CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Cuti Sekolah Dah Mula! Ini Info Lengkap 9 Senarai Taman Tema Dalam Resort Di Malaysia

30-11-2018 11:22 AM| Diterbitkan: NmeeraR| Dilihat: 9505| Komen: 20|Original author: Oleh: nameera

Description: Bagi kanak-kanak Taman Tema adalah tempat yang paling digemari oleh mereka. Bahkan golongan dewasa juga masih ramai yang meminati Taman Tema sebagai tempat untuk berseronok tidak kira bersama keluarga ...
Bagi kanak-kanak Taman Tema adalah tempat yang paling digemari oleh mereka. Bahkan golongan dewasa juga masih ramai yang meminati Taman Tema sebagai tempat untuk berseronok tidak kira bersama keluarga ataupun teman sebaya. Untuk itu bersempena dengan cuti sekolah yang hampir tiba, ini adalah senarai Taman Tema  dalam Resort /penginapan yang boleh anda dan keluarga kunjungi pada musim cuti sekolah nanti. 


Mungkin ramai dalam kalangan anda sudah ada yang pernah sampai ke sini. Jika tidak, jom lihat senarai di bawah dan rancang percutian anda.

9. Marina  Waterpark ,Lumut Perak
Ia terletak di dalam Resort Marina Cove. Bagi anda yang ingin menikmati Taman Tema secara percuma , di sinilah tempatnya. Anda hanya perlu menginap di resort ini,dan menikmati keseronokan taman air secara percuma. Persekitaran sekeliling yang berhadapan dengan pantai memberi peluang kepada anda untuk menikmati keindahan pantai di kawasan ini. Malah ia juga menyediakan beberapa tarikan taman tema air dan juga gelongsor air  sesuai untuk kanak-kanak bermandi-manda di sini. Bukan itu sahaja, terdapat aktiviti air seperti snorkling untuk anda yang ingin melihat hidupan akuatik.


Waktu Operasi : Jumaat (3.00pm - 7.00pm) | Sabtu & Ahad, Cuti Umum  (9.00am - 7.00pm)
Harga Tiket : 
Dewasa RM10 | Kanak-Kanak (3 kaki ke bawah dan ke bawah) RM8


8. Bayou Lagoon Park Resort, Melaka

Begitu juga dengan taman tema air yang terletak di Melaka ini. Taman tema air di sini sangat sesuai untuk kanak-kanak kerana kebanyakan permainan dan gelongsor air sangat bersesuaian  untuk kanak-kanak menikmatinya. Hal ini demikian, kanak-kanak dapat merasakan kerseronokannya dengan cara mereka yang tersendiri. Namun  tidak perlu dikhuatiri, masih ada  aktiviti sesuai untuk golongan dewasa . Antaranya ialah team building/telematch seperti Water Balloon, Fishing Crazy, Giant Slipper dan banyak lagi.

Waktu Operasi : Isnin,Rabu, Khamis,Jumaat (9.00am - 7.00pm) | Sabtu & Ahad, Cuti Umum, Cuti Sekolah  (8.00am - 7.00am)
Harga Tiket : 
Isnin-Jumaat : Dewasa RM22 | Kanak-Kanak RM16 | Warga Emas (55 tahun ke atas) RM11
Sabtu & Ahad, Cuti Umum, Cuti Sekolah : Dewasa RM28| Kanak-Kanak RM20 | Warga Emas RM14
Kemasukan percuma untuk kanak-kanak dengan ketinggian 3 kaki ke bawah.



7. Gold Coast Morib Water Theme Park, Banting Selangor
Kredit Foto : Dari Internet
Gold Coast Morib Theme Park salah satu taman tema air bersama penginapan yang cukup terkenal dalam kalangan penduduk Malaysia. Taman ini padat dengan pelbagai jenis kolam dan permainan gelongsor air yang menarik untuk memenuhkan hari anda. Bagi anda yang menginap di Morib Gold Coast, kebiasaannya anda boleh mendapatkan pakej penginapan dengan tiket masuk ke dalam taman tema air. 


