CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Isteri Parah Ditetak 'Ninja' Berseluar Dalam

13-11-2018 05:51 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4936| Komen: 28

Description: Seorang lelaki memecah masuk rumah pasangan suami isteri sebelum menetak mereka hingga parah di Taman Kobena, Tampoi, Johor Bahru, semalam.
Seorang lelaki memecah masuk rumah pasangan suami isteri sebelum menetak mereka hingga parah di Taman Kobena, Tampoi, Johor Bahru, semalam.


Foto: NSTP

Memetik Harian Metro, suspek dipercayai hanya berseluar dalam, memakai penutup muka dan tidak berbaju, memasuki rumah mangsa yang juga pemilik restoran melalui balkoni rumah berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad, hasil pemeriksaan tidak menemui sebarang kesan umpil atau pecah masuk dan tiada kesan selongkar di dalam rumah.


Foto: Utusan


“Mangsa ditetak di balkoni rumahnya selepas melihat suspek di tangga dalam rumah seperti menunggu seseorang.

“Suspek dengan tiba-tiba menuju ke arah mangsa lalu menetaknya beberapa kali. Mangsa menjerit dan meminta tolong di luar balkoni,” katanya.

Dalam kejadian ngeri itu, mangsa, Mohamad Omar, 67 dan isterinya, Masiah Osman, 61, parah ditetak beberapa kali dengan parang.

Akibat serangan itu, isteri mangsa hampir putus telinga, manakala mangsa ditetak hampir 10 kali di kepala dan kedua-dua tangan patah.

Media sebelum itu melaporkan, Mohamad Omar turut mengalami tengkorak retak dan kesan tetak di pipi.



Anak lelaki mangsa Ezwan Haffez, 29, berkata, ibu bapanya tidak tahu apa motif suspek bertindak menyerang mereka.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan,” katanya. - CARI
30

Bagus
25

Marah
28

Terkejut
26

Sedih
26

Lawak
24

Bosan

Friends Rank (159 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jazaa100 13-11-2018 02:51 PM
Alhamdulillah selamat.....

kenapa lah nak tetak tetak....
nak rompak, amik je lah apa yg nak....
Quote Artemesiaa 13-11-2018 02:54 PM
Mengerikan nasib tak hilang nyawa
Quote sharlenetexas 13-11-2018 02:55 PM
Perompak tu berapa orang? Cepat2lah mampos!
Quote Burong_Hantuk 13-11-2018 02:56 PM




Quote Burong_Hantuk 13-11-2018 03:00 PM
salam takjiah...ngerinya lihat darah






Quote Modngengade 13-11-2018 03:01 PM




PEMILIK restoran dan isterinya parah ditetak beberapa kali dengan parang oleh lelaki tidak dikenali di rumah mereka di Taman Kobena, Johor Bahru, semalam.

Dalam kejadian jam 10 malam, mangsa Mohamad Omar, 67, yang juga pemilik Restoran Makanan Laut Remaja di Bandar Baru Uda dan isterinya, Masiah Osman, 61, tinggal berdua di rumah sebelum didatangi suspek.

Anak lelaki mangsa Ezwan Haffez, 29, berkata ketika kejadian bapanya sedang menonton televisyen di tingkat bawah, manakala ibunya berada di tingkat atas.

“Mak kemudian keluar dari bilik dan ternampak ada orang di tangga sebelum menjerit dan memanggil ayah. Lelaki itu kemudian dilihat mengangkat parang lalu menyerang ayah yang ketika itu naik ke atas sebaik mendengar jeritan mak.

“Mak cuba menyelamatkan ayah, namun mak pula yang diserang. Lelaki itu kemudian terus menyerang ayah sehingga ke luar rumah,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurut Ezwan, lelaki itu datang seorang diri dan menutup muka menggunakan baju yang dipakai selain berseluar pendek.

Katanya, lelaki itu dipercayai masuk ke dalam rumah dengan melalui pintu di beranda luar.

“Setiap malam, mak dan ayah memang berdua di rumah sambil menunggu kepulangan saya dari restoran kerana mereka menjaga restoran pada waktu siang dan saya menjaga restoran pada waktu malam.

“Tiada apa-apa situasi mencurigakan malam tadi (semalam), malah kami tidak syak sesiapa pun kerana percaya kami tiada musuh.

