CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemandu Van Sekolah Cuai Gilis Budak 5 Tahun

25-10-2018 10:16 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10770| Komen: 98

Description: Kanak-kanak berusia lima tahun maut selepas digilis van sekolah dinaikinya, semalam. Memetik Berita Harian, kejadian berlaku di Taman Tun Aminah, Johor Bahru kira-kira jam 12 tengah hari.
Kanak-kanak berusia lima tahun maut selepas digilis van sekolah dinaikinya, semalam. Memetik Berita Harian, kejadian berlaku di Taman Tun Aminah, Johor Bahru kira-kira jam 12 tengah hari.



Foto: FB

Dalam kejadian, mangsa, Janiss Yeoh Zi Xuan dikatakan turun dari van berkenaan sebaik tiba di rumah neneknya, kata Ketua Polis Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad.

“Kemalangan berlaku apabila van dipandu seorang wanita melanggar kanak-kanak perempuan yang sedang melintas di hadapan van berkenaan selepas turun dari van terbabit untuk ke rumah neneknya,” katanya dalam satu kenyataan seperti dipetik dari Berita Harian.




Difahamkan, pemandu berusia 48 tahun itu membawa mangsa ke klinik berhampiran sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) kerana mengalami kecederaan parah.

“Selepas lebih kurang satu jam mendapat rawatan di HSA, mangsa disahkan meninggal dunia. Ketika kejadian, van itu turut membawa lima penumpang kanak-kanak, bagaimanapun mereka tidak mengalami sebarang kecederaan,” kata Mohd Taib.

Menurut laporan, pemandu terbabit ditahan dan dilepaskan dengan jaminan polis petang semalam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - CARI
26

Bagus
12

Marah
10

Terkejut
20

Sedih
19

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (101 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kerabuBiru 24-10-2018 07:16 PM
aduss kesian
Quote umbut 24-10-2018 07:27 PM
Ni driver kepala berangan...samannnnnn
Quote dubuk 24-10-2018 07:33 PM
berusaha lah buat kerja sehabis baik
Quote hockkeong31 24-10-2018 07:47 PM
sedih tengok video ni, kesian
Quote awaynepian 24-10-2018 08:06 PM
try gugel pasal ni..xada pun..ada info lanjut?
Quote sukacactus 24-10-2018 08:39 PM
Video dah unavailable
Elok la...xsanggup nak klik kalau ada pun
Quote faraway1 24-10-2018 08:58 PM
berapa kali benda camni dah berlaku..
dan berapa kali lagi kena berlaku?
Quote cmf_almondpecan 24-10-2018 09:38 PM
sukacactus replied at 24-10-2018 08:39 PM
Video dah unavailable
Elok la...xsanggup nak klik kalau ada pun


Ada video baru di YouTube saya tgk tadi. Kesian sgt. Kawan saya baca sokabar cina ckp dah meninggal budak tu.
Quote cap_ayam 24-10-2018 09:54 PM
Napa la cuaiii
Quote sukacactus 24-10-2018 10:27 PM
cmf_almondpecan replied at 24-10-2018 09:38 PM
Ada video baru di YouTube saya tgk tadi. Kesian sgt. Kawan saya baca sokabar cina ckp dah mening ...

Sedih la
Dah byk kali jadi...budak2 apa tau
Quote hanalisa 25-10-2018 07:14 AM
Kanak-kanak perempuan 5 tahun maut digilis van sekolah

JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak perempuan lima tahun maut selepas digilis van sekolah yang dinaikinya di Taman Tun Aminah, dekat sini, tengah hari semalam.

Ketua Polis Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad berkata, pada kejadian kira-kira 12 tengah hari itu, Janiss Yeoh Zi Xuan diturunkan pemandu van di rumah neneknya.

“Kemalangan berlaku apabila van dipandu seorang perempuan itu melanggar kanak-kanak perempuan yang sedang melintas di hadapan van berkenaan selepas turun dari van terbabit untuk ke rumah neneknya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, pemandu van yang berusia 48 tahun membawa mangsa ke klinik berhampiran dan seterusnya dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini kerana kecederaan parah.

