CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Apa Khabar Fei Mou. Ingat Lagi Tak Dengan Pelakon Watak OKU Tetapi Baik Hati Ini?

16-11-2018 12:35 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 28289| Komen: 32|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Sekitar tahun 1990an, sebuah drama bersiri Mandarin berjudul The Forest Cat menjadi pilihan ramai penonton TV kerana memaparkan watak Fei Mou, seorang pemuda yang menghadapi masalah kurang upaya menta ...

Sekitar tahun 1990an, sebuah drama bersiri Mandarin berjudul The Forest Cat menjadi pilihan ramai penonton TV kerana memaparkan watak Fei Mou, seorang pemuda yang menghadapi masalah kurang upaya mental tetapi punya hati yang baik dan kelakuan yang lucu.


Kredit Foto: Carian Google

Dalam siri itu, Fei Mao yang tinggal berdua dengan ibunya hidup dalam kesederhanaan di mana ibunya mencari rezeki dengan menjual mi. Walaupun telah dewasa, Fei Mou masih berkelakuan seperti kanak-kanak. Dia akhirnya jatuh cinta dengan gurunya tetapi patah hati apabila mengetahui gurunya sudah berpunya.  Fei Mau kemudiannya jatuh cinta dan berkahwin dengan seorang wanita yang mempunyai masalah pembelajaran sama sepertinya dan dikurniakan anak yang normal. Fei Mou juga sering cuba untuk membahagiakan ibunya tetapi akhirnya kehilangan ibunya akibat penyakit.


Kredit Foto: Carian Google

Watak ikonik Fei Mou itu dimainkan oleh pelakon berbakat Kent Chang. Ini perkembangan karier Kent Chong selepas tamatnya drama Fei Mou tersebut;


1. Kent Chang yang dilahirkan pada tahun 1951 kini berusia 67 tahun. Beliau yang mula berlakon pada 1981 sehingga kini telah berlakon dalam 46 buah filem dan lebih 20 siri dan drama televisyen termasuk The Forest Cat. Filem terbarunya ialah Hypnotize the Jury (2018).

 

2. Kent Cheng lahir dalam sebuah keluarga yang serba miskin. Dari kecil beliau sudah bertekad menjadi pelakon tetapi beliau tidak mendapat sokongan daripada gurunya kerana tidak mempunyai perawakan yang menarik. Ini adalah salah satu sebab kenapa Kent Chang berazam untuk kekal aktif berlakon sehingga kini!


Kredit Foto: Carian Google

3. Drama bersiri The Forest Cat ini ditayangkan di negara China pada tahun 1985 tetapi hanya ditayangkan di Malaysia sekitar penghujung 1990an. Selain Malaysia, siri drama ini ditayangkan di banyak negara lain dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

 

4. Kerana kecemerlangan lakonannya dalam siri itu, Kent Cheng menerima baberapa penghargaan termasuklah Pelakon Lelaki Terbaik.


Kredit Foto: Tribun Style

5. Selepas siri itu berakhir, Ken Cheng menubuhkan sebuah syarikat penerbitannya sendiri di mana beliau bertindak sebagai pengarah dan penerbit tetapi malangnya syarikat itu gagal. Beliau juga mengalami masalah kewangan dan hampir diistyiharkan muflis.

 

6. Berikutan kegagalan syarikat penerbitannya beliau kembali berlakon filem dan TV. Antara filem lakonannya termasuklah Ip Man (2010), IP Man 3 (2015), Happy Go Lucky (2003). Untuk TV pula beliau muncul dalam siri Wong Fei Hung dan lain-lain lagi.

 

Kredit Foto: Carian Google

7. Siri drama terbarunya ialah My Dangerous Mafia Retirement Plan yang sudah ditayangkan di Astro tahun ini. Beliau memegang watak bekas gangster yang sudah bersara dan membuka sebuah restoran tetapi keluarga mereka terancam apabila bekas bossnya keluar dari penjara selepas 20 tahun dan mencarinya semula.