“Mak dan ayah tidak tahu apa motif mereka diserang kerana jika mahu merompak, mak sudah bertanya kepada lelaki itu apa yang dia mahu, tetapi lelaki itu tidak berkata apa-apa dan hanya bertindak menyerang mereka berdua, malah tidak mengambil sebarang barang sebelum dia melarikan diri,” katanya.

Ezwan yang kemudian bergegas pulang ke rumah selepas dimaklumkan kejadian oleh jirannya, mendapati kedua-dua ibu bapanya berlumuran darah dengan bapanya terbaring di luar rumah.

Katanya, menurut doktor bapanya dipercayai ditetak hampir 10 kali di kepala, selain mengalami tengkorak retak, kedua-dua tangan patah dan kesan tetak di pipi, manakala ibunya terdapat antara tujuh hingga lapan kesan tetakan di kepala dan telinga hampir putus.

“Ayah kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA), manakala mak berada di Hospital KPJ Puteri dan mereka berada dalam keadaan stabil,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit.

Bagaimanapun, katanya, polis masih menunggu laporan penuh dan sedang mengumpul keterangan keluarga dan saksi kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 November 2018 @ 2:51 PM
Quote Themilo 13-11-2018 03:09 PM
allahurobbi..  meols selalu jaa gi makan kat restoran pakcik / makcik ni kat depan masjid BBU.

semoga pakcik / makcik cepat sembuh hendaknya.

celaka punya penyamun
Quote prettyuglybabe 13-11-2018 03:12 PM
semoga penjahat tu mampus digelek lori..
Quote awanearisu 13-11-2018 03:40 PM
Semoga diberi kesembuhan.
Quote mizzmimi 13-11-2018 03:45 PM
Dulu aku selalu tapau kat kedai ni..

Bongok nak rompak rompak je lah ko pi tetak orang tua buat apa.. Patah tangan dedua lak tu. Lahanat betoi lah
Quote amal12bh 13-11-2018 03:47 PM
Themilo replied at 13-11-2018 03:09 PM
allahurobbi..  meols selalu jaa gi makan kat restoran pakcik / makcik ni kat depan masjid BBU.

s ...

uols org uda ka? pakcik tu mmg baik. kalau bayar masa sarap selalu lebih kurang jek. semoga pakcik n makcik cepat sembuh.
Quote Themilo 13-11-2018 03:53 PM
amal12bh replied at 13-11-2018 07:47 AM
uols org uda ka? pakcik tu mmg baik. kalau bayar masa sarap selalu lebih kurang jek. semoga pa ...

rumah meols pun memang kat situ. nanti boleh la kita ngeteh sesama chuols
Quote bangcak 13-11-2018 03:53 PM
perompak yg tetak org dgn parang mmg napak kejam.

sepatutnya perompak tu mesti letupkan org guna c4
baru la napak sopan dan baik.

tapi,
kita harap netizen jgn arr dok ulang pasal kesalahan perompak tu merompak.

mari pertikaikan kemampuan pasangan yg kene rompak tu nak hidup.
pasangan tu takperlu sebut pasal rompakan yg dah berlalu.
kalu bank tanya pasal hutang, anak2 tanya pasal duit.
pasangan tu takperlu la dok ulang pasal duit takdak kene rompak.
...plisss.
Quote saviour_09 13-11-2018 04:08 PM
dendam kot ni
takde ambik barang apa pun
ke tak sempat?
gila laa mujur tak mati je
Quote ckenj 13-11-2018 04:12 PM
kejammnya...
Quote hotmak 13-11-2018 04:14 PM
Modngengade replied at 13-11-2018 03:01 PM
PEMILIK restoran dan isterinya parah ditetak beberapa kali dengan parang oleh lelaki tidak d ...

dendam atau sakit hati lah kot motif nya, sebab kalau takat merompak, ambik jelah barang berharga ni mcm niat nak membunuh je
Quote myakayina 13-11-2018 04:26 PM
lemah satu badan tengok pic banyak darah tu.. semoga dpt tangkap penjenayah kejam ni..
Quote gaara_X 13-11-2018 04:39 PM
tahan je laa...melawan balik kang...silap² pak cik ngan makcik plak yang bersalah.....ahaks!!
Quote insulin 13-11-2018 06:38 PM
Uisshhh. Gila betul penjenayah ni. Semoga dapat ditangkap.

Takziah kepada mangsa. Semoga cepat sembuh.

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:22 AM GMT+8 , Processed in 0.057759 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top