CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Berasa Tertekan Dan Resah? Mainlah Tetris, Ini Sebabnya..

21-11-2018 11:13 AM| Diterbitkan: awanearisu| Dilihat: 3925| Komen: 16|Original author: Oleh: CSuy

Description: Sekiranya anda mudah berasa tertekan ataupun mudah dilanda keresahan yang sukar dikawal, mungkin permainan Tetris boleh membantu mengawal perasaan tersebut.
Sekiranya anda mudah berasa tertekan ataupun mudah dilanda keresahan yang sukar dikawal, mungkin permainan Tetris boleh membantu mengawal perasaan tersebut.

Saranan ini bukan cakap kosong. Memetik Ars Technica, seawal tahun 2009, sebuah kajian mendedahkan bahawa apabila seseorang individu bermain permainan Tetris, aktiviti otaknya menjadi lebih efisyen. Ia berlaku apabila kadar glukosa yang diperlukan untuk memacu daya kognitif pemain semakin berkurangan apabila pemain semakin menguasai permainan tersebut.

Kredit Foto: Pixabay

The Tetris Effect
Pada tahun yang sama juga, sekumpulan penyelidik dari Universiti Oxford mendapati bahawa bermain Tetris boleh mengurangkan kesan apabila melihat babak-babak yang meninggalkan trauma atau memori yang menyakitkan. Selain itu, permainan Tetris amat berkesan dalam mengalihkan perhatian sehingga ia berupaya membantu mengurangkan ketagihan terhadap makanan dan dadah. Kesan ini digelar, "The Tetris Effect".


Bukan itu sahaja, kajian terkini pula mendedahkan bahawa permainan Tetris amat bermanfaat dalam mengurangkan perasaan resah dan tertekan. Kajian ini dilakukan oleh sekumpulan penyelidik dari University California dan diketuai oleh seorang ahli psikologi, Kate Sweeny.

Kredit Foto: Pixabay

Menggunakan pelajar-pelajar universiti sebagai subjek, mereka diarahkan untuk bermain permainan Tetris untuk seketika sebelum memasuki fasa-fasa bertekanan tinggi dalam pengajian, seperti peperiksaan akhir tahun dan penentuan kerjaya. Penemuan terbaru ini adalah hasil dari dua pemerhatian dan sebuah eksperimen.

Memetik Bustle, pemerhatian yang pertama dijalankan ke atas 125 orang graduan undang-undang yang sedang menunggu keputusan peperiksaan Bar. Pemerhatian kedua dijalankan ke atas pelajar-pelajar pascasiswazah yang berada di dalam pasaran kerja akademik, manakala eksperimen terakhir melibatkan 300 mahasiswa yang sedang melalui situasi di mana mereka sedang melalui penilaian paras rupa oleh rakan-rakan mereka sendiri.

Hasilnya, tahap keresahan dan stres dalam subjek kajian menurun, manakala tahap emosi positif pula meningkat. Ia menunjukkan bahawa permainan Tetris memiliki kesan menakjubkan ke atas kesihatan dan keupayaan mental seseorang.

Kredit Foto: Richard Drew/AP 

"Flow adalah keadaan di mana seseorang individu memberikan penghayatan yang penuh terhadap suatu aktiviti," ujar Sweeny. 

Tahap ini memerlukan seseorang individu melalui aktiviti-aktiviti mencabar namun tidak keterlaluan, mempunyai matlamat yang jelas dan boleh dicapai serta menyediakan maklumbalas berkenaan prestasi individu tersebut dari masa ke semasa. 

Permainan Tetris mampu membuatkan pemainnya mengalami Flow. Ini kerana Tetris menawarkan keseimbangan dalam dua perkara: cabaran dan kebolehcapaian. Ia memiliki tahap cabaran yang mampu mengekalkan perhatian pemain. Dalam masa yang sama, ia membuatkan pemain berasa tenang ketika menyelesaikan cabaran.

Pencipta permainan Tetris sewajarnya diberikan penghargaan kerana menghasilkan sebuah permainan yang memiliki begitu banyak manfaat. Jika anda bakal melalui situasi yang meresahkan, jangan lupa bawa sekali permainan Tetris bersama ya! - CARI 

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rifaa 21-11-2018 11:32 AM
ye ke?
nanti nak men tetris la
Quote manehnya 21-11-2018 12:07 PM
aku baca main testis tadi
Quote PristineOne 21-11-2018 12:15 PM
Sekali imbas baca.... Bila tertekan ...main testis..Pelik gak knpa bila stress kena pegang telo... Ropanya salah baca....kih..kih..kih
Quote tagas 21-11-2018 12:55 PM
legend game
Quote gerbera.memopad 21-11-2018 01:25 PM
manehnya replied at 21-11-2018 12:07 PM
aku baca main testis tadi

Astaghfirullah... tersembur air oren aku baca komen hang
Quote kroit92 21-11-2018 03:30 PM
mak ayah aku dah tua2 ni pun, suka main game ni

memang aku dari kecik dulu nampak diorang berebut main tetris ni

masa muda2 dulu, katanya hilang kan stress balik kerja

dah tua, latih otak takut nyanyuk katanya
Quote chinta89 21-11-2018 03:54 PM
PristineOne replied at 21-11-2018 12:15 PM
Sekali imbas baca.... Bila tertekan ...main testis..Pelik gak knpa bila stress kena pegang telo... R ...

rse senak perut ak bc komen ko!!!!!
Quote dekmieDandy 21-11-2018 04:38 PM
abang aku dok beli retro games yg kecik kat lazada tu

berejam aku dok main dr mario
Quote che-cikL 21-11-2018 04:50 PM
The best games in the whole world

Dlm my PC, laptop wajib ada ni. Dlm my FB games pun ada tetris, tp blh main dgn keyboard je. Dah try install kat phone, tak feel sbb main drag2. Kena picit2 arrow gak yg bestnya.

So, utk gantinya, iols main Block Party kalau dlm phone.
Quote meklalala 21-11-2018 05:12 PM
eh macam betul je kajian ni..sebab mek kalau tengah stress or serabut about something and tak nak fikir mek akan main game..main game memang boleh hilangkan keserabutkan..hihihi
Quote meisapoya 21-11-2018 05:57 PM
Dalam brick game, tetris ngan lumba kete la paling best.
Quote Abd7868 30-11-2018 09:20 PM
Main  game..shoot bubble deluxe  agi best..
Quote Rajawali 30-11-2018 09:30 PM
Teruknya mamat dlm gambar atas tu main tetris.. Berterabur habis
Quote miewan15 9-1-2019 10:44 AM
Menarik ni
Quote kay781 9-1-2019 03:34 PM
Brick game kan?
Quote markonahkota 14-2-2019 11:16 PM
Dulu mampu beli game rm10 yg kat pasar malam tu je. Berebut nk main tetris. Sekarang dah boleh download tetris kat apps store. {:good

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:28 AM GMT+8 , Processed in 0.050336 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top