CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Justin Bieber Didakwa Manusia Jelmaan Biawak

29-10-2018 11:39 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 9747| Komen: 37|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Scooter Braun, pengurus kepada penyanyi terkenal Justin Bieber terpaksa membuat penafian sekali lagi terhadap teori konspirasi mengatakan penyanyi itu adalah manusia jelmaan biawak apabila tuduhan yan ...

Scooter Braun, pengurus kepada penyanyi terkenal Justin Bieber terpaksa membuat penafian sekali lagi terhadap teori konspirasi mengatakan penyanyi itu adalah manusia jelmaan biawak apabila tuduhan yang dianggapnya karut itu muncul semula di media masa minggu lalu.


Kredit Foto: Buzzfeed

Menurut iheartradio.ca,  teori yang mengatakan Bieber adalah jelmaan biawak mula beredar pada Oktober tahun lalu apabila beratus-ratus peminat dilaporkan menjadi saksi transformasi Bieber kepada seekor biawak dan kembali menjadi manusia ketika mengadakan sebuah konsert di Australia.


Kredit Foto: Perth Now

Sebelumnya pada March 2017, Perth Now, sebuah laman web berpangkalan di Australia melaporkan Bieber dilihat melakukan tranformasi biawak yang sama di Lapangan Terbang Perth disaksikan oleh ratusan peminatnya. Walau bagaimanapun artikel bertajuk Hundreds of Fans Claim They Saw Justin Bieber Turn Into Giant Reptile itu dipadamkan sejurus kemudian.


Kredit Foto: Carian Internet

Walaupun tidak ada sebarang bukti kukuh berupa rakaman ketika transformasi di konsert tersebut , teori itu menjadi lebih kontroversi apabila sebuah video yang ditayangkan oleh Fox News  ketika Justin ditahan oleh polis pada tahun 2014 menunjukkan beliau mengelipkan matanya seperti seekor biawak. Video itu telah diupload di Youtube dan merekodkan berjuta-juta tontonan.



Teori konspirasi ini dianggap Music Most WTF Conspiracy oleh majalah Rolling Stone tetapi peminat masih memperkatakannya sehingga kini.


Khamis lalu ketika menghadiri sebuah majlis kebajikan dan ulangtahun ke 10 Pencils of Promise anjuran adiknya Adam Braun, pengurus Bieber kembali diasak oleh persoalan yang sama; 'Adakah Justin Bieber manusia jelmaan biawak'?. Kelihatan menahan rasa geramnya, beliau menjawab 'Saya ada mendengar teori itu, dan di sini saya ingin tegaskan sekali lagi bahawa Justin Bieber bukan manusia jelmaan biawak' katanya lagi.


Kredit Foto: Metabunk

Semakan ke semua portal yang pernah mengeluarkan berita mengenai teori konspirasi itu mendapati mereka telah memadamkan arkib berita tersebut. Jika tidak tepat, persoalannya kenapa berita tersebut dikeluarkan? Dan kenapa berita itu kini kembali menjadi tanda tanya? -CARI

28

Bagus
27

Marah
36

Terkejut
22

Sedih
20

Lawak
31

Bosan

Friends Rank (164 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sang_Pencinta 29-10-2018 11:16 AM
Peminat di negara orang putih pun sama macam sini, ada makcik bawang ada makcik pprt
Quote ikinbest 29-10-2018 11:28 AM
ape ni? zaman bile punya cerita?
Quote gigimukelabu 29-10-2018 11:39 AM
Sakit otak nak hadam
Quote Margarita 29-10-2018 12:04 PM
Teringat kawan Cina sy dekat uni dulu, dia percaya mmg ada makhluk asing / alien yg menyamar jadi manusia dekat muka bumi ni................

Dulu pun ada kecoh kejap kan video katanya alien menyamar jd manusia dekat hotel mana entah, sebab cara jalan dan mimik muka tak macam manusia......
Quote K_Lily 29-10-2018 12:08 PM
hahaaha..kelakarnya!! bodoh sangat!
Quote pai.kacang 29-10-2018 12:11 PM
ni ala2 series Grim tu ke camne?
Quote Sang_Pencinta 29-10-2018 12:23 PM
Ini sama ada berita nak meremehkan 'kerelevanan' Bieber atau nak mempromosikan populariti Bieber yang dah pudar
Quote paz 29-10-2018 01:08 PM
Macam tu sekali dakwaan.

Dakwaan paling susah Paz nak hadam walau tau hanya lah gossip. Sampai hati betul pikir manusia jelmaan biawak.

Aneh.
Quote gerbera.memopad 29-10-2018 01:12 PM
1st time baca. Mengarut jua org putih ni yach
Quote Sang_Pencinta 29-10-2018 01:33 PM
Saya suspek reporter tu saja nak menyakat Justin Bieber

Atau peminat dia pun memang kaki kepoh
Quote whadda 29-10-2018 01:40 PM
kalau btol biawak mesti jadi buruan orang india ni
Quote gummiebear 29-10-2018 02:05 PM
Nonsense..
Quote saviour_09 29-10-2018 02:13 PM
manusia biawak takde

manusia berlidah cabang bak biawak ada la
Quote chicozinn 29-10-2018 02:33 PM
saviour_09 replied at 29-10-2018 02:13 PM
manusia biawak takde

manusia berlidah cabang bak biawak ada la

jangan lupa sohai bewak kan wujud..hehe
Quote saviour_09 29-10-2018 02:38 PM
chicozinn replied at 29-10-2018 02:33 PM
jangan lupa sohai bewak kan wujud..hehe

ingat laksa baling ingat sohai bewak even takde kaitan langsung
Quote jo_je 29-10-2018 03:38 PM
pai.kacang replied at 29-10-2018 12:11 PM
ni ala2 series Grim tu ke camne?

yeyyyy  coming soon GRIM....
Quote mieymiey 29-10-2018 03:42 PM
HAHAHAHAHAHAHA. Pemikiran kokesen rupanya sama dengan acik mana ntah yang datang melawat budak serupa pari tu
Quote armin 29-10-2018 03:48 PM
Mengarut sangat tapi video atas tu kenapa mata bieber tukar jd mcm tu? Weird gila. Sama mcm nicki minaj tiba2 rosak masa tengah interview.
Quote matkpop 29-10-2018 03:48 PM
kesian budak ni dikata jelmaan biawak

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 04:58 PM GMT+8 , Processed in 0.069966 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top