CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Guru Disiplin Cabul Murid Dihukum Penjara 10 Tahun, 18 Sebatan

14-11-2018 10:41 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3168| Komen: 20

Description: Seorang guru disiplin mengaku bersalah memegang, meraba, menggoncang dan memeluk murid lelaki dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan 18 sebatan.
Seorang guru disiplin mengaku bersalah memegang, meraba, menggoncang dan memeluk murid lelaki dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan 18 sebatan.

Memetik Sinar Harian, Fadzil Sulaiman, 55, membuat pengakuan itu di Mahkamah Sesyen Klang pada Selasa.


Gambar Hiasan

Dalam pertuduhan pertama hingga kesembilan, guru terbabit mencabul kehormatan enam murid lelaki berusia 12 tahun di dalam makmal sekolah antara Januari dan September 2017.

Guru berkenaan dituduh mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan- Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak dan Seksyen 16(1) akta sama serta Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh berkhidmat di sekolah berkenaan sejak 1998 dan memanggil mangsa masuk ke dalam makmal dan melakukan perbuatan terkutuk itu ketika sesi persekolahan dan ketika program kursus pengakap.


Difahamkan, kesemua mangsa mengadu kepada ibu bapa sebelum laporan polis dibuat.

Tertuduh bagaimanapun merayu hukuman terhadapnya diringankan atas alasan telah insaf dan perlu menanggung isteri serta lima anak.

Menurut laporan, Fadzil akan bersara tidak lama lagi dan bakal hilang kelayakan wang pencen. - CARI
17

Bagus
22

Marah
24

Terkejut
15

Sedih
21

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (121 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote meklalala 14-11-2018 10:48 AM
adehhh walaupun nak padankan saje muka si cikgu taguna ni tapi ada 1% rasa kesian pulak bila artikel tulis hilang kelayakkan wang pencen...tak fikir panjang ke cikgu! bersusah payah kerja pagi petang selama berpuluh tahun tapi akhirnya gini kesudahannya..kesian anak bini..
Quote 234126 14-11-2018 10:51 AM
Edited by 234126 at 14-11-2018 10:54 AM

Ya Allah. Sampai 6 orang di bahannye?? Bodoh  tau, trauma budak2 tu! Kecik2 dah kena bukan2. And of course la budak2 ni mengadu skang padan muka. Sebab nafsu beberapa minit musnah kerjaya. Rasakan
Quote duri_durians 14-11-2018 10:58 AM
geleng kepala aku masalah seksual skrg...


pedo terutamanya...

Quote myakayina 14-11-2018 11:01 AM
hambek ko..hancur punggung ..18 sebatan.. wang pencen pun tak dpt..sbbkan nafsu serakah..kesian anak isteri tu..
Quote ms_furby 14-11-2018 11:20 AM
X berusik la punggung kalau dah 55 tahun. Dah lebih umur.
Quote mieymiey 14-11-2018 11:36 AM
Dah tua, tak sadar diri.
Dah jatuh hukum, baru nak menyesal.
Quote applemy 14-11-2018 11:44 AM
Tengok tu, bukan semua lelaki dah kahwin tu straight hokey!!

Anak 5 org pun tetap gayah. Hipocrisy everywhere
Quote saviour_09 14-11-2018 03:22 PM
takde kesian untuk paedo
kesian kan lagi  nasib anak2 ni in future nanti
so long & goodbye u fcuking paedo
Quote amal12bh 14-11-2018 03:25 PM
cash la..padan muka x dapat pencen. x dpt pencen bukan la end of world. org keje swasta pun xde pencen. pandai2 la nk hidup.
Quote buapakperut 14-11-2018 03:26 PM
padan muka, ni baru seksa di duniA
Quote zaziot 14-11-2018 03:51 PM
ya allah...apa la yg di pikirkan ms dia buat kt bebudak tu ...aduhaiiii
Quote cik-jaja 14-11-2018 05:46 PM
Sendiri cari pasal...masa buat tak fikir anak bini kat rumah
Quote cmf_blingblings 14-11-2018 05:58 PM
Zaman aku sekolah dulu yg paling aku takut adalah ustaz sebab bila masuk kelas asyik cakap pasal jimak, jenuh aku buka kamus tak faham maksud perkataan tu...budak jantan sengih-sengih gatai...benci tau manusia beragama tapi tak tahu kawal nafsu
Quote sukacactus 14-11-2018 06:01 PM
Umur dah 55, tua dah pun
Xpayah kesian
Kesian lg kat budak2 yg jd mangsa
Sampai bila2 mesti xleh lupa pengalaman hitam tu
Quote kroit92 14-11-2018 08:47 PM
ada sekelumit rasa kesian.. tapi..

NO

takde tapi tapi bila melibatkan gangguan seksual

isteri, 5 ORANG ANAK

tapi pegi kacau budak lelaki.. dasar pedo homo confusion entah la aku pun tak tau nak carutkan ape spesis macam ni. mohon dikenakan tindakan maksimum
Quote weezerfan 15-11-2018 12:32 PM
Dh sedap cabul 6 org dpt hukuman 10 taun jah.. Sungguh x adil
Quote Megikari 16-11-2018 09:12 AM
Hmmmm... Padan muka?
Quote reeny 16-11-2018 09:18 AM
masa buat perangai keji tk pikir panjang... elok sgt hilang wang pencen tu. guru sepatutnya mendidik perkara yg baik2 tp tengok apa yg kau buat pada budak2 tu. harapkan pegar, pegar makan padi.
Quote niena90 16-11-2018 09:41 AM
Pakcik tak boleh ke meraba isteri di rumah? Kalau dah tahu gay tak payah la kawin dari dulu lg! Ko ni spesis Caitlyn Jenner! Menabur benih nak! Budak laki pun nak! Gila tamak haloba

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:24 AM GMT+8 , Processed in 0.285120 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top