CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Fakta Menarik Tentang Netflix. Ramai Yang Langsung Tak Tahu Lagi Kan?

7-11-2018 12:59 PM| Diterbitkan: Ferr_Remy| Dilihat: 20316| Komen: 135|Original author: Oleh: Ferr_Remy

Description: Mungkin masih ramai di antara kita yang tidak pernah mendengar mengenai Netflix ataupun tidak berminat untuk melanggan perkhidmatan syarikat itu. Tetapi Netflix ternyata menjadi pilihan ramai di seant ...

Mungkin masih ramai di antara kita yang tidak pernah mendengar mengenai Netflix ataupun tidak berminat untuk melanggan perkhidmatan syarikat itu. Tetapi Netflix ternyata menjadi pilihan ramai di seantero dunia terutamanya di Amerika Syarikat. 

Dan perkhidmatan Netflix semakin berkembang di seluruh Asia terutamanya di negara Asia Tenggara dan ianya termasuklah di Malaysia! Jom kita baca fakta-fakta menarik mengenai Netflix di bawah!

Image result for netflix

Netflix ditubuhkan pada tahun 1997 dan melancarkan laman web sewa dan jual beli DVD pada tahun 1998. Perkhidmatan "streaming" mereka tidak diperkenalkan sehinggalah pada tahun 2007. Kononnya, mereka mendapat ilham untuk menubuhkan syarikat tersebut setelah Reed Hastings, CEO untuk syarikat Netflix, terlewat memulangkan VHS filem Apollo 13 kepada syarikat Blockbuster dan telah dikenakan caj USD40 sebagai denda. 


Reed Hastings hampir menjual Netflix pada tahun 2000 kepada syarikat Blockbuster yang terlebih dahulu gah dengan perkhidmatan sewa dan jual beli video. "Kami ingin menjual 49% kepentingan dan mengambil nama Blockbuster.com. Kami akan menjadi perkhidmatan dalam talian mereka, "katanya. CEO Blockbuster pada ketika itu telah menolak tawaran tersebut hanya kerana nama Netflix terlalu "kecil" bagi mereka yang ketika itu telah pun kukuh. Siapa sangka, syarikat tersebut sekarang telah pun berkubur akibat bankrupsi manakala Netflix pula semakin mengembangkan empayar mereka? Karma!

Pada tahun 1998, Netflix masih menjalankan perniagaan menjual serta menyewa DVD. Untuk mencuba dan menawarkan pengguna sesuatu yang baru, salah seorang pengasasnya yang bersama Marc Randolph memutuskan untuk menawarkan rakaman keterangan bekas Presiden Bill Clinton tentang skandal seks beliau bersama Monica Lewinsky. Tetapi menurut buku yang berjudul Netflixed, daripada 1000 pelanggan yang hendak membeli wawancara eksklusif Clinton tersebut, beberapa ratus daripadanya menerima cakera yang mengandungi filem porno dari negera China. 

Hari ini, Netflix mempunyai lebih daripada 125 juta pelanggan di seluruh dunia dan boleh didapati di lebih 190 negara! Ia telah menewaskan pelbagai rangakai kabel berbayar di seluruh dunia. Awas ya rangkaian kabel berbayar nombor 1 di Malaysia! Selagi anda tidak menurunkan harga yang melampau dan siaran drama mahupun filem yang kerap ulangkali ditayangkan, tidak mustahil syarikat anda juga bakal berkubur tidak lama lagi!

Image result for sabrina the teenage witch netflix

Secara purata, pengguna Netflix menonton lebih daripada 140 juta jam kandungan sehari. Manakala 8.4 juta pelanggan Netflix telah menghabiskan seluruh musim drama bersiri original terbitan mereka di dalam tempoh 24 jam selepas penyiaran rasminya di rangkaian tersebut. Wow! Penulis mengambil masa satu episod sehari untuk menonton drama bersiri Chilling Adventure of Sabrina yang juga merupakan siri "remake" untuk sitkom Sabrina The Teenage Witch yang pernah popular pada suatu masa dahulu. Banyak betul masa mereka, bukan?

Netflix tidak hanya menghasilkan filem atau drama yang popular semata-mata, mereka juga menghasilkan produk yang sangat hebat. Lima daripada 50 Rancangan TV Teratas di IMDb Sepanjang Masa dihasilkan oleh produksi Netflix! Malah, mereka juga pernah memenangi pelbagai anugerah termasuklah anugerah Emmy!

