CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Berapakah Kedalaman Sebenar Lautan Biru? Sedalam-dalam cintamu...

5-11-2018 11:11 AM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 5570| Komen: 13|Original author: Oleh: intan

Description: Berapakah Kedalaman Sebenar Lautan Biru? Sedalam-dalam cintamu...
Pernahkah anda terfikir berapakah kedalaman sebenar lautan yang ada di sekeliling kita? 

Jika anda penggemar mengenai hal berkenaan lautan biru, pasti anda pernah mendengar mengenai Mariana Trench yang terletak kira kira 200 kilometer (km) dari utara Mariana Island dan mempunyai titik paling dalam di lautan.

Menurut The Daily Research, dasar Mariana Trench ini dikenali sebagai Challenger Deep, sempena nama HMS Challenger iaitu krew pertama yang menjelajah wilayah paling dalam. Sebagai rekod, Mariana Trench ini hanya pernah dijejaki sebanyak dua kali. 


Kredit foto: Google

Penjelajahan pertama dilakukan Jacques Piccard dan Don Walsh. Menggunakan kapal selam khas yang diberi nama Trieste, ianya mengambil masa selama lima jam untuk sampai ke dasar dan berjaya mendarat di dasar lautan hanya selama 20 minit. Namun, ianya dianggap sebagai penemuan terbesar kepada bidang sains marin pada ketika itu.

Penjelajahan kedua pula dilakukan James Cameron, pengarah terkenal filem Hollywood. Ianya dilakukan secara solo pada tahun 2012 dengan menggunakan kapal selamnya, iaitu Deep Submergence Vehicle yang ternyata lebih berkeupayaan dan moden berbanding penjelajahan sebelum ini. James meluangkan masa selama tiga jam di dasar lautan. 

Jom lihat infografik mengenai kedalaman lautan yang sebenar ini.


Kredit foto: The Daily Research

Secara kasarnya, kedalaman lautan ini adalah kira-kira 11km (36,070 kaki). Cuba bayangkan anda bergerak di atas jalan sejauh 11 km, begitulah kedalaman dasar lautan. Atau kata lain, sebuah gunung Everest, kemudian diletakkan lima buah Empire State Building di atasnya.

Berdasarkan rekod, lebih kurang 536 orang, 30 ekor monyet, 12 ekor kucing, tikus mondok, arnab dan labah labah pernah menjelajah angkasa, namun hanya tiga insan terpilih pernah menjelajah lautan dalam. Anda ingin jadi antara yang bertuah? - CARI
9

Bagus
14

Marah
14

Terkejut
3

Sedih
6

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (54 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zulka 5-11-2018 11:42 AM
wow..menariknya, mcmana la pemandangan kat bawah nun
Quote CiliPadiSedap 5-11-2018 12:12 PM
dalam2 laut harap2 dapat subsidi minyak ron 95
Quote RatuDunia94 5-11-2018 01:26 PM
Laut kan masih masih belum diteroka habis oleh manusia.. mesti mcm2 jenis binatang ada kt bawah tu..
Quote helicornia 5-11-2018 02:37 PM
ish takutnye...gelap dan seram
Quote idakamaruddin 5-11-2018 03:32 PM
Iols paling suka documentary pasal deep sea ni... iols takut laut.. tp suka nk tau cite apa dlm laut

byk binatang n creature pelik2 blm manusia terokai lg..

btw br tgk cite hunter killer.. best

Quote adila39 5-11-2018 07:08 PM
interestingnya..how i wish
Quote shi_jewel 6-11-2018 03:59 PM
teringin....tp tak kesampaian kot. sbb jenis  Nyctophobia & claustrophobia  
Quote greantea 7-11-2018 08:12 AM
info yang sangat menarik. god job TT
Quote salmon-suki 11-11-2018 08:54 AM
Tkt nk masuk tmpt air dlm cmni n y sy xtaw kedalamannya..byk kali dah lemas,so ada sedikit trauma kt situ..
Tp gigih gk nak main2 kt kawasan air gini..
Quote Foxey 16-11-2018 02:13 PM
menarikkk... hmm... if someone said he loves you as deep as Mariana Trench ni, maksudnya, his love is sooo deep la eh?
Quote axl_bach 17-11-2018 02:29 PM
rasanya fakta ni x update ni....dasar Mariana Trench ni ada false bottom ygv lebih dalam yg mana didiami oleh megalodon....hehehehehe
Quote matkpop 17-11-2018 04:35 PM
Foxey replied at 16-11-2018 02:13 PM
menarikkk... hmm... if someone said he loves you as deep as Mariana Trench ni, maksudnya, his love i ...

ha ah.....
Quote ladyone 30-11-2018 01:52 PM
tq tt..good info..

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:18 AM GMT+8 , Processed in 0.310658 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top