CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

"Baju Cantik, Suara Okey"- Komen Dato Khadijah Ibrahim Dikecam Kerana Hilang Arah

13-11-2018 11:49 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 15401| Komen: 108|Original author: Oleh: Azza

Description: "I know you nyanyi ikhlas ya, itu yang kita nak.""Baju cantik, muka cantik, suara okey...""I love your dress, mine is from bla-bla."Bagi yang sentiasa menonton program hiburan Gegar Vaganz ...




"I know you nyanyi ikhlas ya, itu yang kita nak."
"Baju cantik, muka cantik, suara okey..."
"I love your dress, mine is from bla-bla."

Bagi yang sentiasa menonton program hiburan Gegar Vaganza 5 (GV), pasti mengenali gerangan yang berkata-kata ini. Ya, tidak lain tidak bukan, juri tetap GV Dato Khadijah Ibrahim, 58. Menjadi juri tetap pada musim pertama, kedua, ketiga dan kelima, Khadijah atau lebih mesra dipanggil Tok Kat kerap menjadi pilihan stesen televisyen tersebut bagi mengisi tempat sebagai pengkritik profesional.

Tiada sebarang masalah pada peringkat awal dengan komen yang lebih lembut berbanding Dato' Ramli MS yang agak tegas. Bagaimanapun ada yang agak jengkel dengan segmen kirim salam oleh Tok Kat kepada hos GV, Nabil dan Jihan dengan mengambil masa beberapa minit untuk menghabiskan ucapan tersebut.


Tetapi, sejak pertandingan GV bermula, Tok Kat bukan sahaja kekal dengan ucapan kirim salam tersebut, malahan komennya juga dilihat semakin hilang arah. Dengan memberi komen secara umum tentang 'pitching' tanpa menyentuh teknikal membuatkan netizen berasa hairan dengan kemampuannya menjadi juri. Apatah lagi memberi komen di luar ilmu juri seperti memuji baju peserta, memuji persembahan penyanyi yang sebenarnya gagal menyanyi juga membuatkan netizen mengecam kredibiliti Tok Kat yang disifatkan hanya 'playsafe'. Netizen turut menggesa menggantikan Tok Kat dengan juri yang lebih berwibawa jika ada GV lagi di tahun hadapan.


Kredit foto: Twitter
Kredit foto: Youtube

Bagi netizen, posisi sebagai juri sangat tinggi martabatnya, jadi apabila memberi komen yang langsung tidak kena mengena dengan kualiti nyanyian, ia menjejaskan kredibiliti juri sendiri. Tok Kat dilihat sentiasa menghabiskan masa memberi komen dengan yang tidak sepatutnya seperti segmen kirim salam, mengajak ke konsert amal, memberitahu bajunya daripada pereka tertentu dan sebagainya. Hal ini juga menjejaskan stesen televisyen yang seakan membenarkan kejadian sama berulang sebanyak empat tahun.

Bersama juri jemputan di Gegar Vaganza musim ketiga

"Juri Malaysia patut belajar cara juri Indonesia komen. Contoh terdekat, D'Academic Asia. Dorang siap bagi contoh lagi cara nak hit note."

Memahami juri Gegar Vaganza wajib bergelar Datuk, ada netizen yang mencadangkan agar tempat Tok Kat digantikan dengan Datuk Syafinaz Selamat pada musim akan datang. Ini kerana dengan pengalaman dan ilmu yang cikgu vokal ini, Syafinaz dikatakan layak memberi kritikan berilmu kepada peserta.



Kredit foto: Carian Internet

Mungkin kerana program ini berlangsung setiap tahun dan tiada perubahan besar dilakukan kepada Gegar Vaganza, ia menjadikan terlalu bosan dan hambar. Apatah lagi apabila pihak produksi tidak mengambil kira pandangan orang ramai seperti pemilihan juri, hos yang bercakap 'double meaning', pelawak memenuhi pentas dan sebagainya. Justeru itu, jika masih ada lagi program ini tahun hadapan, pihak Astro perlu membuat perubahan agar ia tidak lagi membosankan. - CARI 
18

Bagus
19

Marah
14

Terkejut
12

Sedih
10

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (87 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote laksmanabentan 13-11-2018 12:03 PM
mmg pun... bosan dengar komen tok kat...
takde input pun...
dia kena komen pasal pitching ker.. flat ker... hit note ker mcm tok ram tu..