Nampaknya, walaupun lebih 20 tahun berlalu dan telah memegang pelbagai watak baru, impak lakonan Ken Cheng sebagai masih dibayangi Fei Mou, si OKU yang lucu dan baik hati. -CARI

17

Bagus
9

Marah
14

Terkejut
21

Sedih
11

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (92 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 16-11-2018 12:22 PM
Heols artis tempatan ke?
Quote Sang_Pencinta 16-11-2018 12:28 PM
LOL Admin silap masuk tempatan pulak
Quote stania83 16-11-2018 12:29 PM
Bukan dah meninggal ke
Quote Sang_Pencinta 16-11-2018 12:30 PM

Belum lagi, 67 tahun umurnya sekarang
Quote moonbug 16-11-2018 01:33 PM
Mengimbau kenangan zaman kanak-kanak sangat cerita ni {:love menjadi sgt dia bawa watak Fei Mou tu, dengan bahu terhenjut-henjut, leher teleng-teleng
Quote jue10 16-11-2018 01:35 PM
ingat....... bila dia bercakap slu bahu nye terjongket2 sekali

best cite ni. ohhh hjg 90an eyh cite ni ditayangkn.. tayangan china 1985 means dh lbh 30 tahun cite ni eyh. tp dlm gmbar nmpk mcm tahun 90an je.
Quote Sang_Pencinta 16-11-2018 02:09 PM
Berkesan sangat lakonan di sbg mentally challenged
Quote kucingitam 16-11-2018 02:17 PM
iconic sgt fei mou ni..iols pun panggil dia fei mou tatau nama betul apa..
Quote borrow 16-11-2018 02:35 PM
tt ai think silap fakta kowt.  Thn 1985  heols pegang watak Fei mao menerusi filem why Me.

Drama Forrest cat tu thn 1997 , terbitan atv

http://www.wikiwand.com/en/Kent_Cheng
Quote Sang_Pencinta 16-11-2018 02:45 PM
borrow replied at 16-11-2018 02:35 PM
tt ai think silap fakta kowt.  Thn 1985  heols pegang watak Fei mao menerusi filem why Me.

Drama  ...

Mungkinlah kot, confusing sikit sebab :

http://anastasyamok.blogspot.com/2011/08/fei-mao-fat-cat.html


tapi ada sumber lain yang bilang judulnya Forest Cat, ada juga yang bilang judulnya why me.
Quote Sang_Pencinta 16-11-2018 02:48 PM
My colleague (Chinese) pula cakap

Judul asli di China sana: Why Me?

Bila sudah dipasarkan di luar China tukar title ke: The Forrest Cat.
Quote borrow 16-11-2018 02:55 PM
Sang_Pencinta replied at 16-11-2018 02:48 PM
My colleague (Chinese) pula cakap

Judul asli di China sana: Why Me?

Heols silap la tuh. Tgk wiki , thn 80an heols berlakon 1 drama ja. Lain semua filem. "Why me" tu filem thn 1985.


http://www.popularasians.com/for ... 1997-20-20-d.23369/


Quote Sang_Pencinta 16-11-2018 03:07 PM
borrow replied at 16-11-2018 02:55 PM
Heols silap la tuh. Tgk wiki , thn 80an heols berlakon 1 drama ja. Lain semua filem. "Why me" tu f ...

Betul juga kot
Quote makton 16-11-2018 03:22 PM
bestnya drama the forest cat ni... sedih sgt bila cinta dia tak kesampaian..
Quote Hessa 16-11-2018 03:24 PM
rindu dgn drama2 TVB..kisah kekeluargaan, perniagaan,korporat, cinta, konflik, kepolisan..semuanya menarik...skrg zaman drama korea
Quote borrow 16-11-2018 03:26 PM





Quote Sang_Pencinta 16-11-2018 03:33 PM
makton replied at 16-11-2018 03:22 PM
bestnya drama the forest cat ni... sedih sgt bila cinta dia tak kesampaian..

Cinta dia dgn cikgu tu ksn?

Tapi bukankah last2 dia kawin jugak?
Quote Sang_Pencinta 16-11-2018 03:34 PM
borrow replied at 16-11-2018 03:26 PM

Boleh tahan dia buat aksi bahu ni kan? Lol
Quote makton 16-11-2018 03:37 PM
Sang_Pencinta replied at 16-11-2018 03:33 PM
Cinta dia dgn cikgu tu ksn?

Tapi bukankah last2 dia kawin jugak?

tak igt ending dia... uhuhuu

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:42 AM GMT+8 , Processed in 0.051168 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top