Adakah anda juga pelanggan Netflix seperti penulis? Apakah rancangan atau filem kegemaran anda yang dihasilkan mereka? Jom kongsi pendapat di ruangan komen di bawah! -CARI
26

Bagus
13

Marah
11

Terkejut
15

Sedih
20

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (100 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Themilo 7-11-2018 01:12 PM
nyeh, mana faktanya tentang netflix nih.. artikel common jaaa..
Quote Lorra2411 7-11-2018 01:39 PM
iolss baru terjebak sign up Netflix, best bagi iolss. tapi kena lebihkan filem Asia.
Quote Ferr_Remy 7-11-2018 01:44 PM
Themilo replied at 7-11-2018 01:12 PM
nyeh, mana faktanya tentang netflix nih.. artikel common jaaa..

Fakta la nyehhh. Cuma ikut perenggan hehehe
Quote Ferr_Remy 7-11-2018 01:44 PM
Lorra2411 replied at 7-11-2018 01:39 PM
iolss baru terjebak sign up Netflix, best bagi iolss. tapi kena lebihkan filem Asia.

Filem Malaysia yg latest Puang uolssss
Quote Mary_jane 7-11-2018 01:57 PM
Mahal lah sebulan. Tak mampu i yang sengkek ni.
Quote Themilo 7-11-2018 01:59 PM
Lorra2411 replied at 7-11-2018 05:39 AM
iolss baru terjebak sign up Netflix, best bagi iolss. tapi kena lebihkan filem Asia.

ambik yang trial sebulankah chuols?
Quote Themilo 7-11-2018 01:59 PM
Mary_jane replied at 7-11-2018 05:57 AM
Mahal lah sebulan. Tak mampu i yang sengkek ni.

khenzzz... dah kena tax sok, berapa la agaknya rega untuk 1 device..
Quote Mary_jane 7-11-2018 02:00 PM
Themilo replied at 7-11-2018 01:59 PM
ambik yang trial sebulankah chuols?

Sudah expired buk. Sigh.
Quote Themilo 7-11-2018 02:02 PM
meols hanya mampu download jaa series & film-film dari netflix ni kat group di telegram. pastu, transfer ke pendrive & cucuk kat tv.

free.

cc @Mary_jane
Quote Nonones 7-11-2018 02:06 PM
layan la netflix ni sebelum tido
Quote saviour_09 7-11-2018 02:08 PM
tengah layan Luther
rabak mata hari2 bangun lambat dah
Quote azradila 7-11-2018 02:09 PM
Themilo replied at 7-11-2018 02:02 PM
meols hanya mampu download jaa series & film-film dari netflix ni kat group di telegram. pastu, tran ...

apa group telegram tersebut?? boleh la nk join
Quote Skuau 7-11-2018 02:35 PM
Mary_jane replied at 7-11-2018 01:57 PM
Mahal lah sebulan. Tak mampu i yang sengkek ni.

amikla iflix..sapluh hinggit jer sbln.
Quote RooneyMara 7-11-2018 03:00 PM
Mmg prefer Netflix sbb byk gila choice. Best. Cuma bengang sikit sbb bila kita tgk 2-3 cerita yg genre yg sama, Netflix mcm dah customize home page dgn cerita yg lebih kurang sama. I punya suggestions totally different dgn account suami. Kalau tak pegi search and cari cerita yg ada kat suggestions suami saya tu,  sometimes mmg kita tak tau cerita tu wujud kat Netflix.
Quote idadzira 7-11-2018 03:01 PM
Lorra2411 replied at 7-11-2018 01:39 PM
iolss baru terjebak sign up Netflix, best bagi iolss. tapi kena lebihkan filem Asia.

nak banyak filem asia langgan Iflix
Quote Mary_jane 7-11-2018 03:02 PM
Skuau replied at 7-11-2018 02:35 PM
amikla iflix..sapluh hinggit jer sbln.

Iflix dah ada sis. Tapi ya kebosanan jua, sebab banyak movie lama.
Quote Ferr_Remy 7-11-2018 03:13 PM
Mary_jane replied at 7-11-2018 01:57 PM
Mahal lah sebulan. Tak mampu i yang sengkek ni.

Murah la chuols. Iols subs rm51 je yg ade ultra hd tu.
Quote armin 7-11-2018 03:14 PM
Themilo: meols hanya mampu download jaa series & film-film dari netflix ni kat group di telegram. pastu, transfer ke pendrive & cucuk kat tv. free. cc  @ma ...

Apa nama group?{:hero
Quote Ferr_Remy 7-11-2018 03:14 PM
Themilo replied at 7-11-2018 01:59 PM
khenzzz... dah kena tax sok, berapa la agaknya rega untuk 1 device..

Ioks byr 51 je tiap2 bulan, stakat ni xde plak caj tambhan and so on.

Lihat semua komen(135)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 07:07 PM GMT+8 , Processed in 0.107258 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top