Selain mempunyai taman tema air, Morib Gold Coast Resort juga berhampiran dengan pantai Morib lantas memboleh pelbagai aktiviti laut boleh dilakukan di sini seperti jalan-jalan di tepi pantai sambil menikmati angin laut ataupun beriadah di tepi pantai.

Waktu Operasi : Setiap hari (8.00pm - 7.00pm) 

Harga Tiket : 
Dewasa RM25 (12 Tahun dan Ke Atas) | Kanak-Kanak RM15 (2-11 Tahun)



6. A'Famosa Water World,Melaka
Kredit Foto : https://www.afamosa.com

A Famosa Water World termasuk dalam tiga taman tema iaitu A’Famosa Safari Wonderland dan  A’Famosa Cowboy Town . Antara tarikan di sini adalah Family Raft Slide yang memerlukan anda menaiki pelampung yang memuatkan 3 ke 4 orang sebelum menggelongsor ke bawah dalam keadaan sangat curam. 

Di sini juga, anda dapat mendekati haiwan pemangsa dengan lebih hampir dan menikmati waktu malam dengan pelbagai aktiviti dan persembahan di  A'Famosa Cowboy Town.


Sumber dari internet

Waktu Operasi : Isnin, Rabu, Khamis, Jumaat(11.00am -7.00 pm) | Sabtu dan Ahad (9.00am - 7.00pm)
Harga Tiket : 
Dewasa RM30 | Kanak-kanak RM24



5. Bukit Gambang Waterpark , Pahang

Sumber dari internet
Kemeriahan dapat dirasakan di sini kerana terdapat permainan air terbesar, tertinggi dsan terpanjang di Malaysia. Antara tarikan di sini adalah adalah  Family Raft Ride, Crystal Slide, 6 Lanes Racer, Aqua Play,  Penguin Express, Canopy Slide,Journey of Ice, dan banyak lagi. Malah suasana sekeliling yang dikelilingi hutan tropika penuh kehijauan pasti membuat anda dapat menghirup udara segar.

Sumber dari internet
Jika anda ke sini, selain dari menikmati taman air yang mungkin tidak cukup sehari untuk anda menikmatinya, anda juga boleh meginap di sini. Anda boleh menginap di bilik penginapan yang disediakan dengan pelbagai pakej ditawarkan serta mendapatkan tiket  ke Water Park dan juga Safari secara percuma. Selain Taman Tema, penginapan dan suasana sekeliling juga pasti membuat anda berasa tenang kerana dikelilingi kehijaun hutan yang memberi kedamaian dan ketenangan kepada sesiapa sahaja yang berkunjung ke sini.

Waktu Operasi : Isnin, Rabu, Khamis (11.00am-6.00pm) | Jumaat- Ahad (9.30 am - 6.30am)

Harga Tiket : 
Waterpark sahaja
Dewasa(13-59 tahun) RM33 | Kanak-kanak(4-12 tahun), Warga Emas ( >60 tahun ) RM23

(Harga tiket boleh mengikut pakej yang dikenakan)



4. Bukit Merah Laketown Beach Resort , Perak 
                                                     
Sumber dari Internet
Taman tema  berkeluasan 11 ekar yang berlatar belakangkan tasik  ini padat dengan pelbagai tarikan yang pasti membuat setiap lapisan umur merasakan keseronokannya . Antara yang menjadi tumpuan pengunjung ketika ke sini adalah Giant Tube Rides, Kids Adventure River, Giant Bubble Slides, Water Pillar dan banyak lagi.  Malah Taman Haiwan Ecopark yang terdaapt di sini menjadi daya tarikan tambahan kepada pengunjung yang datang ke sini.

Kampung Air. Sumber dari internet.
Bukan itu sahaja, terdapat penginapan yang menarik seperti di Kampung Air, yang mana anda dapat menginap di dalam bilik yang terapung di atas air yang tenang dan juga Laketown Hotel  dengan kos yang lebih rendah. Di samping itu anda juga boleh menjamu selera atau membeli cendera hati di sepanjang Ripple Hawker Centre.

