CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Ayda Jebat Dan Fara Hazel Dikatakan Lebih Hebat Dari Siti Nurhaliza, Peminat Dikecam Teruk

24-10-2018 03:51 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 17851| Komen: 101|Original author: Oleh: Azza

Description: Apabila muzik video Dato' Siti Nurhaliza dikritik tanpa asas, maka berpusu-pusulah peminat penyanyi nombor satu negara ini tampil menegakkan hujah masing-masing. Maklumlah komen yang ditulis langsung ...


Apabila muzik video Dato' Siti Nurhaliza dikritik tanpa asas, maka berpusu-pusulah peminat penyanyi nombor satu negara ini tampil menegakkan hujah masing-masing. Maklumlah komen yang ditulis langsung tidak 'kena' dengan realiti muzik tanah air, apatah lagi membandingkan Siti dengan artis yang baru setahun jagung menyanyi, pastilah menimbulkan kemarahan peminatnya.

Komen tersebut pula rupa-rupanya ada pada setiap muzik video Siti. Timbul persoalan, siapakah gerangan Mia Zara ini yang mengatakan Siti Nurhaliza tidak lagi relevan dan Ayda Jebat serta Farah Hazel adalah pengganti yang ditunggu-tunggu.


Kredit foto:


Menurut Mia Zara, kejayaan Ayda Jebat meraih tiga anugerah dari tiga negara luar telah mengharumkan nama negara manakala Siti pula dianggap tidak lagi berada di kemuncak kerana tidak mampu menyanyi secara langsung. Selain itu, suara Ayda juga disifatkan tinggi seperti Whitney Houston dan menasihatkan Siti agar kerap berlatih pernafasan supaya masalah teknikal boleh diatasi.

Kredit foto: Twitter

Jika satu atau dua komen daripada 'haters', mungkin peminat Siti boleh maafkan, tetapi tampaknya komen mengkritik nyanyian Siti dilihat hampir kesemua pada muzik video Siti, lengkap dengan nasihat umpama juri nyanyian. Ini yang menimbulkan kemarahan peminat ibu Aafiya ini.

Kredit foto: Twitter


Bagaimanapun, ada netizen yang menjawab bahawa wanita ini memang sentiasa mengkritik muzik videonya. Jadi, tidak perlu memberi perhatian kerana orang sebegini memang sukakan perhatian tersebut.


Kredit foto: IG

Kredit foto: IG

"Rasanya dia ada masalah pendengaran, tak pun, dia adalah Aj dan FH yang menyamar menjadi netizen."

Namun, bagi peminat yang tidak boleh menerima kritikan ini menganggap Mia hanyalah Budak Baru Nak Up (BBNU) yang tidak pernah berada di zaman kegemilangan Siti Nurhaliza. Malahan Siti lebih unggul sekaligus mengatasi artis baru masakini. Membandingkan dengan Ayda Jebat dan Fara Hazel pula dianggap seperti syok sendiri sahaja.


Disebabkan komen yang kurang cerdik tersebut, ada netizen yang nakal menyarankan Mia menggantikan tempat juri-juri tersohor ini.


Terhibur pula membaca perdebatan sebegini. Ia jelas menunjukkan peminat sanggup berbuat apa sahaja untuk mempertahankan artis kesayangannya. Jadi, anda pula bagaimana? - CARI 
20

