat khabar tak tau  ...

iols pun pernah dengar orang cakap, air kat terusan tu kotor & berbau. tak tau la betul ke idokkkk
Quote buragazz 31-10-2018 12:36 PM
Themilo replied at 31-10-2018 12:36 PM
iols pun pernah dengar orang cakap, air kat terusan tu kotor & berbau. tak tau la betul ke idokkkk ...

Ha ah sama la meols pun dengar benda yang sama...
Quote Artemesiaa 31-10-2018 12:47 PM
Kesemuanya cantik dan unik ada keistimewaan tersendiri susah nak kata mana yang paling best.  Jadi pergi je kesemuanya.
Quote meklalala 31-10-2018 12:54 PM
cantiknya tempat tempat ni..macam gambar lukis
Quote aliysa 31-10-2018 01:28 PM
Air kt terusan tu mmg berbau pun. Lagi2 selepas hujan
Quote gummiebear 31-10-2018 02:39 PM
Seronoknya mesti tenang jah hidup tinggal kat tempat indah camtu
Quote matkpop 31-10-2018 03:03 PM
Seronok nya kat Giethoorn tu.
Quote zaziot 31-10-2018 04:27 PM
agak2 mahal x cost berjalan kt netherland tu eh...damainye
Quote pendekarpenyu 1-11-2018 11:37 AM
teringat one piece kat venice tu..water 7
Quote puanbintang 1-11-2018 12:28 PM
uiiii..cantiknya!! tenang idup kalau p tempat cam gini
Quote rosseamanda 4-11-2018 08:10 AM
cantiknye.. teringin nak pegi tempat2 yang cantik2 mcm ni. tapi ape kan daya kewangan tak mengizinkan. huhuhu
Quote korokure 4-11-2018 11:29 PM
pernah pegi Venice tahun 2014, banyak penduduk dah berpindah keluar.
Quote harmerz01 28-12-2018 11:12 PM
Venice memang cantik dan susunatur bangunannya menarik.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:16 PM GMT+8 , Processed in 0.188709 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top