CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kenapa Perlu Longgokkan Linen Sebelum Check Out Bilik Hotel? Pendedahan Yang Mengejutkan!

9-11-2018 03:30 PM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 12039| Komen: 35|Original author: Oleh: Whitney

Description: Cuti penggal akhir tahun persekolahan bakal tiba tidak lama lagi. Ramai ibu bapa yang merancang membawa anak-anak pergi bercuti dan ada yang sudah pun menempah hotel. Tidak kurang juga, ada pekerja y ...

Gambar hotel sekadar hiasan
Cuti penggal akhir tahun persekolahan bakal tiba tidak lama lagi. Ramai ibu bapa yang merancang membawa  anak-anak pergi bercuti dan ada yang sudah pun menempah bilik hotel. Tidak kurang juga, ada pekerja yang ingin pergi makan angin semata-mata untuk menghabiskan cuti tahunan yang masih berbaki. Apa yang penting, rancang percutian kalian dengan sebaiknya agar ia menjadi aktiviti yang menyeronokkan dan sedikit sebanyak dapat melepaskan tekanan di tempat kerja. 

Seorang pengguna facebook telah berkongsi sesuatu yang cukup menarik di laman facebook miliknya. Dia yang pernah bekerja dalam bidang perhotelan dan ditugaskan mengemas bilik-bilik hotel sudah begitu arif tentang selok belok cara kerja yang dilakukan oleh pekerja-pekerja hotel. Apa yang dikongsi ini pasti mengejutkan ramai netizen yang pernah atau selalu menginap di hotel tidak kiralah hotel bajet mahupun hotel bertaraf lima bintang. 


Sebelum meninggalkan bilik hotel, longgokkan kain cadar, selimut dan sarung bantal seperti ini.

Ramai netizen yang baru tahu
Tepat sekali, masih ramai netizen yang tidak tahu tentang penipuan yang dilakukan oleh sesetengah pekerja hotel yang ditugaskan untuk mengemas bilik-bilik hotel. Ini kerana, netizen hanya melihat bilik yang kemas sebaik sahaja masuk ke bilik hotel tanpa mengetahui kebersihan kain linen yang bakal digunakan. Jadi, netizen bolehlah mengamalkan tips yang telah dikongsi oleh wanita ini nanti. 

Ada sebab pekerja tidak tukar kain linen
Nampaknya, ada netizen yang turut berkongsi cerita yang sama. Netizen yang juga bekerja sebagai pengemas bilik hotel ini mengakui yang dia kadang-kala disuruh berbuat demikian atas beberapa faktor. 

Ramai yang suka kemas bilik sebelum check out

Ramai netizen yang segan untuk meninggalkan bilik hotel dalam keadaan berselerak dan mereka dengan sengaja mengemas kembali seperti keadaan asal. Rupanya ia telah memudahkan kerja pekerja hotel yang pemalas kerana tidak perlu menukar cadar, selimut dan sarung bantal yang bersih tetapi hanya perlu mengemas agar nampak seperti baru ditukar. 


Tangan terkena cecair sperma?
Mengejutkan, ada netizen yang pernah melakukan praktikal di sebuah hotel dan terkena cecair sperma milik pelanggan semasa sedang mengemas bilik hotel. Cuba bayangkan jika pekerja yang mengemas bilik hotel itu tidak amanah dalam melakukan tugasnya, pasti pelanggan seterusnya yang menginap di bilik tersebut akan menggunakan kain cadar, selimut dan sarung bantal yang kotor tetapi nampak bersih pada mata kasar. Menggelikan!
Jadi, bagi anda yang akan menginap di mana-mana hotel selepas ini, bolehlah periksa dahulu kebersihan linen di dalam bilik yang akan digunakan itu supaya tidak terguna linen yang kotor. Selepas itu, bolehlah amalkan tips yang telah dikongsi ini sebelum meninggalkan bilik hotel tersebut. Apa gunanya membayar harga sebuah bilik hotel tetapi mendapat servis yang tidak memuaskan. Setuju tak? - CARI 