juri jemputan tu okay la mungkin tuk juri persembahan..

lepas tu awat fashion baju dia tu selalu mcm kelambu..
mcm kain selimut pusing2..
penuh satu badan, meleret2...
Quote myakayina 13-11-2018 12:03 PM
dah lama aku perasan tok kat ni merapu lebih..komen lebih menjaga hati jer..tokram komen walaupun bisa tapi benda betul..
Quote harkktuih 13-11-2018 12:14 PM
kembalikan buk hetty...
Quote EvieWanKenobi 13-11-2018 12:18 PM
ingatkan iols je pikir sedemikian..
Quote chiquititamichi 13-11-2018 12:19 PM
me x pernah minat tok kat ni sbb dia nyanyi xdelah hebat mana.... melambak g penyanyi veteran yg pangkat dato...dato m daud kilau pun leh jemput ape.....
Quote amyza 13-11-2018 12:25 PM
Sama lah. Iols tengok 1x gv baru ni sebab nak dengar zamani ada suara nyanyi ke tak. Komen2 tok kat sangat2 bosan.
Tengok mentor minggu lepas happy pulak dengar juri2 komen. Aizat pun best jadi juri.
Quote nadihazza 13-11-2018 12:29 PM
alahaiii..tok kat pon kena komplen jugak..hahahahaha..
Quote cik.panda 13-11-2018 12:39 PM
Tak pernah ada sesiapa ke bagitau dia yang dia tu annoying? Semua jaga hati dia ke?
Please la kalau ada lagi gv next year bawak balik hetty koes endang takpun syafinaz selamat.
Serengsa-rengsa tengok tokti kat bigstage, lagi rengsa tengok tok kat komen baju, yang penting keikhlasan konon. Choy!!!
Quote bambimbom 13-11-2018 12:45 PM
tu belum tok kat bangun nak bg standing ovation konon padahal nak tunjuk dress kelambu dia...

kembalikan buk hetty... vocalnya harus lagi bang bang gitu kan...
Quote qusairy 13-11-2018 12:48 PM
sorry x bp minat ngn tok kat ni komen kt gv pun mandang yg elok je, nyanyi hauk pun ok sbb nk jga hati.

Lagi satu dia punya attitude acah acah classy nau padahal biasa jek.

dlu2 pun ada case nipu kata ada degree in secretarial course padahal sijil jekk.
Quote Minyakyuyi 13-11-2018 12:50 PM
cik.panda replied at 13-11-2018 12:39 PM
Tak pernah ada sesiapa ke bagitau dia yang dia tu annoying? Semua jaga hati dia ke?
Please la kalau ...

msia anta mami mas idayu p indo
indo pos ibu hetty dtg msia...ok whatt kan...
Quote pro-goals 13-11-2018 01:09 PM
dato mokhzani patut jadi juri tetap.
Quote damian_lee 13-11-2018 01:11 PM
Juri GV .. dato ram and kat mmang xbest menjuri
Sorang mcm xreti nak susun ayat
Sorang kadang OK .. kadang ala2 ...
Quote awex^returns 13-11-2018 01:19 PM

yup.. buk hetty lebih baik komen..siap ajar nyanyi yang betul

Quote kiambang 13-11-2018 01:21 PM
Pengacara pun kena tukar juga .. macam takde midal dah .. asyik nak membaham orang je ..
Quote alesandra 13-11-2018 01:22 PM
forumer mana alan al padat itu?baik mengaku cepat
Quote cik.panda 13-11-2018 01:27 PM
Minyakyuyi replied at 13-11-2018 12:50 PM
msia anta mami mas idayu p indo
indo pos ibu hetty dtg msia...ok whatt kan...

And tokram nampak lagi selesa dan boleh masuk dgn buk hetty tu
Dgn tok kat ni kadang2 nampak muka malas nak layan dia tu
Quote gujiwa 13-11-2018 01:30 PM
suke juga buk hetty jadi juri.. best sgt..
Quote sokmogitu 13-11-2018 01:33 PM
Panggil Mas Idayu, Soimah, Ivan Gunawan jd juri GV6 nanti. Konfem meriah...peserta tahun dpn jd picisan je

Lihat semua komen(108)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:29 PM GMT+8 , Processed in 0.149301 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top