CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Hanya Lelaki Kaya Layak Dapat Isteri Cantik" - Sarkastik Tapi Ramai Pula Netizen Setuju

13-11-2018 05:08 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 10933| Komen: 42|Original author: Oleh: Azza

Description: Benarkah ramai wanita memilih calon suami dengan memandang kasih sayang?Lelaki pula mendakwa wanita sebenarnya 'gold digger' yakni mencari kekayaan disebalik simbol lambang kasih sayang. Begitulah per ...



Benarkah ramai wanita memilih calon suami dengan memandang kasih sayang?
Lelaki pula mendakwa wanita sebenarnya 'gold digger' yakni mencari kekayaan di sebalik simbol lambang kasih sayang.

Begitulah perdebatan di laman media sosial apabila Insta Famous, Syafiqah Aina memuat naik videonya mendapat hadiah iPhone terbaru daripada suaminya, Hafiz Mahamad. Lebih hangat diperkatakan ialah Hafiz turut menghadiahkan telefon pintar yang sama kepada ibu dan bapanya.

Video tersebut membuatkan ramai wanita berasa beruntung kerana dihargai dan diberi kejutan walaupun selepas berkahwin. Manakala lelaki pula merasakan wanita sebenarnya sukakan hadiah mahal, maka perlu memilih lelaki kaya sebagai calon suami.



Kredit foto: Twitter

"Siapa suruh miskin, tak layak dapat perempuan cantik."

Pandangan tersebut dipersetujui oleh rata-rata lelaki yang menyatakan hanya lelaki kaya layak mendapat isteri cantik, manakala lelaki miskin langsung tidak berpeluang. Pandangan tersebut ditulis dengan tulisan sarkastik, namun ramai pula yang terasa.



Kredit foto: Twitter


"Ni memang betul, sebab ada juga orang komen pasal filem 50 Shades. Apa akan jadi jika Christian Grey tu bukan jutawan? Nak ke Anastasia kat dia, tak pasal-pasal kena tuduh perogol nanti."

Jadi, memang betul lah lelaki kaya mempunyai banyak kelebihan berbanding lelaki yang tidak berduit. Golongan lelaki yang terasa ini kemudiannya melukis graf bagi menggambarkan situasi tersebut.

Kredit foto: Google


Bagaimanapun, ada segelintir netizen yang menafikan bahawa wang adalah segala-galanya. Wanita ini merasakan seorang isteri sebenarnya sukakan elemen kejutan. Jadi bukan mahal atau murah yang dicari sebaliknya sikap menghargai isteri itu sendiri seperti lemah lembut, tidak kedekut dengan keluarga dan sebagainya

Kredit foto: IG

Wanita dan lelaki berbeza. Masing-masing mempunyai pandangan tersendiri. Malahan jika berhadapan dengan sesuatu masalah sekalipun, cara mereka menanganinya turut berbeza. Jadi, betul ke wanita yang 'gold digger' atau lelaki yang sebenarnya salah faham? - CARI 


25

Bagus
21

Marah
16

Terkejut
25

Sedih
22

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (124 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fushimi 13-11-2018 05:11 PM
aku pun setuju

pempuan cantik takkan pandang laki takde duit

sama gak laki banyak duit takkan pandang pempuan tak cantik
Quote AbukRokok 13-11-2018 05:13 PM
lelaki kaya lebih mudah disondol 'babi'
lebih mudah tergelincir maklumlah kaya = kuasa

ujung2 nti cakap laki semua sama
Quote kucingitam 13-11-2018 05:18 PM
boleh aku tau bae tu amende?
Quote kroit92 13-11-2018 05:40 PM
dulu aku pun pikir macam ni gak
sekali, kak ipar aku, cantik sopan ayu lemah gemalai nye bak bidadari,
gilakan abang aku.. waktu tu abang aku takde kerja tetap kut. lompat from one part time to the others. duit takde, harta takde. rupa apentah lagi, aku confident aku lagi hensem daripada beliau

tapi tu la, beauty lies in the eyes of the beholder katanya
bahagia juga mereka ke jinjang pelamin
aku panggil diorang beauty and the beast

soalan SPM BM hari ni,
Bulatkan jawapan yang betul di bawah
"Kalau dah _odoh tak ke mana."
A) J
B) H
C) B

Quote RatuDunia94 13-11-2018 06:01 PM
kucingitam replied at 13-11-2018 05:18 PM
boleh aku tau bae tu amende?

Singkatan utk BABE. (Sebutan Bey)
Digunakan utk bf or gf.
Contoh I have a dinner with my Bae tonight.
Quote dua_chzy 13-11-2018 06:12 PM
fushimi replied at 13-11-2018 05:11 PM
aku pun setuju

pempuan cantik takkan pandang laki takde duit

Nah.

Ramai ja pompuan cantik ternikoh jantan tak hensem tak kaya.

