CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tular Gambar Suami Suap Isteri, Anak Nak Suap Ibu: Ramai Tak Sabar Nak Kahwin Juga

9-11-2018 11:08 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8517| Komen: 68|Original author: Oleh: Myra Rozi

Description: Gelagat sepasang suami isteri bersama anak kecil di sebuah kedai makan tular di media sosial baru-baru ini.
Gelagat sepasang suami isteri bersama anak kecil di sebuah kedai makan tular di media sosial baru-baru ini.

Video yang dimuat naik oleh seorang perunding motivasi, Sharimi Shaharudin itu menyaksikan Seorang anak duduk di atas kerusi kanak-kanak di sebelah bapa, manakala isterinya memangku seorang lagi anak kecilnya.


Kapsyen Sharimi, “Yang sweet (manis)nya si suami suapkan isterinya makan. Allahu, bagi aku momen yang best (terbaik) sangat. Aku pun terasa nak rakam, buat pengajaran dalam diri,” menurut perkongsian oleh seorang perunding motivasi, Sharimi Shaharudin di laman sosial Instagramnya.


“Keluarga bahagia ni satu nikmat yang tidak terbanding dengan semua nilai harta di dunia. Kita yang memilih untuk bahagia atau tidak.”

Tambahnya lagi, anak yang duduk sebelah bapanya juga turut mahu menyuapkan makanan kepada ibunya.

Kata Sharimi pada mStar Online, dia tidak menyangka dapat merakamkan momen indah itu sewaktu menikmati makan tengah hari di kedai Pak Long di Ukay Perdana, Selasa lalu.

“Bila suami berkenaan suap isterinya, itu menarik perhatian sebab dia tidak pentingkan diri sendiri hanya makan seorang.

“Paling tersentuh bila apa yang dilakukan lelaki itu cuba diikut anaknya yang juga nak suap ibunya. Saya sempat rakam anaknya suap ibunya sekali, tapi sebenarnya lebih dari itu, mungkin tiga suapan.”

“Mereka tak peduli walaupun ada yang pandang. Bagi saya, mereka merupakan satu contoh pasangan yang baik kerana mengambil berat antara satu sama lain.

“Dahlah tak pentingkan diri sendiri, suami juga tak hisap rokok. Tanggungjawab membela anak bukan hanya pada isteri sahaja, tetapi susah sama susah dan senang sama senang.” 


Sharimi juga mengakui yang beliau sebenarnya tidak sabar untuk menempuhi alam perkahwinan dan membahagiakan pasangannya.-CARI


27

Bagus
19

Marah
15

Terkejut
34

Sedih
25

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (140 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AJ88 9-11-2018 09:20 AM
Quote weezerfan 9-11-2018 09:30 AM
Society skang spesis otak udang suka suki amik gmbr org pastu viral.. Dasar babs sekor
Quote Caranthir 9-11-2018 09:38 AM
Lagi senang kalau, bila si mak nyer makan, bapak jaga & tolong suap anak. Pastu mak plak jaga anak, bapak plak boleh makan.  Setel.

Bersih. Mudah. Cepat
Quote haryatie 9-11-2018 09:50 AM
mkn jerk ikut turn
lg senang..
kt public  nak bersupa suap bagai segan pulak
mcam nak show off jerk couple romantik
ada rezeki org viral kan pulak...
Quote R2D2 9-11-2018 09:58 AM
makan bersuap pun viral
suami mkn dulu, bini jaga anak pun viral
isteri mkn dulu, suami jaga anak pun viral

so semua benda serba tak kena
Quote R2D2 9-11-2018 09:59 AM
Edited by R2D2 at 9-11-2018 10:00 AM

images.jpg
Quote nadna 9-11-2018 10:03 AM
weezerfan replied at 9-11-2018 09:30 AM
Society skang spesis otak udang suka suki amik gmbr org pastu viral.. Dasar babs sekor

Setuju...Dah mintak izin ke nak viralkan orang
Quote shernazz 9-11-2018 10:03 AM
Ikit lah.mcmana pung
Maybe mak mya tu lapar sgt kot
Kira alas.perut dolu sikit
Kita pon semua kalau situasi gitu ada juga laki suapkan sememtara tunggu turn..hahaaha
Bagi iols tu normal..
Quote precious_chicas 9-11-2018 10:20 AM
Edited by precious_chicas at 9-11-2018 10:21 AM

Why not bagi wife dgn anak makan dulu sendiri, lebih selesa dan kenyang, sementara suami pegang anak. Then wife dah kekenyangan, barulah turn suami pula makan.
Camtulah dulu biasanya kalau I makan kat luar sefamily.
Eleh...ni saja je nak sweet bersemut sangat kan

Quote rospinki 9-11-2018 10:23 AM
alah..ini pun jadi viral

nmpk sugguh maysarakt skrg kehausan nilai2 murni dalam diri
Quote saviour_09 9-11-2018 10:31 AM
creepy namampos
suka2 ko viral pic family orang?
motif?
Quote white_musk 9-11-2018 10:32 AM
Makan suap suap di public ya.  Di rumah gaduh lempang sepak terajang.

#realiti
Quote meklalala 9-11-2018 10:36 AM
semoga keluarga ni behagia selama-lamanya..
Quote myakayina 9-11-2018 10:38 AM
hrp2 di rumah suami ni pun suami mithali lah..
Quote julia5094 9-11-2018 10:39 AM
Benda ni luarbiasakah untuk di viralkan?? Normal la kehidupan suami isteri macam ni...
Quote moonbug 9-11-2018 10:41 AM
Boleh ke record gambar/video orang lepas tu sebarkan? Bukan illegal kah
Quote emily.topaz 9-11-2018 10:41 AM
weezerfan replied at 9-11-2018 09:30 AM
Society skang spesis otak udang suka suki amik gmbr org pastu viral.. Dasar babs sekor

Setuju. Viral kan gambar org tak mintak izin, buat dramatik captions sikit. Dgn harapan post ko viral & ko pon glamer japs

Sick!
Quote sukacactus 9-11-2018 10:47 AM
Biasa je kot bagi family aku
Selalu order lain2 pastu kongsi rasa 4 beranak
Quote yuliss 9-11-2018 10:50 AM
Wartawannn pon bodohhhh benda gini pon gigihh nk call interbiu bgai stkt cerita mcmni ada nilaii berita ke.

Lihat semua komen(68)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:10 PM GMT+8 , Processed in 0.070871 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top