18

Bagus
15

Marah
20

Terkejut
23

Sedih
24

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (118 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote saviour_09 9-11-2018 03:32 PM
aku selalu kemas ala kadar at least tak la menyusahkan house keeping kan
so lepas ni boleh la sepah2 kan lagi
Quote CiliPadiSedap 9-11-2018 03:39 PM
Lepas ni boleh wat bachelor party dalam hotel..everyday im shuffeling
Quote shernazz 9-11-2018 03:43 PM
Guna lampu yang boleh nampak kotoran yang xbleh nampak dgn mata kasar tu..
Ala..yg dalam iklan dettol ke apa tah tu...
Depa neh kekadang ikut suka je nak tukar atau x..
Quote Artemesiaa 9-11-2018 03:46 PM
Dah biasa kalau last day selalu bagi je bilik berserak tak perlu nak tolong kemaskan.  Kedua masa hari pertama masuk bilik elok check cadarnya dulu sebelum guna apa2 dalam bilik tu.  Misal kata tak bersih boleh terus inform pihak hotel mintak mereka tolong tukarkan apa2 yang kotor.
Quote SuriNate 9-11-2018 03:51 PM
I ok jer normally before check out try buat sekemas mungkin tak nak susahkan cleaner. Bukan kotor sangat pun unless memang sangat kotor..save water save the earth haha
Quote CardiGans85 9-11-2018 04:05 PM
Klu check out aku mmg biar je bgulung kat lantai tapi aku tak pernah tanggalkan sarung bantal.
Quote EvieWanKenobi 9-11-2018 04:32 PM
memang dah boleh agak tahap kebersihannya..
Quote prettyuglybabe 9-11-2018 05:42 PM
i selalu kemas ala-ala bilik sendiri
Quote anaktoyol 9-11-2018 05:43 PM
tgh bersandwich tu apa?
Quote pearl.silver 9-11-2018 07:16 PM
Memang pernah kena tgk ada rambut bawah selimut, bawah bantal
Klu towel mesti pegang, rasa keras mcm dah dry elok tak..dan bau laundry tak
Kadang2 saja kemas sebab xnk ada barang tertinggal dlm selimut bergumpal
Nk try la pasni sepahkn bilik
Quote hyie 9-11-2018 07:34 PM
since meols kerja dalam line ni, meols nak bagitau ummah malaysia paling pengotor jatuh kepada ummah dari negeri pantai timu serambi mekah..oopsss...sebab tiap kali lepas diorang check-out memang bersepah sama la macam yang ko nampak dalam sotkabar tu bukanlah semua, tapi kalau dah nama "paling" tu pepaham lah ye.

kalau ummah paling demand jatuh kepada botol kicap valtukal la. Orang lain masuk bilik tu elok je tak komplen. Time dia check-in tudiaaaa semua tak kena, aircond tak rasa la (tak reti guna controller sebenarnya), water heater tak panas la, etc etc...

kalau ummah international paling demand jatuh kepada ummah botol kicap jugak (belah south, kalau north ok lagi). Dan negara2 jirang diorang jugak. Tak lupa juga of coz ummah dari negara yang suka berak merata No 3 jatuh kepada ummah yang suka sikit2 nak klaim itu ini dia punya (you know who )

kalau ummah dari negara maju macam jepun, diorang sangat pembersih yach. Dari semua segi la termasuk cara berkomunikasi etc...

kalau yang bawak anak kecik tu, lepas tu dia ngompol, ko bagitau la kat receptionist. Jangan diam je. Mensyusahkan  orang nak basuh tau tak. At least hotel boleh letak penalti duit deposit sebagai ganti rugi. Jujur ler sikit

#donemembebel
Quote armin 9-11-2018 08:39 PM
SuriNate: I ok jer normally before check out try buat sekemas mungkin tak nak susahkan cleaner. Bukan kotor sangat pun unless memang sangat kotor..save water sa ...

Tp kalau u check in org sebelum u ada kutu ke sakit kulit n staff tak tukar cadar n towel, so euwww
Quote armin 9-11-2018 08:41 PM
Pernah check in hotel tgk cadar ada darah. Cadar pulak putih. Terus mintak tuksr bilik. Ni sbbnya rupanya
Quote RatuDunia94 9-11-2018 08:53 PM
shernazz replied at 9-11-2018 03:43 PM
Guna lampu yang boleh nampak kotoran yang xbleh nampak dgn mata kasar tu..
Ala..yg dalam iklan dett ...

Yang ni..

[Youtube]HdbRx-Oz9mg[/youtube]
Quote shernazz 9-11-2018 09:05 PM
RatuDunia94 replied at 9-11-2018 08:53 PM
Yang ni..

Tq uols menerangkn lagi penjelasan iols
Quote tobobon 9-11-2018 10:45 PM
so kalau check in hotel boleh gunalah konsep mcd yer

lepas makan tak payah buang. ..kalau rajin sgt nanti pekerja dia buat apa???
Quote robinmosby 9-11-2018 11:21 PM
Depends on hotel lahh. Kalau 4-5 bintang buat macam ni, habislah kena complain
Quote nishikido 9-11-2018 11:41 PM
Edited by nishikido at 9-11-2018 11:42 PM

Alamak..i kalau checkout bukan main kemas cadar elok2 siap tepuk bantal bagi cantik bentuknya sebab dah terbiasa.cuma towel jela i suka longgok depan pintu toilet..pasni taknak la kemas2.and u guys,kalau boleh jangan pakai cerek or cawan hotel sebab pernah jumpa habuk rokok dalam cerek and gelas bau kain lembap siap ada bulu pendek tapi for sure bukan rambut.. yuckss
Quote gerbera.memopad 10-11-2018 12:02 AM
Aku pun sama. Sebelum check out tu memang segala mala aku kemas biarpun tak perfect. Tuala pun iols sidai elok. Rasa bersalah pulak kalau tak kemas

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:53 AM GMT+8 , Processed in 0.116987 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top