Ripple Hawker Centre dan Bubbles Family Restaurant. Sumber dari internet

Waktu Operasi : Isnin-Khamis (11.00pm - 6.00pm) | Jumaat-Ahad, Cuti Umum, Cuti Sekolah (10.00am - 7.00pm)

Harga Tiket : 
TIKET KOMBO
Dewasa RM54 | Kanak-kanak RM40 | Kanak-kanak Bawah 90 cm Percuma | OKU, Warga Emas RM10

(Termasuk Waterpark, Ecopark, Skycycle & Paddle Boat/Kayak/Canoe)



3. Lost World of Tambun , Perak
Taman tema ala zaman purba ini terletaknya di Tambun, Perak dan tidak jauh dari bandaraya Ipoh. Suasana sekeliling yang menghijau dan berlatar belakangkan batu kapur,  Lost World of Tambun menjadi destinasi taman tema air yang dapat membuatkan anda terlupa seketika kacau-bilau hidup di kota di samping tiada kebosanan akan menerpa andai anda ke sini. Hal ini kerana terdapat pelbagai keseronokan yang disediakan untuk anda menikmatinya. Antara  permainan air yang terdapat di sini adalah Jungle Wave Pool, Adventure River, Sandy Bay, Cliff Ray, Tube Raider dan untuk kanak-kanak pula adalah Kids Explorabay. 


Waktu Operasi : Isnin, Rabu, Khamis,Jumaat (11.00am-6.00pm) | Sabtu dan Ahad (10.00-6.00pm)
Harga Tiket : 
Warganegara
Dewasa(13 ke atas) RM65 | Kanak-kanak(12 tahun ke bawah), Warga Emas ( >60 tahun ) RM60.50

NON MALAYSIAN

Dewasa(13 ke atas) RM90 | Kanak-kanak(12 tahun ke bawah), Warga Emas ( >60 tahun ) RM83.70


2. Legoland  Malaysia Waterpark, Johor
Sumber dari internet 

Legoland Waterpark adalah  taman air bertemakan LEGO yang mana secara keseluruhannya  berkeluasan 76 ekar ini  memuatkan hotel-hotel dan restoran-restoran. Legoland Waterpark mempunyai 40 permainan air seperti Splash ‘N’ Swirl yang merupakan gelongsor terbesar di taman tema air ini, Joker Soaker, DUPLO Splash Safari, LEGO Wave Pool, LEGO Slide Racers dan banyak lagi. Sehari untuk anda memang tidak mencukupi, apa kata anda memaksimakan keseronokan percutian anda menginap di LEGOLAND Hotel yang dikelilingi objek yang dihasilkan dari Lego ini, kemudian menikmati sepuasnya permainan yang berada di sini. 

Sumber dari internet
Untuk itu, bersiaplah untuk meluncur, berbasah-basah dan bangun jalanmu menuju keronokan Water Park. Jangan lupa untuk menghadapi ombak di kolam arus LEGO® , harungi sungai dengan Build-A-Raft,  dan meluncur ke bawah dengan tube slides dan body slides. Berpanas-panas di sni semakin menyenangkan bersama mainan interaktif seperti Joker Soaker sampai DUPLO® Safari yang membuat hari anda lebih hebat.

Sumber dari internet
Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00am – 6.00pm)

Harga Tiket:
WATERPARK SAHAJA
Dewasa RM104 | Kanak-kanak, Warga Emas RM88
(Harga mengikut pakej dan kombo)



 1. Desaru Coast Adventure Waterpark 
Sumber dari internet

Desaru Coast Adventure Waterpark  adalah taman tema air bersama penginapan yang mempunyai keluasan 21 ekar memberi keseronokan untuk seisi keluarga dengan 5 Zon basah dan kering yang bersebelahan dengan persekitaran bertemakan kampung dan pantai, taman air ini terdiri daripada campuran yang unik dari tunggangan basah dan kering yang menawarkan sesuatu yang menyeronokkan untuk setiap lapisan umur. 

Sumber dari internet

Bukan itu sahaja terdapat 20 tarikan permainan berbeza di mana salah satunya untuk anda yang sukakan permainan ekstrem, rasakan sendiri gelongsor dengan penurunan 24 kaki yang membawa anda dalam keadaan  berpusing-pusing sebelum turun dan menerima percikan air, dengan menaiki The Tempest. Malah cabar diri anda juga bersama Kraken's Revenge iaitu kombinasi antara  roller coaster dan splashing flume.


