CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Amir Jahari Terasa Mahu 'Give Up' Dengan Industri Muzik Yang Tidak Menyokongnya

30-10-2018 12:54 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 5637| Komen: 34|Original author: Oleh: Azza

Description: Masih ingat lagi penyanyi bernama Amir Jahari? Terkenal dengan lagu Tanpamu serta Aku Manusia Biasa sekitar tahun 2013 membuatkan namanya menjadi sebutan. Namun, selepas itu Amir dilihat bergerak dala ...


Masih ingat lagi penyanyi bernama Amir Jahari? Terkenal dengan lagu Tanpamu serta Aku Manusia Biasa sekitar tahun 2013 membuatkan namanya menjadi sebutan. Namun, selepas itu Amir dilihat bergerak dalam muzik 'deep art music' menyebabkannya tidak begitu mendapat perhatian media.

Biarpun begitu, dia tetap mempunyai kelompok peminat tersendiri yang menyanjung muziknya. Memahami yang industri muzik Malaysia tidak menerima perubahan muzik, Amir beralih menghiburkan peminat menerusi 'busking' dan membuat 'showcase' sendiri. Akan tetapi, ada sahaja yang membuatkan dia berasa mahu putus asa.

Kredit foto: Twitter


Amir Jahari juga sempat berkias bahawa cabaran seni sungguh berliku hinggakan dia berasa mahu berhenti menyanyi. Maklumlah, muziknya sekarang sudah berbeza dan ramai yang tidak dapat menerimanya. Sudah berusaha dan tawakal tetapi hasilnya sangat menyedihkan. Kini, dia cuma ada isteri dan anak-anaknya untuk bertahan bagi memperjuangkan minatnya.

Kredit foto: Twitter

Rentetan itu, ramai netizen meminta Amir mengingati kembali perjuangan muziknya. Jangan berputus asa kerana pemuzik yang baik akan mendapat peminat yang benar-benar menghargai bakatnya dan begitulah sebaliknya. Jadi diri sendiri kerana kita tidak mampu memberi kepuasan kepada semua pihak.


Busking menghiburkan pendengar - Twitter

Bagi segelintir netizen, lirik 'deep art music' memang berbeza dengan lagu komersial lain kerana ia menyentuh nilai kemanusiaan sejagat. Jadi, jangan kerana mereka yang tidak menyokong, maka perlu melupakan mereka yang meminati lagu sebegini.


"Sad but true. Nak harap orang Malaysia support beli album memang susah. Lagi-lagi muzik begini."

Menjadi pemuzik tulen semata-mata memang agak sukar kerana industri kini berdepan dengan persaingan artis segera. Begitu juga dengan minat individu itu sendiri. Ada yang meminati muzik 'catchy' dan 'heavy'. Setiap orang ada minatnya sendiri.


Kredit foto: Twitter


Bagaimananapun, itulah pengorbanan yang perlu dibayar. Tidak semua orang menyukai muzik yang sama, jadi perlu lebih kreatif dalam melaksanakan pelbagai idea.


Tidak dinafikan memang sukar muzik sebegini menembusi pasaran Malaysia kerana rata-rata peminat muzik sukakan lagu komersial. Jadi, anda pula bagaimana? - CARI 

12

Bagus
15

Marah
14

Terkejut
18

Sedih
21

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (98 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fushimi 30-10-2018 12:58 PM
bang kat mesia ni ko kena buat yang orang suka

bukan yang ko suka

bila orang tak sokong ko merempan

ikut market please

Quote amira_adlina 30-10-2018 01:36 PM
Muke amir ni mcm shaheizy sam sikit dah
Quote laksmanabentan 30-10-2018 01:38 PM
fushimi replied at 30-10-2018 12:58 PM
bang kat mesia ni ko kena buat yang orang suka

bukan yang ko suka

simple!!! masih syok sendiri buat lagu tuk diri sendiri ker?
sesekali ko selit kan ler lagu apa yg org nak dengar..
tak yah nak syok sendiri...

