CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Asyik Ayam Percik Je, Jom Cuba Resipi Talapia Percik Pula. Sedap Ke Tak?

30-10-2018 05:03 PM| Diterbitkan: Cari-Faizal| Dilihat: 4019| Komen: 2|Original author: Oleh: faizal

Description: Kalau ke pasar malam antara menu yang sering kali dibeli pastinya ayam percik. Ayam yang dipanggang dan dimakan dengan kuah percik tentu sahaja memberikan rasa yang sangat enak.Tapi, ayam percik agak ...
Kalau ke pasar malam antara menu yang sering kali dibeli pastinya ayam percik. Ayam yang dipanggang dan dimakan dengan kuah percik tentu sahaja memberikan rasa yang sangat enak.


Tapi, ayam percik agak biasa dan selalu kita dengar. Macam mana pula dengan ikan talapia percik? Sedap ke rasa dia? Macam rare je kan? Nak tahu sedap ke tidak? Jom cuba resipi ini.


Bahan-bahan diperlukan:

Bahan A

1 ekor ikan tilapia hitam (Dibersihkan dan dikelar)
1 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa

Bahan B (Kuah Percik)

3 biji cili merah
5 biji cili api
3 batang serai
5 ulas bawang merah
1 inci kunyit hidup
1 ulas bawang putih
(Cili merah, cili api, serai, bawang merah, kunyit hidup dan bawang putih dikisar bersama)
1 cawan pati santan
1 sudu teh gula pasir
3 keping asam gelugur
Garam secukup rasa


Cara menyediakan dan memasak:

1. Sapukan garam pada kedua-dua belah ikan. Perapkan sebentar.

2. Letakkan ikan di atas pemanggang.

3. Bakar ikan sehingga separuh masak sambil titiskan minyak pada pemanggang.

4. Masukkan semua bahan B, santan, gula, asam gelugur, dan garam ke dalam kuali. Masakkan sehingga pekat dan pecah minyak.

5. Siramkan ikan dengan kuah dan bakar lagi sambil sapukan kuah pada ikan sehingga garing.

6. Masakkan lagi kuah percik sehingga agak pekat.

7. Sedia dihidangkan. - CARI 

Kredit foto dan resipi : My Resipi
12

Bagus
13

Marah
12

Terkejut
8

Sedih
13

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (80 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kucing02 28-11-2018 12:16 PM
x pernah mkn talapia percik.. minat yg ayam je..
Quote sapasapa 14-5-2021 04:52 PM
Wah boleh cuba ni...thanks for sharing TT!!

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 07:44 PM GMT+8 , Processed in 0.281079 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top