CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Eskalator Di Stesen Kereta Api Bawah Tanah Runtuh, 20 Cedera Dan Seorang Lagi Parah

25-10-2018 04:45 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3166| Komen: 14

Description: Sekurang-kurangnya 20 mangsa cedera apabila eskalator di stesen kereta api bawah tanah di tengah bandar raya Rome mengalami keruntuhan semalam kira-kira pada jam 7.45 malam waktu tempatan.
Sekurang-kurangnya 20 mangsa cedera apabila eskalator di stesen kereta api bawah tanah di tengah bandar raya Rome mengalami keruntuhan semalam kira-kira pada jam 7.45 malam waktu tempatan. 


Utusan Online melaporkan, terdapat seorang mangsa mengalami cedera parah selepas kakinya tersepit di dalam tangga bergerak yang runtuh itu.


Video mengenai insiden berkenaan menunjukkan eskalator di Stesen Metro itu tiba-tiba bergerak dengan laju ke bawah ketika puluhan penumpang berada di atasnya.

Kejadian berkenaan menyebabkan orang ramai yang berada di tangga bergerak itu jatuh bertimpa di atas satu sama lain sambil kedengaran bunyi jeritan setibanya mereka di bahagian bawah eskalator terbabit.



Menurut saksi kejadian, kebanyakan peminat bola sepak dipercayai mabuk, selain melompat dan menari di eskalator berkenaan, sebelum ia runtuh, namun penyokong terbabit menafikan dakwaan itu.

“Kami akan menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca kejadian, dan bantuan sewajarnya akan diberikan kepada semua mangsa yang cedera serta keluarga mereka,” kata Datuk Bandar Rom, Virginia Raggi yang sempat membuat tinjauan di lokasi kejadian.

Kredit foto: carian internet

Kredit foto:carian internet
Kredit foto:carian internet

Insiden itu berlaku satu jam sebelum bermulanya pertandingan sepak bola Liga Juara-Juara yang membabitkan pasukan Roma, Itali dan kelab Russia, CSKA Moscow.

Peminat bola sepak Russia dilaporkan menuju ke stesen metro itu yang menghubungkan mereka dengan stesen kereta api untuk ke stadium terbabit.- CARI


23

Bagus
27

Marah
18

Terkejut
11

Sedih
6

Lawak
34

Bosan

Friends Rank (119 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aHoi83 25-10-2018 04:48 PM
Dah la tinggi escalator nya
Quote jetrofa 25-10-2018 04:55 PM
klu betul theyol lompat2..cash la kan..ko hengat tu trampoline!
Quote URUHA 25-10-2018 05:01 PM
Ni konpem lepas match Roma vs CSKA Moscow. Takziah untuk semua mangsa & semoga insiden mcm ni tak terjadi lagi kt mana2. Ngeri gila kot escalator tiba2 jatuh
Quote minguk 25-10-2018 05:18 PM
uish.. kesiannyaaaaaa
Quote Foxey 25-10-2018 05:27 PM
yang tersepit tu... aduuhhh... takleh imejin sakitnya tu
Quote insulin 25-10-2018 05:38 PM
Kasihan kepada mangsa-mangsa kejadian ni. Mesti masing-masing trauma. Especially yang tersepit escalator tu.
Quote aleesyasofia 25-10-2018 05:50 PM
adoi... takut nengoknya.. laju btul..
Quote Artemesiaa 25-10-2018 06:02 PM
Mengerikan rasanya di tanah air pun pernah jadi kes lebih kurang sebegini satu masa dulu
Quote meklalala 25-10-2018 07:03 PM
Adeh makin seram la nak guna escalator macam ni..
Quote Megikari 25-10-2018 07:07 PM
Aiyoooo, scarynya
Quote zorrro_03 26-10-2018 07:59 AM
Pengguna berjoget dan mabuk guna eskalator.  Bahana oktobeer fest tak habis lagi kot.
Quote amyza 26-10-2018 02:11 PM
Takut tengok. Kena beramai2 naik turun tangga pulak. Exercise
Quote amon_79 26-10-2018 04:40 PM
menurut artikel yg iols baca smpi abis insiden berlaku 1 jam SEBELUM  perlawanan bola sepak tersebut.. so ramai yg kena fan bola sepak... kalo nk mabuk mesti lps abis game celebrate kemenangan mana2 team  yang menang..
Quote kechikchomel 26-10-2018 04:48 PM
teringat cerita 911 ep. berapa ntah. yg laki tu proposed GF dia kat eskalator. tetiba eskalator runtuh. laki tu tersepit kat bahagian dalam tu. dapat keluarkan, tapi mati tak lama lepas tu

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 01:39 PM GMT+8 , Processed in 0.051763 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top