nak syok sendiri, ko p jimming.. settle
Quote Rhyno 30-10-2018 01:43 PM
mungkin si Amir ni kena buat lagu duet dgn Nabila Razali baru diterima netizen....
Quote lasagna 30-10-2018 01:47 PM
kemon Amir u can do it!
lagu kau masuk Juara Lagu kot
Quote Themilo 30-10-2018 02:07 PM
entah la.. masuk AF Megastar pun kena kicked juaa.. kau  nak salahkan sapa dek??  pastu syok sendiri.. kau buat jaa lagu best, neschaya stesen radio akan mainkan juaa.. kau hadap nak masuk ruangan gossip kat majalah mangga kah? kalau itu yang kau aim, akak tak tau nak cakap apa dah..
Quote pumpkinpatch 30-10-2018 02:12 PM
kena lagu jiwang, rajin social media dah settle,


ada BBNU Zyn Nakal lagu 'Terbang' tu pun, hauk suara, muka pecah... tapi rajin layan fans, gegadis siap puji handsome bagai ... muntah hijo aku
Quote pumpkinpatch 30-10-2018 02:14 PM
Just buat experiment, nak tak nak buat lagu jiwang... kalau letop ... baru jual lagi sendiri
Quote raihaneem 30-10-2018 02:18 PM
Mcmna dia survive sara famili dgn bidang muzik yg dia ceburi mcm slow ja. Ka dia ada keja tetap lain..
Apa2 pun ingt masa dpn anak2 dan isteri awak en. Amir..
Quote Body_language 30-10-2018 02:19 PM
Masalah nya, ko nyanyi xde wow factor. Cuba bg lagu ko ke retis2 yg ber x-faktor, sure laku
Quote ayjay 30-10-2018 02:59 PM
Tak pernah dengar nama ni.
Ayat dia macam orang tak sekolah "nak give up down terok" LOL
Quote lonso 30-10-2018 03:07 PM
fan kene supportlah.... kalau ada fan tak kiralah genre apa pon ttp boleh hidup..
Quote Ferr_Remy 30-10-2018 05:30 PM
Body_language replied at 30-10-2018 02:19 PM
Masalah nya, ko nyanyi xde wow factor. Cuba bg lagu ko ke retis2 yg ber x-faktor, sure laku

Kan. Da xde pakej jadi retis, jadila komposer. Muka mcm dia ni mmg x trjual la jawabnye. Bapak org plak tu.
Quote maharani_gebu 30-10-2018 05:40 PM
Bang... orang dengar lagu untuk menghiburkan hati.... dah kalau orang tak terhibur dengar lagu ko... ubahlah sikap... buatlah lagu yang menghiburkan... baru orang terhibur...

nak lagu hiburkan diri sendiri nyanyi dalam jamban sudahlah...
Quote September14 30-10-2018 05:43 PM
Xde wow factor 1 hal lpstu bila tgk pun rasa nyampah better jd komposer jer.
Quote eLiaD 30-10-2018 05:57 PM
jd artis kena cerdik klau X smpi k hasanah mampos ko duduk level tu je aura n appearance penting ni cam malas je tgk pon xde mood
Quote BardPierpoint 30-10-2018 06:31 PM
I now have time to play, thanks https://cool-essays.com/ I advise you too. Our advantages: work on time, academic value for each article, affordable price.
Quote Suchi 30-10-2018 06:34 PM
pumpkinpatch replied at 30-10-2018 02:12 PM
kena lagu jiwang, rajin social media dah settle,



Itu kan ank buah zamani kan tp kecik je org nya lg rendah drpd zamani.
Quote pumpkinpatch 30-10-2018 07:05 PM
Suchi replied at 30-10-2018 06:34 PM
Itu kan ank buah zamani kan tp kecik je org nya lg rendah drpd zamani.

dekni anak buah Zamani? aku tak follow Zamani at all, tak minat .
Tapi serius talk, kalau tak hensem, tapi kalau polish grooming segak boleh je.

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:49 PM GMT+8 , Processed in 0.243239 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top