Waktu Operasi: Khamis-Ahad (10.00am – 6.00pm)

Harga Tiket:
 Dewasa(12-59 tahun) RM121 | Kanak-kanak (3-11 tahun)RM90



Baiklah.... Mana satu pilihan anda? - CARI 
24

Bagus
20

Marah
27

Terkejut
13

Sedih
14

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (116 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote buapakperut 30-11-2018 11:48 AM
nak pegi, tapi memandangkan tak suka sesak, anak pula belum sekolah, pegi weekday time keje baru syok
Quote tri-max 30-11-2018 12:47 PM
bayou lagoon tu sendu jah
tak byk gelongsor pon tp caj mahai
Quote mdhelmi 30-11-2018 03:00 PM
sunway mana sunway?
Quote drivethru 30-11-2018 03:53 PM
Setahun yg lepas aku ambil annual pass legoland. Puas anak2 main kat sana. Sekarang annual pass sunway lagoon plak.
Quote hibernation 1-12-2018 07:25 AM
Terima kasih tt atas info

Nk usha Gambang Waterpark
Quote korokure 1-12-2018 08:49 AM
terima kasih atas info ni, memang tenagh cari taman tema mana nak pergi cuti sekolah ni
Quote buapakperut 1-12-2018 08:58 AM
hibernation: Terima kasih tt atas infoNk usha Gambang Waterpark

gambang iols rasa yang paling syok dan paling murah la..
Quote tagas 1-12-2018 03:27 PM
sunway lagoon la paling syok n berbaloi tp not in list
Quote epis 3-12-2018 09:07 AM
Saya suka lost world tambun.. sebab blend of entertainment dan nature~~
Quote NmeeraR 3-12-2018 09:32 AM
epis replied at 3-12-2018 09:07 AM
Saya suka lost world tambun.. sebab blend of entertainment dan nature~~

sama la kita

Quote epis 3-12-2018 11:28 AM
NmeeraR replied at 3-12-2018 09:32 AM
sama la kita

Tgh2 main air tu sambil mata memandang bukit kapur tu, ya rabbi mmg rasa kt lost world mcm tu.. klu g sunway terasa dlm kwsn urban keliling sume highrise...
Quote NmeeraR 3-12-2018 11:35 AM
epis replied at 3-12-2018 11:28 AM
Tgh2 main air tu sambil mata memandang bukit kapur tu, ya rabbi mmg rasa kt lost world mcm tu.. kl ...

betol tu.. rasa mcm duduk zaman batu purba pun ada

Quote NmeeraR 3-12-2018 11:36 AM
hibernation replied at 1-12-2018 07:25 AM
Terima kasih tt atas info

Nk usha Gambang Waterpark

pernah menginap dekat resort dia.. tak sempat pun nk mandi time tu... kena pegi balik ni...
Quote NmeeraR 3-12-2018 11:38 AM

sunway dlm resort/penginapan ke?  

Quote mdhelmi 3-12-2018 11:45 AM
NmeeraR replied at 3-12-2018 11:38 AM
sunway dlm resort/penginapan ke?

kan ado sunway resort
sunway lagoon sobolahnyo yo
sobolahnyo laie sunway piramid
Quote 3480 7-12-2018 12:28 AM
Gambang best..Harga pon bpatutan.. aku tdoq resort ctu.. bilik pon best gak sbb ngadap cafe so x sunyi sgt
Quote 3480 7-12-2018 12:31 AM
Gold cost morib pon best.. bilik ngadap team park.. tp best masa aku p la.. msa kwn aku p dia kata x best.. air keroh n klorin kuat katanya
Quote NamaKuMawar 22-12-2018 08:41 PM
hibernation replied at 1-12-2018 07:25 AM
Terima kasih tt atas info

Nk usha Gambang Waterpark

Nak gi gambang waterpark ke kak..bile???
Quote hibernation 22-12-2018 10:06 PM
NamaKuMawar replied at 22-12-2018 08:41 PM
Nak gi gambang waterpark ke kak..bile???

Angan2 jea mawar, x jadi sbb adik bongsu balik kg

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:05 PM GMT+8 , Processed in 0.066994 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top