Bagus
20

Marah
17

Terkejut
10

Sedih
15

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (101 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote buragazz 24-10-2018 03:57 PM
haha.. ade ke dia banding ngan FH ngan AJ kot dia banding ngan Kak Ecah ker Ziana Zain ker cam leh diterima dek akal la..
Quote chinta89 24-10-2018 04:01 PM
lapar perhatian.
Quote pencintaABC 24-10-2018 04:04 PM
Kalau banding AJ FH dengan Naufara Yassin, Erema, Pija, Ashira, Mazleela, Feeza, Syazliana pon jauh bertiang vokal AJ FH ditinggalkan oleh retis awal 2000an di atas.
Quote lonso 24-10-2018 04:07 PM
Salah banding ni..kalo banding ngan diva2 lain br ada fight ni banding gan aj..n fh tu..meols tgk live fh pun hauk to the max..nyanyi tenggelam timbul..mohon belaja vokal
Quote Rhyno 24-10-2018 04:08 PM
nyanyian live AJ dan FH ni kalau bg markah ikut level SPM iols bg markah 9G.
Quote RatuDunia94 24-10-2018 04:18 PM
Iols rasa komen hijau kertas lg menghiburkan.. {:smile
Quote MiaQaisarah 24-10-2018 04:31 PM
Edited by MiaQaisarah at 24-10-2018 04:36 PM

Agak2lah kalau nak bandingkan pun,cuba try test AJ n FH buat konsert nyanyi 20 lebih lagu tanpa semput,boleh ke tak macam tokti buat..
Quote kechikchomel 24-10-2018 04:32 PM
ko buat lawak apa ni dekkk???
Quote amira_adlina 24-10-2018 04:44 PM
Melampau sgt perbandingannyer..logik akal mne,peminat tegar aj nih, setakat anugerah meletop tu toksah la dibanggakan
Quote zidane2011 24-10-2018 04:47 PM
Si farah ni iols tak kenai. Ayda pun x minat tp penah tgk video dia nyanyi senja nan merah dgn hazama. Ok la gak suara dia, leh reach high note. Aku igtkn dia ala2 akak2 elite jah. TAPI nak bandingkan dgn tok ti tu mmg melampau ler. Anyway x perlu kot dilayan netizen tu. Who is she pun? Signifikankah pendapat beliau dalam industri muzik kita ni? Dia tu sama je la cm acik2 forum cm kita ni. Kalau semua pendapat netizen nak diambil kira, mampuihhh ler.
Quote honda_jazz 24-10-2018 04:49 PM
xpasal2 kena kecam.. bodoh tu simpan sikit dekk oii...
Quote puanbintang 24-10-2018 04:49 PM
erkkkkkk...biar betoi..perbandingan apakah ini? dah sah DCT tu bertiang2 hebatnya...
Quote minguk 24-10-2018 04:50 PM
what the .... apa ni????????
wehhhh korang mana tahu kepoweran siti, korang hidup zaman AJ dengan FH je... apo!
Quote rosmahisham 24-10-2018 04:51 PM
Uihh..walopn i x minat siti..tp tetap ngaku suara siti sedap dr aj n fara hazel who?? Bbnu ni ramai yg sore ke laut..klu live
Quote matchstick 24-10-2018 05:09 PM
budak ni lembam ke...
Quote fadz84 24-10-2018 05:51 PM
pencintaABC replied at 24-10-2018 04:04 PM
Kalau banding AJ FH dengan Naufara Yassin, Erema, Pija, Ashira, Mazleela, Feeza, Syazliana pon jauh  ...

I setuju.. penyanyi2 yg u sebut ni pun bertiang jauh lg better daripada AJ n FH ni.. aduyai.. anugerah meletop tu pun mng sbb org undi.. APM tu calon lain x kuat pun.. huhu.. sedihhhhhh
Quote cmf_blingblings 24-10-2018 05:53 PM
mimpi ler tu, berangan kuat
Quote September14 24-10-2018 05:57 PM
Edited by September14 at 24-10-2018 06:03 PM

Klu dia komen pasal vc tokti hauk iol setuju. Tp klu pasal vocal tokti Xyah la dikkk.. dia lahir2 dah terer nynyi... tp aku rasa bdk tu saje je tu bg pnas sitizoners
Quote besarkecik 24-10-2018 05:58 PM
whitney houston pun kau boleh samakan dengan eda???? kebongookan apo kau ni>?

Lihat semua komen(101)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:34 AM GMT+8 , Processed in 0.054869 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top