“Selepas lebih kurang satu jam mendapat rawatan di HSA, mangsa disahkan meninggal dunia. Semasa kejadian, van itu turut membawa lima penumpang kanak-kanak, bagaimanapun mereka tidak mengalami sebarang kecederaan,” kata Mohd Taib.

Pemandu itu kemudiannya ditahan dan sudah dibebaskan dengan jaminan polis petang tadi manakala kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Video selama 1 minit dan 37 saat yang menunjukkan kanak-kanak itu dilanggar van berkenaan yang menjadi viral di media sosial hari ini mengundang pelbagai reaksi netizen.

“Sedih tengok atuk dia peluk bawak masuk rumah,” kata seorang netizen mengenai tragedi itu yang dikongsikan dalam laman Facebook (FB) Khas Penduduk Skudai hari ini.

Video itu memperlihatkan babak memilukan bermula dari kanak-kanak terbabit turun dari van sebelum dia dilanggar pemandu van dan badannya digilis.

Panik dengan kemalangan itu, pemandu van wanita mendapatkan keluarga mangsa, sebelum masuk ke dalam kenderaan untuk mengalihkan kereta ke belakang.

Seorang wanita dipercayai nenek kepada kanak-kanak itu kemudian dilihat mendakap cucunya dan membawa masuk ke dalam rumah sebelum dibawa ke klinik berhampiran dan seterusnya ke HSA.

source: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/10/490022/kanak-kanak-perempuan-5-tahun-maut-digilis-van-sekolah
Quote hanalisa 25-10-2018 07:19 AM
Baru 5 tahun tapi beg dah besar begitu.
Quote want2bhappy 25-10-2018 08:10 AM
kesiannya.. err tapi 5 tahun dah naik van sendiri  ye... muda lagi tu apa dia tau... kalau dengan budak2 ni kita kena pandai agak kadang depa ni main lintas je... semoga keluarga depa tabah...
Quote missDollie 25-10-2018 08:37 AM
Smlm sempat tengok memang ngeri..taktau pulak budak tu hanya 5 tahun..adoi..ape yang kau kejar kak..budak 5 tahun je kot..hmmmm..tnggu la kejap sampai dia sampai gate..patutnya ada penjaga la jaga dekat gate tu sama..
Quote asyriqa 25-10-2018 08:43 AM
Allah kesiannya..biasanya kaka tengok driver van akan pimpin bdk2 tadika ni melintas hantar smpai depan rumah..napa la cuai sgt..nak cepat2 nak kejar apa..tak sanggup tgk bideo
Quote julia5094 25-10-2018 09:20 AM
Sebab tu la, pemandu van tu sepatutnya menghantar budak sampai masuk ke kawasan rumah. Budak2 apa tahu...tolong la jangan tahu nak cepat saja...5 tahun bukan tahu apa2...sedih la baca berita macam ni...
Quote chicozinn 25-10-2018 09:53 AM
kat ofis aku ramai dok tgok vid budak kne langgar tu..aku xsanggup nak tgok..bodo punya org yg melanggar tu..
Quote myakayina 25-10-2018 10:12 AM
kesian sangat2 tengok dia kena gilis tu...menggigil aku tengok video ni semlm..kenapa driver tu tak turun dan hantar sampai depan gate panggil family member dia..   RIP little angel..  
Quote gemok8 25-10-2018 10:17 AM
want2bhappy replied at 25-10-2018 08:10 AM
kesiannya.. err tapi 5 tahun dah naik van sendiri  ye... muda lagi tu apa dia tau... kalau dengan bu ...

anak sy 4 tahun dah naik van skli dgn abgnye 6 tahun.. untuk bdk2 tadika ni, sllu pemandu akan turun skli buka kan pintu van sbb bdk2 xlarat nak buka sendiri.
Dalam kes ni, pemandu van ni turunkan bdk tu dr arah yg salah. pintu van patut menghadap belah rumah. kalau yg kes ni, silap hari bulan motor pun boleh langgar bdk2 tu.

Lihat semua komen(98)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:46 AM GMT+8 , Processed in 0.055815 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top