CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Mak Punya Susu, Bapak Dapat Nama"- Rita Rudaini Bengang

23-10-2018 04:41 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 28665| Komen: 303|Original author: Oleh: Saiful

Description: Siapa tak bengang kalau asyik dikaitkan dengan bekas suami kan?
Siapa tak bengang kalau asyik dikaitkan dengan bekas suami kan?

Itu yang dirasai Rita Rudaini bila netizen masih terus-terusan mengaitkan dirinya dengan pemain bola sepak, Aidil  Zafuan Abd Radzak.




Semuanya bermula bila Rita memuat naik gambar anaknya Airit Rayyan Rizqin, 9, dan Airit Qaqa Arjuna, 7, bersama pasukan bola sepaknya yang ditubuhkan sendiri, RR Cougers.

Kebanyakannya kata bakat yang dimiliki anak-anak Rita adalah diwarisi dari bapa mereka.

Disebabkan itulah Rita kecewa dan menyatakan "mak punya susu, bapak dapat nama".


"Mereka masih tak move on dan mengaitkan saya dan Aidil sepertinya kami ini Posh dan David Beckham. Lepas tu apabila mereka kata anak-anak pandai main bola sebab bapa mereka, langsung tak logik.

"Sedangkan ada pemain bola sepak hebat, anak mereka tidak sehebat bapa mereka. Jadi mereka tidak boleh berkata anak-anak pandai bermain bola kerana dia anak Aidil Zafuan," katanya kepada Harian Metro.

Foto: IG Rita Rudaini 
Tambahnya dia tahu kelebihan anak-anaknya yang tidak suka bermain bola sepak, sebaliknya lebih kepada muzik dan badminton.

"Di sekolah juga anaknya masuk kelab badminton dan bukan bola sepak cuma mereka bermain bola hanya waktu rehat untuk berseronok bersama rakan-rakannya.

Foto: Instagram
"Disebabkan anak-anak dan rakan mereka suka bermain bola sepak membuatkan saya menubuhkan satu kelab untuk mereka, melantik jurulatih untuk mengajar mereka.

"Saya lakukan ini kerana mahu Rayyan dan Arjuna berkawan. Tambahan pula untuk bermain secara serius dan mewakili sekolah, agak payah kerana ada ramai lagi murid yang lebih bagus."


Anaknya hanya pandai bermain bola sepak selepas mengikuti kelab dan atas tunjuk ajar jurulatih peribadi.

"Tapi hendak kata anak-anak saya pandai sangat bermain bola sepak itu tidak benar cuma bila dia dan kawan-kawannya sudah dilatih, mereka tidak kekok beraksi di padang.

"Apabila atas segala usaha yang saya lakukan ini, tiba-tiba orang mengaitkan dengan Aidil Zafuan sudah tentu saya berasa sedikit ralat kerana yang bersusah payahnya saya." -CARI
10

Bagus
7

Marah
22

Terkejut
12

Sedih
10

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (74 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jackreacher 23-10-2018 04:43 PM
dah start dah
Quote Tukul.Besi 23-10-2018 04:47 PM
Gigihnya justify....klmj ke sis
Quote tigerads 23-10-2018 04:47 PM
dah mak tukang bg susu,
nama apaknya kat belakang dlm mykid tu..

nak bising apanya.....eeiii....

Quote she 23-10-2018 04:47 PM
Dia kena belajar berlapang dada

Cubalah lepas solat tu tadah tangan minta kt Allah supaya lembutkan hati sendiri...jangan dendam lama2
Quote CrowneGlory 23-10-2018 04:51 PM
kaya pulak sundalan ni berlakon x byk mana
Quote cikperiukkera 23-10-2018 04:51 PM
Posh & david beckham katanyaaaa
Quote hipopotamus 23-10-2018 04:55 PM
Dia y bersusah payah ng anak2. Semua dia.
Bio ler...
Quote Nsz1314 23-10-2018 04:57 PM
Apa salahnya klau bakat anak main bola diwarisi dr bapak nya.Dah mmg aidil tu bapak die. Ke mmg salah ?
Quote makton 23-10-2018 05:00 PM
posh & bekham tu agak tahyul disitu

diam la makcik oiii.. bila nak habis drama sendu ko ni tak tahu laa!
Quote whadda 23-10-2018 05:02 PM
ermmm.. terima je la hakikat skill anak2 tu dari benih bapaknye
Quote EvieWanKenobi 23-10-2018 05:25 PM
tak letih ke makcik ni asik isu yang sama?
Quote tasha 23-10-2018 05:32 PM
Nsz1314 replied at 23-10-2018 04:57 PM
Apa salahnya klau bakat anak main bola diwarisi dr bapak nya.Dah mmg aidil tu bapak die. Ke mmg sala ...

Ritrude.ni sakit jiwa yg benarnya...benda remeh mcm ni pun nk diperbesarkan...
Quote munchkin 23-10-2018 05:37 PM
takde org provoke. sendiri bikin caption, sendiri marah.

serupa apa tu? negatifffff je memanjang.
Quote sharlenetexas 23-10-2018 05:38 PM
Bila nk stop meroyan ni?
Quote raxief 23-10-2018 06:26 PM
acik rita ni pun ada bakat atletik gak kalau x silap.. dia pesilat sukma dulu kan
Quote cmf_premierleag 23-10-2018 06:38 PM
dah mmg bapak diorg main bola sepak
abih tu??? ker ko lak nak pi main football sana???
takkan x move on lagi kut
Quote makneng 23-10-2018 06:39 PM
Dulu sokong la jugak dia ni.. Tp ni dah nak masuk 2019..meroyan benda sama.. Eh kosserlah mak
Quote doubleA 23-10-2018 06:40 PM
sampai mati pun orang akan sebut sis dah memang genetik edel mengalir dalam badan anak2 ko
Quote Carcosa 23-10-2018 06:44 PM
Yihhhhh. Posh and Bekham kata kauuuu. Bulu jembut diorang pun takde sama kat kau aih. Perasan!

Lihat semua komen(303)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 12:48 AM GMT+8 , Processed in 0.092728 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top