CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nak Tikam Ibu, Ayah Kerana Telefon Bimbit Hilang

8-11-2018 04:53 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2820| Komen: 15

Description: Seorang pembantu kedai makan berdepan hukuman penjara sehingga tujuh tahun selepas didakwa cuba menikam ibunya hanya kerana telefon bimbitnya hilang di dalam rumah.
Seorang pembantu kedai makan berdepan hukuman penjara sehingga tujuh tahun selepas didakwa cuba menikam ibunya hanya kerana telefon bimbitnya hilang di dalam rumah.

Astro AWANI melaporkan, tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas dua pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Lee Kim Keat di Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini.


Kredit foto: Astro AWANI

Mengikut fakta kes, Mohd Haiqal Hamdan, 23, didakwa menakutkan secara jenayah dengan mengacukan sebilah pisau kepada ibunya, Julia Mohd Ali, 44, di sebuah rumah di Jalan Klebang Kecil, Melaka sekitar jam 11 pagi pada 17 Julai lalu.

Dalam pertuduhan kedua, Mohd Haiqal didakwa melakukan ugutan sama terhadap bapa tirinya, Lili Noorazahar Mahani, 45, yang cuba meleraikan pertengkaran ibu dan anak itu.


Selain penjara, tertuduh juga berdepan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 11 Disember ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000.

Terdahulu, Timbalan Pendakwaraya Intan Lyiana Zainal Abidin mencadangkan jaminan RM8,000, namun tertuduh merayu jaminannya dikurangkan dengan alasan menjaga nenek yang sakit selain hanya bekerja sebagai pembantu kedai makan. - CARI
13

Bagus
7

Marah
10

Terkejut
17

Sedih
17

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (75 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bangcak 8-11-2018 05:08 PM
pemuda2 skang nih makin melampau.

bukan setakat presiden parti je disuruh berehat.
mak ayah pon ditikamnya gara2 hempon.


Quote meklalala 8-11-2018 05:09 PM
mengaku je la salah aiyoooo..takkan makpak nak buat report pulak kan kalau hang tak buat..
Quote tomAliBN 8-11-2018 05:11 PM
bangcak replied at 8-11-2018 05:08 PM
pemuda2 skang nih makin melampau.

bukan setakat presiden parti je disuruh berehat.

budak2 camni la yang selalu kau nampak tiap kali kat pemilihan PKR. kaki gaduh baling kerusi.






Quote mawar_pink 8-11-2018 05:24 PM
sebab handphone sggp nk cederakan parents..minta jauhla terjadi kat fmly aku..
Quote harizs 8-11-2018 05:28 PM
tomAliBN replied at 8-11-2018 05:11 PM
budak2 camni la yang selalu kau nampak tiap kali kat pemilihan PKR. kaki gaduh baling kerusi.


...

Kepala rafizi pun mrk cepuk .. Mmg budaya kot
Quote tomAliBN 8-11-2018 05:33 PM
harizs replied at 8-11-2018 05:28 PM
Kepala rafizi pun mrk cepuk .. Mmg budaya kot

sian sutun tu time terperangkap dlm dewan. nampak takut sangat muka pucat lesi cam hantu kuburan.





Quote moonbug 8-11-2018 05:50 PM
Tanggang modern sangat. HP lagi penting dari mak bapak
Quote prettyuglybabe 8-11-2018 06:05 PM
mengamuk hp hilang tak dapat masuk forum ke tumblr ke facebook?
Quote LautBiru52 9-11-2018 09:49 AM
Tak mengaku salah? Byk sgt ke duit nak hire lawyer tu? Handphone ilang pun sampai nk berbunuh. Handphone je kot
Quote Foxey 9-11-2018 01:16 PM
henpon je pun. apa sangat kalau nak banding dengan mak yang bersusah payah melahirkan kita dan membesarkan kita... heishhh
Quote Jorja 10-11-2018 05:05 PM
Ni kata pceramah agama ~ kadg kadang anak yg tak mnjadi ni sbenarnya punca dari parents juga.. adalh bahagian ny tu ya {:smile
Quote onexox97 10-11-2018 05:40 PM
iphone ke hilang
Quote sukacactus 10-11-2018 06:12 PM
Dulu masa kecik, hp tu yg jaga & didik dia
Tu pasal sayang sgt
Quote batmana 10-11-2018 09:14 PM
brand nerakaphone agaknye
Quote Sayawanieta 15-11-2018 05:08 PM
nauzubillah.
wujud lagi manusia jenis camni

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:54 AM GMT+8 , Processed in 0.073336 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top