CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Zulin Aziz Mahu Saman Produk Kurus Yang Pakai Gambarnya

18-10-2018 11:05 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 9851| Komen: 24|Original author: Oleh: Azza

Description: Selepas kecewa dengan majlis perkahwinan yang terpaksa dibatalkan gara-gara berpisah dengan jejaka idamannya, Zulin Aziz dlihat sudah 'move on' lalu meneruskan kehidupan seperti biasa. Sesuai dengan s ...




Selepas kecewa dengan majlis perkahwinan yang terpaksa dibatalkan gara-gara berpisah dengan jejaka idamannya, Zulin Aziz dlihat sudah 'move on' lalu meneruskan kehidupan seperti biasa. Sesuai dengan sikapnya periang, Zulin menyibukkan dirinya dengan pelbagai aktiviti bersama rakannya.

Malahan dek kerana badannya yang semakin kurus, Zulin kini menjadi role model pengikutnya yang turut mahu menurunkan berat badan dengan sihat. Namun, apa yang mengecewakan artis ini ialah eksploitasi produk-produk kurus yang mencuri gambarnya sebagai testimoni bagi menarik pelanggan. Kecewa dengan hal tersebut Zulin mahu menyaman usahawan yang tidak beretika ini.

Kredit foto: Instagram

Menurut Zulin, jika sebelum ini, dia cuma berdiam diri sahaja melihat aksi peniaga tidak beretika, kini dia mahu bertindak. Ini kerana sudah empat produk kurus yang menggunakan gambarnya sebagai testimoni. Jadi, dia tidak mahu lagi meminta produk sedemikian membuat permohonan terbuka, sebaliknya akan menyampaikan surat daripada peguamnya nanti.

"Selagi tak saman betul-betul, semua orang ambil kesempatan."

Kenyataan itu disokong oleh pengikutnya di laman Instagram yang meminta Zulin mengambil tindakan keras terhadap pemangsa sebegini.



Kredit foto: IG

Malahan, Zulin dianggap sebagai ikon untuk kurus dek kerana perubahan bentuk badannya dalam masa yang singkat. Tidak hanya peminat, rakan artis seperti Ezlynn, Shahrol Shiro dan Amylea Azizan turut menyokong usaha Zulin tersebut.


Kredit foto: IG

"Hari ni saya turun 1Kg lagi. Seluar lama pun dah muat balik. Kini dalam road to 55kg. Jauh lagi tapi pasti boleh."
Itu kemaskini Zulin di laman media sosialnya, ternyata kegigihannya untuk kurus bukan semata-mata majlis perkahwinan semata-mata, tetapi lebih kepada mendapatkan bentuk badan yang diidami menerusi pemakanan dan bersenam.
Bagaimanapun, ada juga segelintir netizen berpendapat yang Zulin juga menipu peminatnya. Ini kerana Zulin kini sibuk mempromosi satu produk untuk kurus walhal dia sebenarnya mengamalkan senaman. Jadi, sedikit sebanyak ini juga mencalarkan imej Zulin.

Kredit foto: IG

Bukan senang untuk kurus kerana ia memerlukan komitmen dan juga keazaman bagi mencapai impian tersebut. Jadi, tindakan Zulin untuk menghantar surat cinta kepada pihak tidak bertanggungjawab adalah satu hal yang harus dipuji. Sama-sama kita nantikan perkembangan kes ini ya. - CARI 
17

Bagus
23

Marah
13

Terkejut
12

Sedih
19

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (104 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mina2215 18-10-2018 11:19 AM
Portion control tu yang penting. Produk2 pelangsingan tu tak ada pun takla efek sangat
Quote shernazz 18-10-2018 11:24 AM
Kontrol je makan tu
Kalau siang kontrol
Malam makan burger ramly 3 tingkat pon xblehnjugak...hahhahahaa

Produk kurus tu cuma ilusi saja..tehtap kena kontrol makan senam bagai khen...minum air brapa liter tu...
Quote chicozinn 18-10-2018 11:32 AM
tau takpe..produk2 ni xbeli pun takpe sbab kne minum air bnyak la, kne kawal makan la, kne exercise la sama je kalu xde produk2 pelangsingan ni..buang duit je nyah
Quote Nham22 18-10-2018 11:40 AM
Yg mane low metabolism boleh lah amik sikit supliment.tp jgn lh hrp kurus sb mkn product... product 5% ja membantu...selebihnya makan,workout n displin..

