CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Munafik 2 Tonjolkan Abuja Si Penunggang Agama, Kenapa Tak Kena Boikot Macam Polis Evo 2?

14-11-2018 03:38 PM| Diterbitkan: Cari-Nurulain| Dilihat: 10594| Komen: 28|Original author: Oleh: Ain

Description: Hanya menunggu hari, Polis Evo 2 bakal menemui penonton di pawagam 22 November ini. Tapi, kenapa pula ramai-ramai nak boikot filem arahan Joel Soh dan Andre Chiew itu?
Hanya menunggu hari, Polis Evo 2 bakal menemui penonton di pawagam 22 November ini. Tapi, kenapa pula ramai-ramai nak boikot filem arahan Joel Soh dan Andre Chiew itu?


Kredit foto: IMDb

Sejak beberapa hari lalu, laman sosial kecoh dengan kempen-kempen menyeru orang ramai memboikot Polis Evo 2 yang selama ini dinanti-nantikan kerana didakwa mengandungi unsur sensitif dan menghina Islam selain mengaitkan Islam sebagai sebuah agama keganasan.

Malah, pendakwah bebas, Ustaz Dr Riduan Mohamad Nor turut melabel filem yang dibintangi Shaheizy Sam dan Zizan Razak itu sebagai filem sampah.


Loading FB Post...



Loading FB Post...

Bagaimanapun, ramai juga yang berasa tidak adil untuk Polis Evo 2 diboikot hanya kerana menampilkan imej Islam dan mengaitkannya dengan isu keganasan sedangkan Munafik 2 arahan Syamsul Yusof juga menonjolkan isu serupa.






Foto: Twitter

Sementara itu, Presiden Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM), Datuk Norman Halim berkata, pihaknya akan menyiasat dakwaan kononnya filem berkenaan memberi imej buruk kepada Islam.

Katanya, tidak adil bagi filem itu untuk menjalani semakan semula kandungan selepas melalui prosedur kelulusan dua agensi kerajaan termasuk Lembaga Penapisan Filem (LPF).

"Saya memohon kerajaan membuat ketetapan yang jelas bahawa filem Polis Evo 2 sudah mematuhi semua peraturan dan tidak dipertikaikan lagi untuk tayangan minggu hadapan.

"Untuk mewujudkan industri kandungan kreatif yang lebih kondusif dan mampan diterajui sektor swasta, persepsi negatif serta sekatan terhadap industri hiburan tempatan harus dikikis dan tidak lagi dipolitikkan oleh pihak tertentu," katanya seperti dipetik daripada BH Online.

Norman juga menggesa supaya orang ramai menonton filem itu terlebih dahulu sebelum membuat andaian sendiri.

"Biarlah penonton yang bijak menilaikannya. Disebabkan ada pihak yang membuat komen dengan melihat treler filem, semua proses pengeluaran filem terganggu," katanya.

Munafik 2 yang dibangga-banggakan itu juga memaparkan watak Abuja yang menunggang agama dan mengamalkan kekerasan. Tetapi kenapa tiada pihak tampil bersuara mengenainya? - CARI
9

Bagus
11

Marah
5

Terkejut
7

Sedih
10

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (51 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mizruncing 14-11-2018 05:08 PM
no komen. nk kena tgu tayangan dlu baru blh judge
Quote jengkoil 14-11-2018 05:09 PM
yg last skali tu peminum kencing tegar...
Quote Nenasketum 14-11-2018 05:18 PM
Sebab pembuat pelem Munafik adalah dikalangan royalti industri pelem Malaysia.. Yang satu lagi cinabeng, mana mungkin tahapnya sama?
Biasalah meleis, bila bangsa lain tampilkan kepincangan dalam masyarakat kita dan kesesatan agama dibawa oleh bangsa sendiri, mulalah semangat ketuanan melayu sampah depa timbui!
Quote awexgaban7 14-11-2018 05:41 PM
adoi laa... tak payah la sensetif sangat....
Quote cik-jaja 14-11-2018 05:50 PM
yg boikot ni mmg xkan tgk ke? takut jadi macam boikot Mcd dulu je...
Quote cikyaa_aziz 14-11-2018 06:01 PM
Umah mesia dan boikot berpisah tiada
Quote offwhite 14-11-2018 06:16 PM
biasalah org mesia..cepat sgt menghukum..tgk dulu br komen..kalo dah filem sampah nape nk tayang..tunggu 22hb..pas tu br nilai..
Quote unguaurora 14-11-2018 06:29 PM
Drama NUR pun dipuja2 kan...
Quote bakingsoda 14-11-2018 08:08 PM
rasanya ada beza tu antara penunggang agama dgn terrorist islam. penunggang agama = berpura2 dan mempergunakan agama untuk meraih sesuatu keinginan, terrorist islam = orang islam yg legit kena brainwashed untuk ber'jihad', yang tukang brainwash motifnya untuk burukkan islam.
Quote kawankau 15-11-2018 12:14 PM
Edited by kawankau at 15-11-2018 12:16 PM

Kenapa aku rasa.... boikot sebab watak ni. Bukan pasal sebab utamanya dia pengganas.Ada je drama tempatan dlm tv tema pengganas salah guna agama.
Tapi particular  sebab watak ini.
Nasib baik la serban patern gitu. Kalau buat serban putih..... lagi galak la boikotos

watak.jpg

ps: hohoho korang pembuat film ni pun.... buat la rambut panjang ke, janggut panjang ke,
hahahaha ni janggut gitu misai gitu kaler putih... spek pula patern gitu hahaha.
Memanggil la.


Quote vampkid 15-11-2018 12:41 PM
noise marketing ni. hahahahaha
yang boikot ni dah tengok full movie ke?
Quote vampkid 15-11-2018 12:43 PM
Edited by vampkid at 15-11-2018 12:56 PM
kawankau replied at 15-11-2018 12:14 PM
Kenapa aku rasa.... boikot sebab watak ni. Bukan pasal sebab utamanya dia pengganas.Ada je drama tem ...

adakah ini merujuk kepada someone in malaysian?
Quote September14 15-11-2018 12:49 PM
Edited by September14 at 15-11-2018 12:51 PM

Rasanya sbb imej kut.. abuja tu skli tgk dah tau jahat ajaran sesat dgn pkaian mcmtu muka bengis bwk tongkat lg...
Quote natrahn 15-11-2018 03:57 PM
Sebab serban tak sama. Serban dalam Munafik tu kaler hitam je.
Quote RatuDunia94 15-11-2018 11:32 PM
Still publicity percuma utk filem ni...
Quote Grengo 18-11-2018 11:50 AM
Very salty people lah. Ajak2 boikot pulak.
I am still watching this movie
Quote makton 19-11-2018 07:50 AM
dua pelakon budget hot yg aku takkan tgk movie dia kat panggung :

1. hairul azreen
2. zizan

yg lain2, nak boikot ke ape, lantak laa..
Quote clarizsa 19-11-2018 08:04 AM
Buang duit je tgk muvi melayu
Quote judicata 19-11-2018 08:10 AM
Macam tak kenak plak nak tanya orang kenapa boikot ni tp tak boikot munafik. Munafik penunggang agama yg beri ajaran cult tu. Tp dalam polis evo sah2 dorg potray Islam ni terrorist.... lain kot? Ken pandai bezakan antara penunggang agama & org yg gunakan Islam untuk buat huru hara sbb dia ada POV dia sendiri on how Islam should be. Duhhhz

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:28 PM GMT+8 , Processed in 0.102379 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top