Lelaki kaya ternikoh pompuan tak lawa (tapi otak geliga) pon wujud. Tu ha Mark Zuckerberg contoh terang dan jelas depan mata.
Quote salmon-suki 13-11-2018 07:45 PM
Ni ke psgn y duk bermegah2 bday dpt kete mewah sblm kawin tu?
Baidewey,laki dia tu keje ape ek?kaya semacam je tgk..{:smile

And idk wat to say,sesuai laa kot laki kaya pndg pmpuan cantik,n pmpuan cantik haruslah cri laki kaya nk menten lifestyle tu...y bitter tu mgkin either xkaya or xcantik..hihihi~{:run
Quote Sharifah180175 13-11-2018 07:53 PM
kucingitam: boleh aku tau bae tu amende?

Before Anyone Else.
Quote wanzhm93 13-11-2018 08:17 PM

Duit penting... Tapi bukan segalanya...
Apa gunanya banyak duit kalau tak bahagia
Quote dani-rox 13-11-2018 09:07 PM
kucingitam replied at 13-11-2018 05:18 PM
boleh aku tau bae tu amende?

dlm bahasa Denmark, maksudnya 'najis'. tak caya? sila gugel
Quote ffbeauties 13-11-2018 09:16 PM
Edited by ffbeauties at 13-11-2018 09:19 PM

Lelaki kaya dapat perempuan cantik tu lumrah. Yang aku pelik takjub ramai lelaki hodoh, papa kedana tapi acah acah playboy dapat perempuan cantik cantik pulak tu... boleh tak kau sedar diri hanaatttt!!!!   
Quote CardiGans85 13-11-2018 09:40 PM
Biar lah..asal mereka bahagia dah la.

Tak yah nak sakit hati sangat.
Quote tobobon 13-11-2018 09:44 PM
salmon-suki replied at 13-11-2018 07:45 PM
Ni ke psgn y duk bermegah2 bday dpt kete mewah sblm kawin tu?
Baidewey,laki dia tu keje ape ek?kaya ...

meols dari dulu tanya soalan ni..heols ni mewah keja apa?

mcm x nampak pulak produk2 yang heols jual...yg kosmetik under wife dia tu pun mmg jual after dia dah kaya kan???
Quote Myra6704 13-11-2018 09:55 PM
Dah laki mampooo..apa salahnya. Ikut poket sendiri la.
Quote hyie 13-11-2018 10:36 PM
kalau meols la kan, meols tak kisah pon orang tu tak berapa kaya, janji ada pendapatan tetap lah. Kalau tak kau nak bagi anak orang makan apa kan Kaya tu bukanlah bermaksud kaya raya bermewah-mewahan, tapi lebih kepada berkemampuan dari segi kewangan untuk kelangsungan hidup yang normal.

Bab rupa paras tu, kalau rupa orang tu hodoh sekalipun, tapi kalau kita nampak ada sesuatu yang buat kita tertarik kat dia, on jer kann Tapi jangan la hodoh sangat kang tak lalu pulak nak kena hadap hari2

meols lebih mementingkan disiplin yach...
Quote salmon-suki 13-11-2018 10:57 PM
tobobon replied at 13-11-2018 09:44 PM
meols dari dulu tanya soalan ni..heols ni mewah keja apa?

mcm x nampak pulak produk2 yang heols ...

Sy pn xtaw..xpenah ikut lak dorg ni sbb mcm tak berkepentingan sgt..hehe

Xde ke sesapa nk bg pencerahan ttg keje sebenar laki ni?bermewah2 cenggitu haa..

Btw,kosmetik dia ni y kontroversi tu kn,katanya bkn based on research,sekadar timbang kilo..penah ada sorg twit tny psl serum dia tu kan?ada lagi ke y beli?mmg dah sah2 pmpuan ni alter dalaman,xdenye nk guna serum tipuan dia tu..huhu
Quote tobobon 14-11-2018 12:44 AM
salmon-suki replied at 13-11-2018 10:57 PM
Sy pn xtaw..xpenah ikut lak dorg ni sbb mcm tak berkepentingan sgt..hehe

Xde ke sesapa nk bg pe ...

dengar rumours laki tu mmg anak org kaya katanya

pasal cosmetic tu mmg ada dulu mcm chuols ckp..r&d propa ...produk timbang kilo rasanya

yg penting..baru jer skodeng ig laki tu..produk kosmetik depa sold out!!!! mcm x percaya still ada lagi yang beli produk2 mcm ni

no wonder ramai berlumba2 buat produk sendiri..

Quote Annehamid 14-11-2018 04:25 AM
Lhdn tengah memerhati individu yg memaparkan kemewahan di sosmed
Quote eyansss 14-11-2018 06:33 AM
RatuDunia94 replied at 13-11-2018 06:01 PM
Singkatan utk BABE. (Sebutan Bey)
Digunakan utk bf or gf.
Contoh I have a dinner with my Bae ton ...

terus terasa seperti berada dalam kelas...  hehehe...

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:48 AM GMT+8 , Processed in 0.063939 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top