Tapi tulah peminat2 retia nih..pantang retis idol kuarkan product...laju je... contoh mcm truefitz...kejadahnye 7 paket rm59....tupon testiomoni acah2 penguna consume turun 5kg. .. silap2 reka2 ja testimoni tuu... sbb xtau sape legit consumers..
Quote azradila 18-10-2018 11:43 AM
zulin nie ada ambik drip kurus jugak nokkkk.. chocofit nie mgkin mmbntu dr segi pemakanan,, cth mcm tak sempat nk prepare eat clean food so hadap la chocofit nie..  tak payah dh makan benda2 lain..
Quote apiang 18-10-2018 11:49 AM
Dia ni jenis yo-yo...  Cepat kurus,  Cepat jgak gemuk nya...  Dah la Rajin masak menjamu kengkawan...

Hehehehe harap2 husnozon la...  Bdn pon Makin cergas n sihat
Quote zameyla 18-10-2018 11:59 AM
zulin nie comel
sama macam sherry al hadad
Quote Nenasketum 18-10-2018 12:13 PM
Haritu macam masih tembun dalam program chef Zam.. Konpius aku tengok dia ni
Quote EvieWanKenobi 18-10-2018 01:12 PM
berapa kg dah susut?
Quote Mary_jane 18-10-2018 02:04 PM
Dia kejap gundu kejap kurus balik. Tapi kesian lah kat orang jenis badan cepat naik. Makan pun bercatu. Sabar lah sis.
Quote Dadadi 18-10-2018 02:20 PM
bukan dia ambik injection utk kurus ke?kat ig izzuebella ada muka dia
Quote OsHiN_hOnEy 18-10-2018 02:25 PM
Dadadi replied at 18-10-2018 02:20 PM
bukan dia ambik injection utk kurus ke?kat ig izzuebella ada muka dia

ha kan? dulu mmg dia ada tunjuk dia pergi inject. and drip ke hapa entah nak kurus.
nak turunkan berat badan secara konsisten, jaga makan, timing, and kurangkan gula tu jer. Tukar susu manis tu fresh or low fat milk. Guna brown sugar. Kurangkan berminyak bertenusu and gula tu jer. Slow2 lar lagi better kesannya daripada sebulan turun 4kg hasil minum teh kurus
Quote rukia2 18-10-2018 08:56 PM
Nk nangis tgok makanan dy tu...adoyaii da r brown rice,  lauknye tomyam putih isi cendawan 2 ketoi jah
Quote maeye 18-10-2018 09:08 PM
rukia2 replied at 18-10-2018 08:56 PM
Nk nangis tgok makanan dy tu...adoyaii da r brown rice,  lauknye tomyam putih isi cendawan 2 ketoi j ...

tbh, x well balanced pun mknn dia. sumber protein apa? sayur?
Quote fadz84 18-10-2018 09:17 PM
maeye replied at 18-10-2018 09:08 PM
tbh, x well balanced pun mknn dia. sumber protein apa? sayur?

Karbohidrat n vitamin C (buah) je nmpk dlm diet dia tu.. hehe
Quote Veneer 18-10-2018 09:21 PM
Wahh. Tak amek ubat kurus.. Bukan senang tau nak kurus macam tu. Perlukan komitmen dan kerja keras.  Lepasni boleh la jual produk kurus. Good money.
Quote af_mania 18-10-2018 10:02 PM
Dia ni cancel kawin dgn sapa?? Adakah ariz forteen? Apa status mereka berdua dulu?? Akak agak ralat kalau diorang berdua bercinta.
Quote lampardterry14 3-11-2018 07:29 AM
Ada jumpa tips menarik kat dalam blog ni...cara2 yang dilistkan agak mudah je nak ikut..jadikan rule...harap bermanfaat >> https://doktorkurus.blogspot.com ... hingga-10-hari.html
Quote napkinlego 4-12-2020 12:44 AM
nak kurus juga

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:48 AM GMT+8 , Processed in 0.095642 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top