CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Alamak Masakan Terlalu Masin! Ini Dia Petua Nak Ubah Suai Masakan Yang Terlebih Garam

24-10-2018 05:37 PM| Diterbitkan: Cari-Faizal| Dilihat: 14363| Komen: 11|Original author: Oleh: faizal

Description: Memasak bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan kepakaran yang tinggi bagi menghasilkan masakan yang enak dan juga berkualiti. Sememangnya tabik hormat yang tertinggi perlu kita beri buat ibu-ibu y ...
Memasak bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan kepakaran yang tinggi bagi menghasilkan masakan yang enak dan juga berkualiti. Sememangnya tabik hormat yang tertinggi perlu kita beri buat ibu-ibu yang bertungkus lumus menyediakan makanan untuk seisi keluarga.


Foto: Viva.co

Walau bagaimanapun, kadang kala tanpa kita sedari masakan yang kita masak itu mungkin tidak menjadi. Mungkin terlebih manis, masin, masam ataupun pedas. Jika sudah terlebih itu dan ini tidak mungkin kita hendak buang masakan itu begitu sahaja kan?

Jadi, memetik dari Vemale.com, sebenarnya terdapat beberapa petua yang anda boleh cuba jika masakan yang anda sediakan terlalu manis, masin, masam ataupu pedas. Jom ikuti petua ini:

Jika masakan terlalu pedas


Jika masakan yang anda sediakan terlalu pedas, mudah sahaja. Cuba masukkan gula atau madu ke dalam masakan itu dan sesuaikan rasanya.

Jika masakan terlalu masin

Seandainya masakan yang anda sediakan terlalu masin, anda boleh tambakan sedikit jus lemon, limau nipis ataupun cuka masakan ke dalam masakan anda. Selain itu, anda juga boleh menambahkan gula atau madu. Jika memasak sup, tambakan kentang atau tauhu ke dalam sup anda.

Jika masakan terlalu masam

Jika masakan yang anda sedikan terlalu masam, tambahkan air dan gula serta sesuaikan rasanya.

Jika masakan terlalu manis

Seandainya masakan yang anda sediakan terlalu manis, tambahkan sesuatu yang masam seperti jus lemon, limau nipis atau cuka masakan. Tetapi tambah sedikit demi sedikit sahaja.

Itulah tadi bagaimana cara hendak mengubahsuai masakan yang anda sediakan jika ianya terlalu manis, masam, masin atau pedas. Selamat mencuba! - CARI 
20

Bagus
31

Marah
22

Terkejut
20

Sedih
33

Lawak
30

Bosan

Friends Rank (156 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shafashuha 25-10-2018 01:27 PM
Terima kasih tunjuk ajar...
Quote rosseamanda 28-10-2018 10:30 AM
ok baru tau cara nk kurangkan masin. selalu masak masin tak tau nk adjust mcm mana.. tq2
Quote puanbintang 8-11-2018 09:11 AM
baru tau..selalu kalau masin, p buang air dia sikit pastu tambah air kosong lain pulak..tq for info..
Quote PuanAbby 19-6-2019 01:48 PM
Boleh cuba ni. Tips berguna
Quote qaisarah09 19-6-2019 04:15 PM
thanks for the tips
Quote Lengkong 19-6-2019 07:51 PM
Info berguna..tq
Quote sepiah 7-8-2019 10:20 AM
tq info. kdg masak terlajak masin, tahu kena letak kentang. tapi tak sesuai utk semua masakan. ni ada info baru boleh cuba nnt.
Quote Chimicuri 20-3-2021 02:13 AM
Semua bergula kecuali yg manis
Quote makankuihku 20-3-2021 01:33 PM
wah tq 4 d tipss
Quote miley95 20-3-2021 04:37 PM
Info yg berguna
Quote fido_dido 22-3-2021 11:35 PM
selalu ada masalah kalau masakan masin xtau nak ejas..paling2 tambah air
thank you share info

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:07 AM GMT+8 , Processed in 0.189004 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top