CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Dah Mandi Pun Masih Bau Busuk? Fakta Mengenai Bau Badan Yang Perlu Anda Tahu..

29-11-2018 11:27 AM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 4111| Komen: 8|Original author: Oleh: intan

Description: Dah mandi pun masih bau busuk? fakta mengenai bau badan yang perlu anda tahu..
Pernahkah anda mengalami masalah walaupun sudah mandi, terasa segar namun beberapa ketika kemudian, badan anda mula mengeluarkan bau bau yang tidak menyenangkan? anda mungkin mengalami masalah bau badan yang mungkin anda tidak tahu dari mana datangnya. 

Tambahan pula cuaca negara kita yang kadang kadang lembap dan sangat panas bersilih ganti. Badan senang saja berbau jika tidak mandi.  Anda mungkin perlu semak senarai dan fakta kenapa badan anda berbau di bawah!



1. Ekrin & Apokrin

Secara saintifiknya, badan kita mempunyai dua kalenjar berbeza, iaitu ekrin dan apokrin. Kalenjar ekrin berada di seluruh badan kita yang berfungsi untuk mengeluarkan peluh manakala kalenjar apokrin berada di kawasan yang berbulu seperti ketiak, kepala dan alat sulit. Cairan yang keluar melalui kalenjar apokrin lebih bersifat lemak dan cenderung mengeluarkan bau. Bukan punca bau ya,tapi berpontensi memberi bau busuk. Nak tahu apa sebabnya? Scroll lagi ke bawah ya.



2. Punca dari Rambut
Semakin lebat rambut, semakin kuat bau busuk kalau anda tidak menjaga kebersihan. Jika anda mengabaikan kebersihan rambut anda, bakteria akan tertarik ke kalenjar apokrin dan memecahkan lemak di sekitar folikel rambut lalu terhasil - lah bau busuk. 


3. Pemakanan



Badan kita sebenarnya akan mengeluarkan bau busuk jika makan makanan tertentu. Makanan seperti bawang putih dan makanan berbau tajam mencetus bau busuk dalam badan kita. Patutlah kita pernah dengar ejekan seperti badan bau bawang dan sebagainya.

4. Penggunaan Ubat Ketiak

Fenomena ketiak hangit sering kali dikaitkan dengan kanak kanak yang mencecah akil baligh akibat perubahan hormon. Namun orang dewasa juga tidak terlepas daripada bau busuk yang terhasil daripada kalenjar peluh ini. Penggunaan deodorant yang betul amatlah penting untuk menghentikan dan mengawal peluh yang berlebihan dan menghalang daripada terhasilnya bau 'kepam'.


5. Sabun Mandi

Pasti anda terfikir pengunaan sabun anti - bakteria bagus untuk menghilangkan bau badan. Namun begitu, penggunaan yang begitu kerap akan membuatkan kulit anda menjadi kering lalu menjadikan badan anda semakin berpeluh. Jadi, amalkan secara sederhana dengan sabun biasa.



6. Tekanan Hidup

Faktor stres atau tekanan juga menyumbang kepada pengeluaran peluh secara berlebihan. Jauhi jiwa yang stres kerana peluh busuk anda juga dapat membuat orang lain stres.


7. Terapi secara medikal
Namun begitu, terdapat insan terpilih yang mempunyai masalah perubatan seperti penyakit keluar peluh secara berlebihan. Adalah dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan doktor seperti rawatan botox untuk menghentikan pengeluaran peluh secara berlebihan.


Semoga info ini bermanfaat kepada anda. - CARI 

Kredit : Portal Remaja 
1

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
6

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (29 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 29-11-2018 12:06 PM
Apa yang dimakan amat mempengaruhi bau badan.  
Quote kroit92 29-11-2018 01:24 PM
teringat rumet aku dulu, dia ketagih meggi
setiap hari mesti makan megi. perisa je bertukar-tukar

bau badan dia weyy.. tengik satu bilik, dah la malas mandi
kami compartment sebelah selalu tag team dengan rumet2 lain, membebel kat dia pasal bau badan
baru la nak mandi
Quote meisapoya 29-11-2018 01:26 PM
Dan minum air banyak bagi elakkan badan overheat sampai peluh2. Cantas bebulu ketiak jugak. Kurangkan makan daging.
Quote knnk 29-11-2018 02:14 PM
Ada classmate I, indian.
Rambut dia tak tebal biasa ja.
Tapi rambut dia bau hapak. I dah beberapa kali kena, kalau lalu belakang dia terus tahan nafas.
Tak taulah sebab tak shampoo ke apa atau tak keringkan secukupnya ke apa.
Quote puanbintang 5-12-2018 11:56 AM
ada gak jenis yang suka pakai baju yang berbalik2, gantung pastu pakai balik....bau pun, kepam sekepam2nya...sampai tak tau nak kata bau badan ke bau baju tu..
Quote gigahertz 5-12-2018 08:18 PM
meisapoya replied at 29-11-2018 05:26 AM
Dan minum air banyak bagi elakkan badan overheat sampai peluh2. Cantas bebulu ketiak jugak. Kurangka ...

kalau minum air masak badaan berpeluh2 tu apa maksud dia?
Quote meisapoya 5-12-2018 08:52 PM
gigahertz replied at 5-12-2018 08:18 PM
kalau minum air masak badaan berpeluh2 tu apa maksud dia?

Oo yg tu x sure plak. Tapi biasa i kalau minum air banyak, x peluh. Cuma kerap ke tandas ler.. dia flush toksik ikut bawah, badan tak bau..
Quote gigahertz 6-12-2018 11:41 PM
meisapoya replied at 5-12-2018 12:52 PM
Oo yg tu x sure plak. Tapi biasa i kalau minum air banyak, x peluh. Cuma kerap ke tandas ler.. dia ...

aku kalau minum air masak/ air suam tetiba satu badan berpeluh. macam minum bawah matahari.
tapi minum coke / air manis ok je.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:47 AM GMT+8 , Processed in 0.188888 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top